Thursday, 17 December 2015

WOMEN HEART

A Women, a special one with the special heart. A beautiful heart with a brightness will bright the world forever. The world with women continuously cheers and meaningful. In Islam, women are treated with love and respect. The big name of them are stated in the history of Islam and some of them are paradise guaranteed. They will become nymph in Jannah.

The women are known to have clean heart but hard. They are willing to give birth to fulfil the continuous living in this world. They sacrifice their life in order to see the grow of their child and to see the grow of a nation. The phrase of the child in mother's swing will shake the world are always be mentioned. This phrase shows the role of the women is crucial in this globe. The responsible and the sacrifice by some of the women are guaranteed by Paradise.

A man without the women seen meaningless. Man will sacrifice to the women that he love. When men and women collaborated, they can build the meaningful world and the happiness everywhere. The loving village started from loving home. A peacefully country automatically happen from the loving home and village. A prosper world happenings forever and the people smile face everywhere all started from the women sacrifice.

Friday, 4 December 2015

MENGAPA ORANG KURANG UPAYA MESTI DIHARGAI?

Letakkan diri dalam suasana orang kurang upaya. Dalam kawasan yang selamat di rumah anda, cuba tutup mata anda dan  bergerak dari satu tempat, contohnya dari bilik tidur ke dapur. Rasakan kerisauan dan ketidak selesaan apabila deria mata diibaratkan tidak berfugsi untuk simulasi orang kurang upaya yang tiada penglihatan mata. Baru kita boleh rasa apa perasaan yang dihadapi. Begitulah keadaannya bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang sepanjang hidup sering merasakan kekurangan diri dan amat memerlukan pemerhatian dan sokongan masyarakat. OKU mempunyai kekurangan anggota atau kurang upaya anggota berbanding manusia biasa samada berlaku secara semula jadi atau terjadi sejak lahir mahupun disebabkan kecacatan melalui kemalangan atau sakit yang membawa mudarat kepada anggota badan. Kesusahan mereka adalah ujian Allah dan mereka sudah mendapat tempat disisi Allah sekurang-kurangnya satu atau lebih kekurangan mereka tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Sebagai manusia yang sempurna tidak seharusnya kita memandang hina kepada golongan OKU sebaliknya hendaklah sentiasa memikirkan bagaimanakah hendak memakmurkan golongan ini. Itulah tanggungjawab kita yang sihat.

Sejak dahulu kerajaan telah banyak memberi perhatian kepada golongan OKU dengan memberi pelbagai bantuan. Antara bantuan yang paling berkesan adalah dengan memberi pelajaran kepada golongan ini dan menyediakan tempat bagi kemudahan mereka berkumpul dan berkomunikasi sesama sendiri. Lebih menarik lagi jika dapat disediakan tempat untuk golongan istimewa ini mudah melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi mereka. Penulis berkesempatan melihat beberapa aktiviti OKU, antaranya adalah di kawasan rehat RTC Ipoh yang dapat menyaksikan golongan OKU bisu berniaga di kedai makan. Terasa lega dan seoronok melihat golongan ini berniaga dan berinteraksi sesama mereka dan gelagat mereka yang sibuk melayan pelanggan dengan cara mereka yang amat menarik. Aktiviti sebegini amat baik yang dapat diusahakan oleh semua pihak semoga golongan ini akan dapat menikmati kehidupan menarik seperti orang lain.

http://wasap.my/60172477021/pavlova

Jika di Kuala Lumpur sering kita melihat golongan OKU buta menjalankan aktiviti mereka seperti bermain muzik jalanan, menghurut tapak kaki dan menjual barangan. Masyarakat diseru membantu golongan ini dengan cara memberi sokongan dan menjadi pelanggan kepada mereka moga dapatlah mereka menjalani kehidupan biasa yang lebih bermakna. Jangan dilupakan juga dari sudut agama dengan cara memberi ruang mengadakan kelas-kelas agama dan membawa mereka untuk melaksanakan solat-solat berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau. Usah dilupa bahawa golongan istimewa ini amat dicintai Allah dan sudah tentu doa mereka amat mudah untuk dimakbulkan Allah s.w.t.

Agama islam amat mengambil berat terhadap golongan ini dan amat mengharapkan agar umat islam yang sempurna dapat memelihara golongan ini. Rancangan-rancangan yang bersepadu hendaklah difikir dan dilaksanakan segera kepada golongan yang istimewa ini, mudah-mudahan mereka juga akan dapat berbakti kepada agama dan masyarakat. Jika mereka sudah dapat berinterksi sesama mereka dan masyarakat, telah diberi ilmu dan ruang ekonomi, sentiasa diberi ruang untuk mereka bersosial dan lebih penting diberi peluang dan diajar kepada mereka ilmu agama serta aktiviti agama seperti orang lain, sudah tentu mereka akan dapat melaksanakan kehidupan seperti biasa dan dapat menikmati hidup ini sama seperti orang lain.

Manakala masyarakat hendaklah sering disedarkan melalui khutbah-khutbah Jumaat, melalui kaca televisyen dan radio. Penyediaan tempat-tempat OKU hendaklah dibanyakkan bukan sekadar penyedian tempat meletak kereta, kemudahan tandas atau laluan-laluan OKU sahaja malah hendaklah melebihi daripada itu. Marilah sama-sama berfikir dan melaksanakan yang terbaik untuk masyarakat OKU ini. Semoga pihak yang telah diberi tanggungjawab dalam menjaga kepentingan golongan ini dapat melaksanakan semua aktiviti yang dirancang dengan kemas dan berkesan.

IKLAN




Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...