Agama Islam amat menuntut penganutnya
untuk menuntut dan menyebarkan ilmu. Tidak kira ilmu dunia atau ilmu akhirat.
Kehendak menuntut dan menyampaikan ilmu telah bermula sejak lama dahulu lagi.
Lebih-lebih lagi pada zaman junjungan kita yang amat dikasihi Nabi Muhammad. Pelbagai cara yang telah diajarkan seperti
mencari tempat sunyi, pertapaan, menuntut dengan guru dan tidak asing juga
belajar sendiri melalui pengamatan kepada kejadian alam.
Menuntut ilmu adalah
fitrah yang dikurniakan kepada manusia sejagat kerana sejak semula jadi, memang
manusia makhluk Allah yang mulia ini telah dikurniakan kehendak mengetahui
sesuatu atau mempelajari pelajaran baharu. Justeru kerana semangatnya manusia
dalam mengejar ilmu maka saya dengan rendah diri akan menurunkan 5 perkara yang amat
bermanafaat untuk diamalkan oleh setiap pelajar dan para guru. Guru juga
memerlukan pengamatan dan pembelajaran agar sentiasa kehadapan dalam
penyampaian mereka.
Apakah kaedah yang akan digunakan
oleh pelajar agar tidak tersasar dalam menuntut ilmu? Kaedah yang hendak dikongsikan di sini adalah
dengan pengamatan kepada lima huruf NDHAS
iaitu niat, dengar, hafal, amal dan sebar.
Belajar hendaklah bermula dengan
niat. Allah amat suka untuk memulakan sesuatu dengan niat dan mengikhlaskan
hati. Hati juga roh, adalah organ yang nampak dan roh yang tidak nampak yang
dilihat Allah. Jika hati baik maka keseluruhan badan dan kelakuan juga
akan baik.
Niat belajar pula hendaklah diikhlaskan kepada Allah semata. Tidak
boleh kerana makhluk. Teorinya adalah kerana makhluk tidak kekal. Maknanya
makhluk suatu hari akan mati. Jika kerana makhluk yang dikasihi seperti kekasih
atau ibu diambil Allah semasa anda belajar sudah tentu akan melemahkan semangat
pelajar. Ia juga akan menyebabkan kelemahan proses pembelajaran dan sudah tentu
akan menyukarkan keperluan-keperluan pembelajaran lain seperti gagal
peperiksaan dan sukar faham.
Sebaliknya jika kerana Allah sudah tentu tidak
akan menyentuh prestasi pelajar kerana Allah akan kekal selama-lamanya. Maka
semangat pelajar yang terlibat seperti dalam situasi di atas tidak akan
luntur. Keiklasan dalam niat juga akan menjadikan pelajar akan bertambah rajin
mentelaah buku dan semangat dalam kelas rajin berusaha kerana inginkan ganjaran
pahala sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah untuk hamba yang beriman.
Dengar pula merujuk kepada proses
pembelajaran, yang juga boleh ditambahkan kepada melihat, memegang atau merasa.
Semuanya merupakan proses pembelajaran yang
amat penting. Lebih baik lagi hendaklah berguru agar guru dapat membimbing
kepada proses pembelajaran. Setelah proses
ini berjalan dengan lancar, pelajar hendaklah melalui proses yang ketiga iaitu
menghafal.
Proses menghafal adalah amat
dituntut dalam Islam, agak menjadi mustahil seorang yang masih muda malah yang
sudah tua pun boleh menghafal senaskah Al-Quran. Tetapi itu adalah kenyataannya.
Ramai umat Islam dapat menghafal Al-Quran dengan sempuna. Mereka telah
melaksanakan proses pembelajaran yang ketiga iaitu hafalan.
Seterusnya seorang pelajar
hendaklah melaksanakan kepada perkara yang ke 4 iaitu amal. Ilmu yang telah di
hafal hendaklah diamalkan. Seharusnya amalan tidak bermusim tetapi amalan yang
diperlukan adalah amalan yang berterusan. Dari pengamatan, amalan yang
berterusan akan berlaku kepada umat Islam kerana mereka adalah diwajibkan untuk
mengamalkan ilmu yang telah dihafalkan, seperti ayat-ayat Al-Quran diwajibkan
membaca dalam sembahyang. Malah dijanjikan Allah pahala yang banyak jika
membaca ayat Al-Quran dalam sembahyang. Jika amalan ini dapat dilaksanakan oleh
pelajar-pelajar sudah tentu umat Islam tidak akan ketinggalan dalam mengejar
ilmu dan maju dengan ilmu serta hidup sempurna.
Perkara ke 5 adalah mengajar.
Mengajar adalah melengkapkan proses pembelajaran. Mengajar akan dapat
mengukuhkan lagi proses mengejar ilmu dalam Islam. Pelajar yang bijak hendaklah
tidak ragu-ragu lagi untuk mengajar penuntut yang memerlukan kerana dengan cara
mengajar akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman dan hafalan mereka yang merupakan
amat dituntut dalam agama.
Beberapa doa juga telah diperturunkan dalam proses
untuk memudahkan menuntut ilmu. Pelajar-pelajar boleh mengamalkan doa berikut
sebagai usaha untuk mendapatkan redho dalam menuntut ilmu dan menjadi seorang
pelajar yang dapat memahami dan dapat menyampaikan sebagaimana yang dituntut
dalam proses menuntut ilmu iaitu niat, dengar, hafal, amal dan sebar (NDHAS).
No comments:
Post a Comment