Friday, 25 June 2010

SIMULASI


1. Saya amat tertarik dengan perkataan simulasi yang dimelayukan dari perkataan `simulation’ bermaksud penyerupaan. Saya berpendapat bahawa simulasi amat penting dalam aplikasi kehidupan, lebih-lebih lagi pelaksanaannya sebelum pembikinan produk/proses/perkhidmatan/peperiksaan atau lain-lain.

2. Pengamatan saya, ia meluas diguna dalam bidang teknologi berbanding bidang lain. Pengalaman saya menunjukkan bahawa simulasi sebelum penghasilan sesuatu produk, proses, perkhidmatan dan pelbagai dapat menjimatkan kos malah nyawa. Penerapan simulasi dalam `miles stone’ sesuatu projek memberikan penghasilan yang amat memberangsangkan. Bagaimanapun kriteria/standard/spesifikasi yang diingini hendaklah dipastikan dengan betul.

3. Sedar atau tidak, teknik penyerupaan ini telah sekian lama digunapakai. Saya telah menggunapakai teknik ini atas saranan seorang guru yang bernama Cikgu Shamsuddin yang kebetulan berkahwin dengan orang kampung saya. Saya disaran beliau agar membuat simulasi peperiksaaan pada setiap mata pelajaran Sijil Rendah Pelajaran (SRP) (sekarang ini sama taraf dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR)). Hasilnya amat baik.

4. Pada peringkat tinggi, subjek yang menyentuh ilmu simulasi dapat dipelajari. Tetapi apabila ia diajar pada peringkat tinggi sudah tentu mengelirukan yang mana terminologi sukar difahami. Malah penyelesaian mengguna simulasi komputer turut diajar. Bagaimanapun ilmu ini berjaya menerap kedalam minda dan jiwa saya.

5. Idea dan teknik simulasi pada awalnya digunakan untuk mengurangkan kesilapan dalam teknologi pembuatan boleh diperbesarkan dengan meluas kepada bidang-bidang lain seperti perancangan bandar, pengurusan hospital, ketenteraan dan lain-lain. Malah terdapat permainan-permainan komputer yang boleh mengembangkan idea simulasi.

6. Saya berpendapat pembudayaan teknik simulasi perlu diterapkan pada peringkat rendah. Maka ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagaimanapun saya percaya kerajaan mempunyai perancangan/alternatif lain. Semua perlu memainkan peranan.

MENGAPA MEMILIH TAJUK TEKNOLOGI

1. Saya memilih teknologi untuk tajuk blog kerana banyak isu berkaitan teknologi boleh membuka minda. Perbincangan boleh dibuat secara rasional dan santai. Idea-idea menggila mengikut selera boleh juga diaju kerana dalam mengangkat tajuk kadangkala memerlukan idea gila.

2. Pemilihan topik perbincangan, sumbangan penulisan dan apajua yang difikir mencakupi tajuk boleh dibentangkan dalam blog ini. Saya amat berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Ia juga dibuka kepada yang ingin menyumbangkan penulisan.

3. Matlamat blog ini adalah untuk penambahan ilmu dan memberi kesedaran kepentingan teknologi dalam era dunia tanpa sempadan. Disamping landasan penajaman percambahan idea, ketajaman penulisan dan kematangan bidang.

4. Tajuk teknologi merupakan tajuk umum yang mudah dikembangkan. Bidang kehidupan teras seperti automotif, perkapalan, jet terbang, pengkomputeran dan banyak lagi boleh kita bincangkan.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...