MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DENGAN
SETIAP DENYUT KESELAMATAN MENYELURUH
BAB 1
PENGENALAN
Perlaksanaan Denyut Keselamatan
Menyeluruh (DKM) merupakan idea baru yang lahir di Malaysia. DKM akan diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia malah dunia terlaksana melalui penulisan blog ini. Penulisan buku dijangka akan dapat dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat. Konsep yang menekankan peningkatan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan (KKP) ini hendaklah dilaksanakan oleh semua. Menjadi fitrah kesukaan manusia yang inginkan keselamatan dan produktiviti. DKM perlu dilaksanakan secara berterusan pada sebilang masa dan setiap tempat.
DKM menceritakan kepentingan konsep ini sehinggakan keperluan pengamalannya sebilang masa. Penerapan pendekatan ini dijangka akan dapat
meningkatkan produktiviti individu, organisasi dan Negara.
Konsep DKM yang akan
diperkenalkan ini berlainan dengan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)). Diketahui umum bahawa penekanan fokus TQM ialah kualiti. TQM boleh memberi kesan yang
besar kepada organisasi. Perlaksanaan TQM telah dapat meningkatkan daya saing. Manakala konsep
dan pelaksanaan DKM diramalkan dapat memberi peranan yang lebih besar, kerana ia
menyentuh kepada roh. Tidak dapat dinafikan bahawa fitrah manusia yang amat menginginkan keselamatan sebilang
masa. Malah DKM mempunyai ciri-ciri yang lebih istimewa dengan mementingkan
persekitaran KKP setiap denyut. Dijangkakan DKM yang diperkenalkan akan dapat mengurangkan kos dari segi pembiayaan
perubatan, kehilangan pekerja mahir yang dapat menyumbang kepada peningkatan moral
dan produktiviti.
DKM memerlukan definasi yang
jelas. Definasi yang tepat dapat memastikan semua tindakannya. Perlaksanaan akan dapat meningkatkan
tahap KKP dalam organisasi. Justeru, DKM melibatkan perancangan, perlaksanaan,
pengekalan dan pemastian keselamatan untuk membawa polisi dan prosidur
keselamatan organisasi dan segala peraturan yang berkaitan. DKM merupakan
pendekatan yang berorientasikan keupayaan (performance-oriented) terhadap
pengurusan KKP yang dapat memberikan kelebihan organisasi bersaing di peringkat
pasaran sejagat (global) dengan perlaksanaan persekitaran yang bersih, selamat
dan sihat sesuai untuk pengekalan keupayaan setiap aspek yang tinggi dan mementingkan
peningkatan berterusan. Keupayaan DKM dapat diukur dari masa ke semasa memberikan kelebihan kepada sistem
ini. DKM mempunyai objektif untuk kebaikan kepada organisasi seperti meletakkan
keselamatan ditingkat yang tinggi dalam organisasi supaya terus bersaing dengan
menekankan peningkatan KKP secara berterusan.
Setiap organisasi seharusnya
menjadikan KKP sebagai kunci utama dalam perancangan untuk mendapatkan kebaikan
bersaing diperingkat dalaman dan global. Kelebihan bersaing boleh diperolehi melalui faktor
keselamatan, kesihatan, kualiti, kekenyalan (flexibility), masa dan
produktiviti. Kesemua faktor-faktor tersebut boleh dicapai dengan melahirkan
suasana kerja yang selamat yang boleh dicapai dengan konsep DKM yang telah disusun rapi. Suasana kerja
selamat dapat melahirkan kepuasan dan ketenangan kerja yang dapat mempengaruhi
keupayaan optimum pekerja untuk melahirkan kerja yang cepat dan tepat malah dengan
ketenangan pemikiran, pekerja akan dapat melaksanakan kreativiti diri, lebih
kenyal dan berinovasi.
Pada masa ini, KKP menjadi
penting dan merupakan agenda utama kerajaan. Hampir saban hari ia diperkatakan
dan dibincangkan dalam media. Malah KKP diberi liputan yang besar dalam multi
media (rangkaian komputer). Penyebaran idea-idea dan perkembangan baru dari
segi konsep dan teknologi ke seluruh dunia. Dalam jentera kerajaan Malaysia
pengawasan KKP diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Penguat kuasaan
termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Occupational
Safety and Health Act (OSHA 1994)) dan Akta Kilang dan Jentera (Factory and
Machinery Act 1967 (FMA1967)) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Penguatkuasaan akta menyebabkan jumlah
kemalangan menurun. Bagaimanapun keburukan penguatkuasaan yang akan membawa
kepada kemungkinan lain seperti majikan tidak melaporkan kemalangan
sebagaimana yang dikehendaki. Kekuatiran melaporkan kemalangan kerana kerisauan mendapat notis penutupan peremis. Perintah penutupan bertujuan kelancaran penyiasatan dan pemeriksaan. Walau pun begitu, kemalangan yang
menyebabkan kematian terpaksa dilaporkan juga.
DKM dijangka atau diharapkan akan
menjadi lebih penting pada masa akan datang kerana konsep yang diketengahkan
memberi penekanan kepada keselamatan persekitaran yang sesuai dengan
masyarakat. Kelebihan DKM, kerana ia bersesuaian dengan fitrah manusia yang cintakan KKP dan tidak
inginkan kecelakaan menimpa diri yang boleh mengakibatkan kesengsaraan diri dan
keluarga. Memanfaatkan DKM akan dapat melahirkan suasana kerja yang selamat. Pada masa yang sama ia dapat meninggikan produktiviti khususnya kepada organisasi dan masyarakat. DKM dijangka dapat meningkatkan kualiti proses (penekanan pada proses
kerja yang mesti dipatuhi dan tidak membenarkan mengambil jalan mudah atau jalan
singkat) seterusnya membaiki kualiti produk atau perkhidmatan.
Perlaksanaan kempen kemalangan
sifar di tempat kerja, bertujuan menurunkan kadar kemalangan, dan
meningkatkan produktiviti. Peningkatan produktiviti dicapai dengan pengurangan kos pampasan kepada pekerja yang
cedera atau mati di tempat kerja. Kemalangan sifar dapat mengelakkan kehilangan pekerja
mahir. Seterusnya dapat meninggikan moral pekerja. Walaupun kempen kemalangan
sifar ini bernas, masalah masih wujud disebabkan terdapat ramai pekerja mahir (tenaga
asing yang memerlukan pekerjaan) atau kurang kesedaran dikalangan majikan
(tidak ramai rakyat malaysia yang berjaya menuntut ganti rugi yang besar dari
syarikat). Keberkesanan media perlu diwujudkan melalui campur tangan media
dengan memaparkan penderitaan mangsa boleh memberi simpati masyarakat seterusnya dapat memberi tekanan
kepada majikan yang bersalah.
PENDEKATAN MASYARAKAT TERDAHULU
Apakah perbezaan pendekatan
masyarakat masa dahulu dan masa kini dalam melaksanakan pendekatan DKM. Masyarakat
terdahulu tanpa sedar kebanyakannya telah melaksanakan sebahagian pendekatan DKM
yang menjadi budaya dalam masyarakat mereka. Pendekatan-pendekatan seperti
menutup pintu dan tidak keluar rumah pada waktu senja. Amalan ini bertujuan mengelak daripada digigit nyamuk aides yang bergerak cergas pada
waktu senja. Gigitan nyamuk boleh mendatangkan demam denggi yang boleh
mengancam nyawa mereka. Kepercayaan bahawa makhluk halus suka bergerak pada
waktu senja mungkin sengaja diwarwarkan bertujuan memberi ketakutan kepada
orang-orang yang disayangi agar tidak digigit nyamuk aides.
Contoh lain seperti pengamalan
pemakanan perubatan tradisional yang amat berkesan walaupun tiada kajian saintifik. Ini membenarkan bahawa amalan yang
berterusan akan dapat memberi kesan yang mendalam walaupun berbekalkan ilmu
yang sedikit. Pengamalan turun temurun hanyalah dengan penyampaian dari mulut
ke mulut atau berdasarkan pemerhatian generasi-generasi kemudian terhadap generasi
terdahulu melalui orang tua mereka. Menjadi tugas generasi terkini untuk
merekod segala amalan orang terdahulu agar pengamalan mereka tidak akan pupus. Malah dapat diperhebatkan. Berdasarkan kesedaran ini maka lahirlah pelbagai jenama kesihatan yang telah
menjana bebillion ringgit. Jenama-jenama kesihatan yang
baru lahir ini telah dapat menandingi jenama yang diimport yang sudah pasti
akan memberi kebaikan kepada negara.
Pendekatan yang diambil oleh
masyarakat dahulu lebih kepada pendekatan amalan yang berterusan. Setiap ilmu
yang dipelajari walaupun sedikit tetap disudahi dengan pengamalan sehinggakan
ilmu itu khadam dan bersebati dengan diri mereka.
Keyakinan yang tinggi terhadap
ilmu terbukti membantu mereka memajukan diri dan
masyarakat. Kehidupan bermasyarakat juga
menjadi satu ciri yang kuat mempengarohi kehidupan budaya dan kelangsungan
menyusuri kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment