Allah melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan selagi mereka tidak bernikah. Berpandangan antara lelaki dan perempuan juga sudah terlarang, inikan pula melakukan perkara-perkara yang lebih dari itu. Dengan berpatuh kepada larangan ini mudah-mudahan semua umat akan mendapat taufik dan hidayah daripada Allah dan mudah-mudahan semua insan akan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.
Sehubungan dengan larangan ini, hendaklah kita berpesan antara satu sama lain dan menjaga peraturan yang Allah tetapkan ini semoga akan tersusun indah perjalanan hidup ini dan terpeliharalah kaum yang lemah iaitu kaum hawa dan terpeliharalah urutan zuriat yang sempurna sehingga ke akhir zaman,
Pengajaran dari kehendak peraturan ini antaranya adalah;
Pertama, Allah amat menyayangi makhluk dengan mengurniakan akal fikiran kepada makhluk maka dengan peraturan ini dapatlah mereka berfikir untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.
Kedua, peraturan ini akan membezakan antara manusia dan binatang. Binatang bebas berpasangan. Kadangkala berlaku pergaduhan sesama sendiri kerana berebut pasangan yang kadang kala membawa maut. Peraturan ini bagi memastikan kalangan insan akan dapat hidup bahagia dengan tiada pergaduhan antara satu sama lain.
Ke tiga, peraturan ini adalah bagi mengelakkan hubungan yang terlarang tidak berlaku kerana perhubungan terlarang akan membawa kemudaratan kepada insan yang mengakibatkan kerisauan dan kemurungan.
Ke empat, Perhubungan terlarang akan dapat mengelakkan kerisauan antara insan terutama kepada ibu bapa dan ahli keluarga tentang keselamatan ahli keluarga dan orang tersayang.
Ke lima, dengan mengelakkan perhubungan terlarang akan dapat menyejahterakan masyarakat dengan mendapat kepastian bahawa tiada pergaduhan sesama insan.
Ke enam, dapat melahirkan negara yang aman sejahtera.
Ke tujuh, peraturan yang dapat memberikan kesejahteraan kepada manusia dan dapat membezakan antara insan dan haiwan.
Justeru hendaklah diingatkan kepentingan larangan ini sehinggakan pandangan mata pun sudah terlarang. Menunjukkan pencegahan awal telah digariskan kepada kita yang membuktikan kasih sayang Allah kepada semua insan.
Justeru, kita hendakah bersyukur dengan penguatkuasaan undang-undang ini dan tidak ragu-ragu bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan cara melapurkan aktiviti terlarang kepada penguasa yang bertanggung jawab bagi menyegerakan langkah-langkah pencegahan.
No comments:
Post a Comment