Wednesday, 21 July 2010

IDEA BARU


Kita lebih suka menilai idea baru daripada mencipta idea baru atau memperbaiki idea baru agar benar-benar tumbuh menjadi realiti.

Kita begitu suka menilai idea baru yang boleh diibaratkan benih sehinggakan jarang kita memberi peluang pada satu idea baru untuk hidup dan berkembang. Ia mungkin berdasarkan andaian-andaian dan nilaian yang salah.

Semua idea baru boleh dibuktikan salah, tetapi jangan lupa semua idea baru juga boleh diperbaiki dan ditambah nilai.

Dalam penilaian idea baru, pemikiran kita melakukan dua jenis tugas utama. Pertama yang lebih banyak dilakukan adalah mengkritik, membuat anilisis, membanding-banding dan menilai-nilai, membuat pilihan dan membuat keputusan. Tugas kedua yang kurang dilakukan ialah menerbitkan idea-idea kreatif, membaiki idea, membuat visualisasi dan membuat pelbagai ramalan serta usaha merealisasikan idea.

Sebahagian kita hanya pandai mengkeritik apabila menerima idea baru. Idea baru segera dibandingkan dengan idea-idea yang sudah ada. Tujuannya mencari dimana salah, silap, kekurangan dan kelemahan idea baru.

Kita perlu belajar menambahbaik terhadap idea-idea orang lain, lebih-lebih lagi idea kita sendiri.

Sewaktu kita mula-mula menanam biji benih, kita tidak tahu apakah hasil yang bakal diperolehi. Justeru kita sirami, baja dan jaga supaya ia dapat membesar dan memberi hasil. Waktu benih itu mula bercambah, kita tidak peduli adakah ia kecil, kurus atau cantik kerana kita menerima kenyataan bahawa benih memerlukan waktu untuk membesar, dan mengeluarkan buah. Setelah buahnya masak dan dimakan, barulah boleh membuat penilaian atau keputusan apakah wajar menyimpan atau menanam semula.

Justeru, setiap idea baru adalah ibarat benih tadi. Berilah waktu berkembang sebelum kita menilainya. Terlalu gopoh menilai akan membunuhnya. Berikan kepadanya kesempatan untuk membuktikan dirinya. Tunda dahulu aktiviti menganilisis, menilai dan membuat keputusan.

IDEA KREATIF


Pandai mencipta idea kreatif adalah satu perkara dan pandai meyakinkan orang lain supaya menerima idea kreatif itu pula satu perkara.

Apabila orang lain kurang berminat dengan suatu idea kreatif, kita perlu berusaha menarik minat dan meyakinkan mereka. Usaha bersungguh perlu dibuat apabila kita fikir suatu idea itu boleh menguntungkan ramai pihak.

Orang kreatif sering dapat melihat kegunaan sesuatu idea manakala orang lain gagal melihatnya. Kreatif adalah bersifat sosial dimana satu idea itu menjadi kreatif jika sekumpulan orang menganggapnya kreatif dan dapat pula menerima.

Kreativiti dan kepintaran menjual idea kepada orang lain hendaklah menjadi keutamaan kepada pecipta idea kreatif walaupun tidak ada kaedah menjual idea yang dijamin betul. Tetapi ada beberapa panduan am yang boleh digunakan:

*Persembahkan idea itu dengan cara yang berkualiti.

*Ada networking dengan ramai orang untuk mencari siapa barangkali yang dapat menolong kita menjual idea, atau untuk menemui orang yang barangkali akan meminati idea yang diutarakan.

*Cari dimana idea kreatif dapat diterima orang dan mengetahui masa yang sesuai untuk mengemukakan idea.

*Cari jalan supaya orang memerlukan idea kita. Walaupun selama ini mereka tidak memerlukannya. Ini dapat dibuktikan dengan menerangkan idea kita dengan cara perbandingan dengan apa sedia ada.

*Cuba lihat dan fahami idea kita dari sudut pandangan orang lain. Cuba fikir kalaulah kita berada ditempat penerima idea.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...