1. Negara makmur memerlukan rakyat yang rajin berusaha.
Tidak ketinggalan juga dikalangan golongan
profesional seperti jurutera mestilah rajin berusaha. Bagi membentuk nilai kerajinan
dikalangan rakyat bukanlah suatu usaha yang mudah. Usaha penting seperti usaha
membina jati diri, usaha menguasai ilmu, usaha menguasai teknologi dan usaha ketaatan
agama sentiasa menjadi tunggak dalam membina kerajinan. Penguasaan ilmu semua
golongan sentiasa menjadi elemen teras dalam membentuk sesebuah negara makmur.
2. Negara makmur memerlukan jurutera-jurutera yang bijak.
Mereka adalah golongan tonggak membangunkan negara. Untuk melahirkan
jurutera-jurutera yang bijak dan profesional memerlukan institusi pengajian
tinggi yang amat berkualiti dari segi fasiliti, tenaga pengajar, persekitaran dan
pelajar. Fasiliti terkini, tenaga
pengajar yang pakar, persekitaran yang menarik dan pelajar yang berkemahuan
tinggi merupakan antara faktor yang dapat melahirkan jurutera-jurutera yang bijak.
Kemahuan pelajar untuk berusaha dengan gigih, disertakan dengan semangat membara
mengejar ilmu menjadi kepentingan yang
mutlak untuk melahirkan jurutera-jurutera bijak.
3. Negara menjadi makmur jika rakyatnya berpendapatan tinggi
yang berupaya untuk membeli barangan keperluan asas seperti rumah dan kenderaan
yang mewah. Kemudahan berbelanja dan berupaya melancung juga menjadi ukuran
kepada kemakmuran rakyat. Kemakmuran negara boleh dicapai dengan memiliki
rakyat dan jurutera yang bijak serta rajin berusaha tanpa mengenal jemu dan
mudah kalah.
4. Universiti memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan jurutera bijak. Rentetan usaha berterusan untuk menentukan kemasukan
pelajar yang bijak juga hendaklah diteruskan. Pendedahan awal dalam program
yang dirangka seperti program asas dan program matrikulasi yang menjurus kepada
keperluan kejuruteraan amat penting. Dengan terbinanya kulaliti pelajar
kejuruteraan, kualiti fasilitas, kualiti tenaga pengajar dan kualiti tenaga
pentadbiran yang sekiranya dapat digarabkan dengan kemas akan dapat melahirkan
jurutera yang bijak sebagaimana yang diperlukan.
5. Jurutera yang berkualiti dengan jumlah yang ramai
hendaklah dihasilkan. Kelahiran jurutera yang ramai dan berkualiti menjadikan
mereka berdaya maju dan berupaya bersaing yang memberikan manafaat kepada
kemakmuran dan kesejahteraan negara. Bilangan yang ramai akan dapat memberi
keyakinan dikalangan jurutera. Mereka boleh membina rangkaian antara satu sama
lain. Rangkaian yang dibina menjadikan jurutera lebih menyerlah. Rangkaian yang
dibina juga akan dapat membantu sesama mereka. Persaingan yang sihat dan
kemurniaan sifat saling membantu akan dapat melahirkan kewibawaan jurutera.
Kewibawaan jurutera sudah pasti dapat membawa manfaat kepada rakyat dan negara.
6. Pengiklanan ketokohan seorang jurutera hendaklah sentiasa
disalurkan kepada rakyat. Keperluan penonjolan tokoh seorang jurutera amat
penting sebagaimana keperluan penonjolan seorang artis atau ahli sukan. Usaha
seperti ini akan menjadikan jurutera-jurutera negara akan disegani dan kerjaya
ini sentiasa menjadi pilihan kepada setiap lapisan rakyat.
7. Gabungan antara kerajaan, jurutera dan rakyat hendaklah sentiasa
kemas. Kekemasan gabungan ketiga-tiga pihak ini akan memudahkan usaha memajukan
negara ke tahap yang lebih tinggi. Kebijaksanaan jurutera dan pendekatan
bergabung akan melahirkan idea dan produk bermutu. Produk bermutu sudah pasti
akan dapat digunakan dan amat mudah dipasarkan. Keuntungan rakyat dapat
memberikan kemakmuran negara yang berkekalan. Kemakmuran yang dicapai akan
dapat menggembirakan rakyat. Kemakmuran menjadikan rakyat lebih gigih berusaha.
Negara makmur dan maju akan disanjung zaman berzaman.
No comments:
Post a Comment