Thursday, 28 December 2017

Membina Jenama Perniagaan


1.  Membina jenama amat penting dalam membina perniagaan. Kepentingan nama agar mendapat ingatan kepada pihak sasaran supaya ada pembeli yang akan setia dengan jenama. 

2. Membina  perniagaan memerlukan produk atau perkhidmatan yang jelas. Keduanya hendaklah mempunyai nilai yang tinggi kepada pembeli sementara berupaya memberi keuntungan kepada pengusaha.

3. Produk atau perkhidmatan yang hendak diniaga hendaklah mempunyai kualiti. Produk memiliki bentuk yang menarik manakala perkhidmatan yang berkualiti hendaklah dapat memikat hati pelanggan. 

4. Harga juga memainkan peranan dalam pengenalan kepada produk atau perkhidmatan yang hendak diniaga.

5. Harga yang hendak ditetapkan hendaklah bersesuaian dengan kemampuan pembeli dan hendaklah bersesuaian dengan tempat yang hendak dipasarkan.

6. Lebih-lebih lagi dengan produk keperluan asas seperti rumah, kereta, dan barang keperluan harian hendaklah bersesuaian dengan gaji penduduk di tempat berkenaan. 

7. Dalam keadaan yang selesa pembeli di sesebuah tempat sudah tentu akan dapat membuat pilihan yang sesuai dengan gaji. Dalam keadaan ini peranan jenama akan memainkan peranan. Jika tidak dapat memenuhi keperluan pelangan sudah tentu sesuatu jenama akan kecundang kesudahannya.

8. Jenama yang komersial dan mudah diingat agak sukar dicari. 

9. Jenama yang komersial hendaklah mempunyai ciri-ciri tersendiri dan hendaklah membawa maksud yang jelas. Sesuai dengan kualiti atau perkhidmatan yang hendak diketengahkan. 

10. Penerangan dan pengiklanan akan memainkan peranan dalam memasar jenama. 

11. Bagaimana pun kualiti bagi produk atau perkhidmatan serta ciri-ciri asas keperluan dan keupayaan penduduk setempat merupakan elemen yang penting dalam menentukan keupayaan kebersaingan  jenama.

Friday, 15 September 2017

KAEDAH MENUNTUT ILMU MENURUT KEHENDAK ISLAM


Agama Islam amat menuntut penganutnya untuk menuntut dan menyebarkan ilmu. Tidak kira ilmu dunia atau ilmu akhirat. Kehendak menuntut dan menyampaikan ilmu telah bermula sejak lama dahulu lagi. Lebih-lebih lagi pada zaman junjungan kita yang amat dikasihi Nabi Muhammad.  Pelbagai cara yang telah diajarkan seperti mencari tempat sunyi, pertapaan, menuntut dengan guru dan tidak asing juga belajar sendiri melalui pengamatan kepada kejadian alam. 


Menuntut ilmu adalah fitrah yang dikurniakan kepada manusia sejagat kerana sejak semula jadi, memang manusia makhluk Allah yang mulia ini telah dikurniakan kehendak mengetahui sesuatu atau mempelajari pelajaran baharu. Justeru kerana semangatnya manusia dalam mengejar ilmu maka saya dengan rendah diri akan menurunkan 5 perkara yang amat bermanafaat untuk diamalkan oleh setiap pelajar dan para guru. Guru juga memerlukan pengamatan dan pembelajaran agar sentiasa kehadapan dalam penyampaian mereka.


Apakah kaedah yang akan digunakan oleh pelajar agar tidak tersasar dalam menuntut ilmu?  Kaedah yang hendak dikongsikan di sini adalah dengan pengamatan kepada lima huruf NDHAS iaitu niat, dengar, hafal, amal dan sebar.



Belajar hendaklah bermula dengan niat. Allah amat suka untuk memulakan sesuatu dengan niat dan mengikhlaskan hati. Hati juga roh, adalah organ yang nampak dan roh yang tidak nampak yang dilihat Allah. Jika hati baik maka keseluruhan badan dan kelakuan juga akan baik. 


Niat belajar pula hendaklah diikhlaskan kepada Allah semata. Tidak boleh kerana makhluk. Teorinya adalah kerana makhluk tidak kekal. Maknanya makhluk suatu hari akan mati. Jika kerana makhluk yang dikasihi seperti kekasih atau ibu diambil Allah semasa anda belajar sudah tentu akan melemahkan semangat pelajar. Ia juga akan menyebabkan kelemahan proses pembelajaran dan sudah tentu akan menyukarkan keperluan-keperluan pembelajaran lain seperti gagal peperiksaan dan sukar faham. 


Sebaliknya jika kerana Allah sudah tentu tidak akan menyentuh prestasi pelajar kerana Allah akan kekal selama-lamanya. Maka semangat pelajar yang terlibat seperti dalam situasi di atas tidak akan luntur. Keiklasan dalam niat juga akan menjadikan pelajar akan bertambah rajin mentelaah buku dan semangat dalam kelas rajin berusaha kerana inginkan ganjaran pahala sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah untuk hamba yang beriman.



Dengar pula merujuk kepada proses pembelajaran, yang juga boleh ditambahkan kepada melihat, memegang atau merasa. Semuanya merupakan proses pembelajaran yang  amat penting. Lebih baik lagi hendaklah berguru agar guru dapat membimbing kepada proses pembelajaran.  Setelah proses ini berjalan dengan lancar, pelajar hendaklah melalui proses yang ketiga iaitu menghafal.



Proses menghafal adalah amat dituntut dalam Islam, agak menjadi mustahil seorang yang masih muda malah yang sudah tua pun boleh menghafal senaskah Al-Quran. Tetapi itu adalah kenyataannya. Ramai umat Islam dapat menghafal Al-Quran dengan sempuna. Mereka telah melaksanakan proses pembelajaran yang ketiga iaitu hafalan.


Seterusnya seorang pelajar hendaklah melaksanakan kepada perkara yang ke 4 iaitu amal. Ilmu yang telah di hafal hendaklah diamalkan. Seharusnya amalan tidak bermusim tetapi amalan yang diperlukan adalah amalan yang berterusan. Dari pengamatan, amalan yang berterusan akan berlaku kepada umat Islam kerana mereka adalah diwajibkan untuk mengamalkan ilmu yang telah dihafalkan, seperti ayat-ayat Al-Quran diwajibkan membaca dalam sembahyang. Malah dijanjikan Allah pahala yang banyak jika membaca ayat Al-Quran dalam sembahyang. Jika amalan ini dapat dilaksanakan oleh pelajar-pelajar sudah tentu umat Islam tidak akan ketinggalan dalam mengejar ilmu dan maju dengan ilmu serta hidup sempurna.



Perkara ke 5 adalah mengajar. Mengajar adalah melengkapkan proses pembelajaran. Mengajar akan dapat mengukuhkan lagi proses mengejar ilmu dalam Islam. Pelajar yang bijak hendaklah tidak ragu-ragu lagi untuk mengajar penuntut yang memerlukan kerana dengan cara mengajar akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman dan hafalan mereka yang merupakan amat dituntut dalam agama. 


Beberapa doa juga telah diperturunkan dalam proses untuk memudahkan menuntut ilmu. Pelajar-pelajar boleh mengamalkan doa berikut sebagai usaha untuk mendapatkan redho dalam menuntut ilmu dan menjadi seorang pelajar yang dapat memahami dan dapat menyampaikan sebagaimana yang dituntut dalam proses menuntut ilmu iaitu niat, dengar, hafal, amal dan sebar (NDHAS).








Wednesday, 1 February 2017

Harga apungan menyebabkan ketidaksetabilan dan spekulasi

Apakah faedah dan keuntungan kepada pengapungan harga? Siapakah yang mendapat manfaat daripada sistem pengapungan ini?

Pengapungan harga pasaran seperti pengapungan nilaian harga petrol dan pengapungan penetapan mata wang ada mempunyai kebaikan dan keburukan.

Apakah kebaikannya? Di sini kebaikan yang dapat dilihat hanya lebih bermanfaaat kepada perniaga kerana sistem pengapungan adalah lebih memihak kepada mereka disebabkan ia boleh dimanupulasi seperti menyorok barangan menunggu harga mahal baru dikeluarkan barangan yang disorok dan dijual kepada pengguna. Bagaimanapun ia boleh diatasi dengan penguatkuasaan dan boikot oleh pengguna.

Apakah keburukan? Keburukan kepada pengguna yang tidak dapat menampung lebihan perbelanjaan diri apabila berlaku kepada kenaikan harga. Contoh apabila berlaku kenaikan harga petrol dan penurunan nilai mata wang.

Kerajaan hendaklah menguatkuasa anti sorok barang terkawal dan penyeragaman kepada harga kepada semua peremis.

Penyelesaiannya kadar upah. Kadar upah yang berpadanan yang dapat memberi kuasa membeli yang lebih tinggi. Pengguna perlu mengawal upah yang diterima agar tidak melebihi perbelanjaaan.

Pengapungan harga petrol dan mata wang akan menyebabkan harga barangan keperluan menjadi tidak stabil dan agak sukar untuk penetapan harga.

Telah menjadi resam perniaga apabila barang yang telah dinaikkan harga akan menghadapi kesukaran untuk menurunkan harga.

Ini berlaku seperti dalam senario harga rumah dewasa ini, Walaupun daya membeli dikalangan rakyat tidak ada namun harga masih tidak turun kerana syarikat-syarikat pemaju mempunyai keupayaan yang besar untuk menyimpan rumah mereka.

Ini kerana apabila sebahagian kecil dari rumah mereka telah dibeli sudah cukup bagi mereka menampung kos rumah-rumah yang dibangunkan.

Mereka percaya lagi lama mereka memegang rumah berkenaan maka lebih banyak peluang untuk menaikkan harga pada masa akan datang sedangkan keperluan adalah mendesak dari rakyat yang terdesak memerlukan rumah untuk perlindungan menyebabkan pada akhirnya rumah yang disimpan oleh pemaju akan dibeli pada harga yang mahal.

Begitulah pula kepada keadaan pengapungan wang. Pengapungan akan mendedahkan kepada spekulasi dan permainan kepada pemilik-pemilik wang yang banyak yang akan dapat memanipulasikan nilaian mata wang.

Penetapan mata wang yang tidak menentu akan menyebabkan perniaga sukar menetapkan harga barangan keperluan yang akhirnya akan menyebabkan harga barangan keperluan akan melambung dan sudah tentu akan mengundang kepada implikasi inflasi.

Inflasi berlaku apabila tiada upaya pengguna untuk membeli. Dalam erti kata lain adalah pengguna tidak mampu membeli. Pada masa ini akan memberi kesan pula kepada sebahagian perniaga.

Setelah ketidakupayaan ini berpanjangan, maka ketidakstabilan juga akan berpanjangan.

Maka akan wujud masalah ketidakstabilan masyarakat yang akan mengundang kepada masalah sosial. Jika tiada usaha pengawalan dikhuwatiri akan berlaku kekecohan.

Dengan itu langkah-langkah bagi mengawal sistem pengapungan ini hendaklah dibincangkan dengan teliti oleh pakar-pakar agar masalah dikemudian hari tidak akan berlaku.

Sistem pengapungan kepada sumber penting tidak memberi manafaat kepada sebahagian besar manusia kecuali kepada segolongan kecil sahaja.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...