Friday, 4 March 2016

Sepanjang Majlis Perkahwinan Papa Mama Kekal Ceria

Peranan Papa dan Mama Pengantin semasa berlangsung majlis perkahwinan adalah amat berat. Peranan seperti menyambut tetamu dengan ikhlas dan penuh mesra dengan senyuman hendaklah dizahirkan di sepanjang majlis berlangsung. Peranan ini mudah untuk diungkap tetapi amat sukar semasa pelaksanaan. Setelah menghadiri banyak majlis perkahwinan dan telah berpengalaman melangsungkan majlis perkahwinan, maka adalah wajar untuk dikongsi bersama berdasarkan pengamatan dan pengalaman yang telah dilalui.

Beberapa permasalahan telah dikenalpasti antaranya adalah, Papa dan Mama Pengantin merasai risau yang melampau tentang majlis seperti kerisauan terhadap cukup atau tidak makanan yang disediakan, kerisauan kepada kehadiran pasangan pengantin, kerisauan kepada cuaca dan kerisauan tentang sambutan tetamu dan sedara mara yang dijemput dan sebagainya. Semua kerisauan yang dinyatakan akan memenatkan Papa Mama Pengantin yang sedikit sebanyak akan dizahirkan semasa meyambut tetamu yang hadir.

Sebagai penyelesaian kepada masalah-masalah yang dinyatakan maka perancangan teliti sebelum majlis hendaklah dilaksanakan. Jika tidak boleh pemurnian rancangan yang diatur dibuat bersendiri maka hendaklah Papa Mama Pengantin melaksanakan bersama orang-orang yang pakar atau bersama dengan ahli keluarga yang boleh diharap.

Antara pelaksanan yang boleh dilakukan adalah dengan melaksanakan penilaian awal atau lebih mudah dengan melakukan senarai semak yang banyak terdapat dalam ienternet tentang majlis. Pertama adalah dengan melihat ramalan cuaca pada tarikh majlis, penyelesaiannya adalah dengan cara membuat majlis dalam dewan jika sekiranya ramalan lebih berat kepada hujan pada tarikh majlis. Langkah seterusnya adalah melaksanakan perbicangan dengan ahli keluarga terdekat. Jika merancang menggunakan perkhidmatan perancang majlis, maka hendaklah sering berhubung dan memberi maklumat terkini secara bersama. Dengan perkhidmatan perancang perkahwinan maka akan dapat mengurangkan tekanan kepada Papa Mama Pengantin. Pelaksanaan masih meriah walaupun tidak menggunakan perkhidmatan perancang perkahwinan dengan membuat perancangan teliti bersama dengan ahli keluarga yang terdekat.

Semasa majlis, beberapa langkah-langkah boleh diambil seperti malantik Papa Mama Majlis dari kalangan saudara mara atau sahabat handai yang terdekat. Tugas mereka adalah untuk membuat keputusan-keputusan segera jika terdapat masalah-masalah yang tidak dijangka. Mengawal perkara tidak dijangka. Mengawal masa kritikal. Maka mereka yang dilantik hendaklah dari kalangan orang yang amat boleh diharap dan berpengalaman. Bagaimanapun perbincangan sebelum majlis dan pembahagian tugas terperinci adalah penting diselaraskakan.

Semua yang terlibat adalah penting untuk kekal ceria lahiriah dan bathiniah, justeru penyediaan aturcara yang padat dan menghiburkan adalalah penting manakala Papa Mama Pengantin hendaklah sentiasa berdoa sejak dari awal lagi dengan mendoakan majlis yang terelok dan terbaik untuk semua tetamu yang hadir.

Tidak kurang penting juga, Papa Mama Pengantin memerlukan tenaga sepanjang majlis justeru perlu makan awal dan perlu makan makanan snek semasa majlis berlangsung.

Kepentingan doa sebelum, semasa dan selepas majlis merupakan perkara pokok yang tidak boleh ditinggalkan.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...