Friday, 22 January 2016

Benda Baharu

Benda baharu yang hendak diceritakan di sini adalah berkenaan makhluk dan segala kejadian Allah iaitu langit, bulan. bintang dan sebagainya. Islam mengajar bahawa benda baharu adalah apa-apa yang zahir dan yang mulus ciptaan Allah. Benda baharu amat mengharapkan Pencipta manakala Pencipta tidak mengharap kepada benda baharu. Udara, air, api dan angin semuanya benda baharu yang berperanan masing-masing. Manusia memerlukan udara untuk bernafas. Manusia memerlukan air untuk minum dan membersihkan diri. Manusia memerlukan kepada perkara-perkara yang memberi manafat untuk kelangsungan hidup. Yang paling penting adalah manusia memerlukan Allah untuk meneruskan dalam semua hal. Sedangkan Allah tidak memerlukan manusia dan benda baharu yang lain. 

Pencipta pasti mempunyai ilmu yang amat luas. Pencipta berkuasa terhadap benda baharu manakala benda baharu amat lemah, daif dan amat memerlukan kepada Pencipta. 

Kalau kita renung kepada pelukis lukisan sudah tentu mereka mempunyai kemahiran melukis. Mereka mahir mengadun warna. Mereka pandai melukis objek-objek lain seperti gunung, rumah, pokok, sungai dan sebagainya. Sedangkan kepada mereka yang tidak pandai melukis sudah pasti menghasilkan lukisan yang buruk atau kalau melukis benda menjadi benda lain. Contohnya jika ingin melukis rumah kemungkinan menjadi kotak. Jika melukis orang menjadi orang lidi. Maksudnya pelukis memerlukan ilmu, kemahiran dan arif dalam kerja melukis untuk menghasilakan lukisan yang hebat.

Allah adalah pencipta yang hebat. Ilmu dalam segala hal yang diberi kepada manusia amatlah sedikit diibaratkan seujung kuku di dalam lautan yang amat luas. Ilmu yang sedikit itulah yang digunakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Penciptaan manusia bermula dari nabi Allah Adam yang telah dikeluarkan dari syurga akibat dari melanggar larangan Allah apabila memakan buah Khuldi. Manakala pasangan beliau telah dijadikan Allah dari tulang rusuk baginda nabi Adam. Begitulah bermula kehidupan manusia yang telah diatur oleh Allah yang maha agung. Allah telah mengajar manusia dengan pelbagai perantara sejak dari dulu sehinggalah penyelesaian kepada pembunuhan yang pertama apabila timbul masalah pengurusan mayat. Burung telah mengajar manusia tentang melakukan pengebumian sekiranya berlakunya kematian dengan menujukkan bagaimana burung menguruskan pengebumian rakannya yang mati.

Allah juga menurunkan Al-Quran untuk menjadi panduan manusia manakala sunnah nabi dijadikan Hadis untuk memandu manusia meneruskan kehidupan. Allah menurunkan para rasul dan para nabi untuk mengajar manusia dalam pelbagai hal. Kini manusia telah mempunyai pelbagai ilmu dan dengan ilmu yang ada ini telah menjadikan sebahagian dari manusia telah melupakan Pencipta. Walaupun telah diingantkan melalui perutusan para nabi dan rasul dan peringatan dengan menurunkan bala akibat dari kezaliman manusia yang tidak inign beriman.  Sebahagian besar manusia telah mula lupa malah telah bongkak dengan kekuatan akal yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Mereka dilupakan bahawa dengan akal sahaja tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah, cabaran dan ujian. Quran dan Hadis yang akan dapat membantu manusia dalam meneruskan kehidupan agar manusia dapat mengecap kehidupan yang sempurna, aman dan bahagia.

Tidak syak lagi bahawa manusia dan benda baharu yang lain amat memerlukan Pencipta. Tanpa merapatkan diri kepada Pencipta sudah pasti mereka akan jauh dari segalanya. Bayangkan bumi tanpa hujan. Bayangkan bumi tanpa pokok dan binatang. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia akan jauh dari kebahagian tanpa benda baharu yang lain. Telah difitrahkan kepada manusia setiap ciptaan Allah. Tiada nilainya nikmat seperti nikmat mata, nikmat telinga, nikmat kaki, nikmat tangan dan nikmat setiap anggota yang dianugerahkan kepada manusia. Nilai tersebut akan bermakna jika sekiranya telah ditarik balik oleh pencipta. Pada ketika nyawa dihujung badan maka ketika itu baru manusia ingin beriman kepada Allah. Ketika kurang anggota badan atau nafas menjadi sesak baru manusia tahu bertapa nilainya satu sedupan udara.

Manusia hendaklah yakin dengan apa yang diajar kepada kita melalui Quran dan Hadis. Keyakinan yang tinggi kepada setiap kejadian menjadi ukuran kepada tahap keimanan seseorang itu. Keyakinan yang tinggi kepada Allah juga dapat memberi kebahagian yang tak terhingga kepada manusia. Jadilah makhluk yang yakin kepada Allah yang pastinya melalui amalan ibadat yang wajib dan sunat. Laksanakanlah solawat dan istighfar setiap waktu dan carilah guru yang dapat membimbing ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Pencipta. Yakinlah bahawa semakin dekat makhluk kepada Pencipta akan bertambah kebahagian dan kesejahteraan kepada makhluk. Makhluk yang mengharapkan kepada benda baharu yang lain manakala Pencipta tidak mengharapkan sedikit apa pun dari makhluk dan benda baharu adanya.


Friday, 15 January 2016

FLY WHEEL

A flywheel function is absorb and release energy from and to engine. In a car, the flywheel initial function is generate a power to crankshaft and piston for initiate the first ignition. When the engine is running the flywheel maintain the momentum to smooth the engine and take the responsible giving the energy to the engine during the energy vacuum. The flywheel also play very important role in other machine requirement. Flywheel function should be look again since the more benefit could be explore from this technology. 

One of the benefit that could be explored from the flywheel’s technology to enhance the bicycle technology since the new of trend nowadays on the people interest in riding.

Instead of the gear to make riding comfortable, the function of the flywheel should be re-look again and the proper study should be done for maximize this flywheel's technology in order to ease the rider and contribute better speed for modern bicycles. If the bicycle could be ride about 70 to 80 km per hour safely, the potential of people using bicycle to work are there since the people awareness of saving the environment and the money saving on the fuel. The money could be used on other thing to combat inflation.


Beside that the health of the citizen could be promising and the people’s problem   stress could be handle. The high blood pressure which the number one killer in the most country due to stress may be decrease and the hospital cost should be reduce. The most important, the talented healthy person could be maintain continuously for prosper the country. All can be achieved by maximize bicycle using from the benefit of the flywheel technology.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...