Manusia amat kreatif menyelesaikan masalah. Mereka sentiasa mengkaji segala permasalahan yang timbul. Mereka membuat kesimpulan dan melaksanakan pelan tindakan. Dengan ilmu dan modal, mereka akan berkeyakinan dengan pelan tindakan yang mereka bakal ambil. Mereka perlu mempunyai ilmu dan modal yang cukup untuk menyelesaikan masalah mereka. Ilmu dan modal tetap menjadi perkara pokok dalam apa jua penyelesaian permasalahan.
Persoalannya, mampukah kita membina mesin sendiri untuk menyelesaikan permasalahan kerja. Permasalahan dari segi memudahkan kerja, mengurangkan kebergantungan dikalangan tenaga manusia, mempercepatkan proses kerja, menambahbaik produk yang dihasilkan, membuat produk baru dan sebagainya.
Kebanyakan mesin yang ada dipasaran adalah direka untuk membuat lebih dari keperluan yang diperlukan. Itulah sebab mesin yang terdapat dipasaran mahal dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap, memerlukan tenaga pakar dan sebagainya.
Seringkali mesin yang diperolehi hanya dapat membuat kerja umum yang sedikit. Sudah tentu telah banyak berlaku pembaziran.
Langkah yang bijak adalah dengan membuat mesin sendiri yang hanya perlu direka untuk menyelesaikan masalah kerja khusus sahaja. barangkali dengan cara itu akan lebih mudah dan lebih berkesan dalam hal penjimatan kos dan keperluan tenaga mahir. Jika kos dapat dikurangkan maka sudah tentu produk kita akan dapat bersaing di pasaran.
Keuntungan kepada negara akan berlipatganda dari segi pengurangan pembelian mesin dan penambahan dalam penghasilan produk disamping penjimatan kos penyelenggaraan dan kos tenaga mahir.
Industri pembuatan pemesinan akan dapat ditingkatkan dengan lebih mendadak dan lebih memberi impak yang besar kepada negara.
Penghormatan dari negara luar juga akan dapat diperolehi. Justeru negara akan menjadi makmur dan rakyat akan sejahtera, kerana pembaziran dapat dikurangkan.

No comments:
Post a Comment