Menjadi fitrah manusia untuk mengetahui sesuatu. Manusia dikurniakan otak yang rajin mempelajari benda baru. Pengetahuan baru akan dikongsi sesama mereka. Kadang kala berlaku persaingan dan berlaku keinginan untuk menguasai sesama manusia melalui kepintaran ilmu.
Bangsa yang berilmu akan dikagumi dan berupaya memikirkan penghasilan benda-benda baharu yang menghasil kemakmuran kepada kaum mereka. Kelebihan ilmu dapat ditukar kepada banyak wang yang amat disukai manusia. Kepintaran manusia berkait rapat dengan minat belajar dan rajin berusaha.
Gajet seperti telefon mudah alih, komputer dan i-pad merupakan platform baharu untuk berkomunikasi. Kemudahan interaksi di zaman moden menjadikan manusia amat menggilai gajet ini. Ia disebut zaman kegilaan gajet.
Oleh kerana gajet telah menjadi sebahagian daripada keperluan manusia, maka adalah menjadi berfaeadah jika menjadikan gajet ini sebagai alat pembelajaran atau kelas bergerak atau kelas di hujung jari. Memanfaatkan gajet sebagai platform pembelajaran amat berkesan kerana sepanjang masa pemilik gajet tidak berenggang dengan gajet mereka.
Kegilaan gajet menjadikan pembelajaran menyeronokkan. Pembelajaran boleh diselangseli dengan hiburan dan bersosial. Proses memcari maklumat tambahan juga menjadi mudah dengan hubungan terus kepada pusat sumber. Gajet dapat dimanfaatkan dengan sepenuh masa. Konsep pembelajaran sambil bermain menjadikan keseronokan semasa belajar menjadikan pelajar mudah faham dan menimbulkan minat untuk belajar. Inilah perubahan mendadak pembelajaran masa kini.
Perlaksanaan pembelajaran seumpama ini akan menjadikan pembelajaran pantas dan mudah. Ia lebih praktikal. Gajet yang semakin canggih menjadikan ia seronok, pantas dan santai.
Rujukan banyak terdapat dalam alam maya malah kini menjadi rujukan pertama kepada jenerasi muda. Kadang kala maklumat yang diperolehi tidak tepat. Bagaimanapun banyak juga limpahan maklmat yang praktikal dan jimat. Pembelajaran hujung jari juga menjadikan semua orang boleh belajar dan amat menjimatkan. Pelajar yang benar-benar berminat dengan kursus yang ditawarkan sahaja yang akan mendaftar. Tiada paksaan dalam pembelajaran. Masa yang selesa dan kos yang jimat yang diterap dalam kelas dihujung jaro juga menjadi pilihan utama kepada pelajar.
Sistem pembelajaran dihujung jari ini adalah amat berkesan dalam proses pembelajaran dan pengajaran pada zaman ini dan masa mendatang. Berkonsepkan kini setiap orang boleh belajar adalanh menjadi keutamaan dalam kelas di hujung jari. Pembinaan sistem pelajaran menggunakan kelas di hujung jari hendaklah dikaji dan dibina agar ia menjadi sistem yang menarik dan dapat menjadikan peoses pembelajaran menjadi mudah dan berkesan.
Tidak dapat dinafikan ia menjadi trend baru dan akan mendapat tempat dalam proses pembelajaran zaman kini dan mendatang.