Pembangunan sering disalahkan apabila berlakunya banjir. Banjir yang berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang baru-baru ini telah dikaitkan dengan pembangunan yang tidak terkawal sebagai punca utama selain dari fenomena bulan menghampiri bumi. Banjir sekali ini dikatakan yang terburuk berbanding yang telah berlaku pada tahun 1967.
Pengajaran dari musibah ini seharusnya dijadikan iktibar dan perlu pengutipan data-data dari pelbagai aspek termasuk punca, bantuan semasa dan bantuan selepas banjir untuk dianalisa agar pendekatan yang lebih menyeluruh dapat dirumus dan dijadikan pendekaan penyelesaian pada masa hadapan.
Pendekatan yang disarankan pada penulisan pendik ini lebih menumpukan kepada pendekatan mengelak banjir dari berlaku sebagaimana pendekatan yang diambil oleh zaman Tun Mahathir semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu pendekatan pembinaan terowong bawah tanah untuk mengalirkan air dengan cepat dari Bandar Kuala Lumpur ke sungai dan lautan. Pendekatan seperti ini dapat dilaksanakan di negeri-negeri yang terlibat iaitu pembinaan saliran terdahulu dikawasan-kawasan yang hendak dibangunkan disamping melihat infra yang sedia ada yang mungkin akan menjadi alat untuk menyekat kotoran-kotoran yang menyebabkan air tersekat dan bertakung yang sudah pasti akan mengakibatkan banjir.
Pendekatan yang disarankan dalam penulisan pendik ini sekadar pelontaran idea, sebaliknya kajian yang lebih saintifik hendaklah dibuat untuk mengira berapa liter air yang tidak dapat diserap jika sekiranya sesuatu kawasan itu hendak dibangunkan. Data tersebut dengan ditambahkan dengan faktor keselamatan sebanyak 0.5 boleh membantu pembinaan saliran, terusan atau terowong pintar yang terbukti dapat menyelesaikan masalah punca banjir secara berkesan.
No comments:
Post a Comment