Friday, 15 September 2017

KAEDAH MENUNTUT ILMU MENURUT KEHENDAK ISLAM


Agama Islam amat menuntut penganutnya untuk menuntut dan menyebarkan ilmu. Tidak kira ilmu dunia atau ilmu akhirat. Kehendak menuntut dan menyampaikan ilmu telah bermula sejak lama dahulu lagi. Lebih-lebih lagi pada zaman junjungan kita yang amat dikasihi Nabi Muhammad.  Pelbagai cara yang telah diajarkan seperti mencari tempat sunyi, pertapaan, menuntut dengan guru dan tidak asing juga belajar sendiri melalui pengamatan kepada kejadian alam. 


Menuntut ilmu adalah fitrah yang dikurniakan kepada manusia sejagat kerana sejak semula jadi, memang manusia makhluk Allah yang mulia ini telah dikurniakan kehendak mengetahui sesuatu atau mempelajari pelajaran baharu. Justeru kerana semangatnya manusia dalam mengejar ilmu maka saya dengan rendah diri akan menurunkan 5 perkara yang amat bermanafaat untuk diamalkan oleh setiap pelajar dan para guru. Guru juga memerlukan pengamatan dan pembelajaran agar sentiasa kehadapan dalam penyampaian mereka.


Apakah kaedah yang akan digunakan oleh pelajar agar tidak tersasar dalam menuntut ilmu?  Kaedah yang hendak dikongsikan di sini adalah dengan pengamatan kepada lima huruf NDHAS iaitu niat, dengar, hafal, amal dan sebar.



Belajar hendaklah bermula dengan niat. Allah amat suka untuk memulakan sesuatu dengan niat dan mengikhlaskan hati. Hati juga roh, adalah organ yang nampak dan roh yang tidak nampak yang dilihat Allah. Jika hati baik maka keseluruhan badan dan kelakuan juga akan baik. 


Niat belajar pula hendaklah diikhlaskan kepada Allah semata. Tidak boleh kerana makhluk. Teorinya adalah kerana makhluk tidak kekal. Maknanya makhluk suatu hari akan mati. Jika kerana makhluk yang dikasihi seperti kekasih atau ibu diambil Allah semasa anda belajar sudah tentu akan melemahkan semangat pelajar. Ia juga akan menyebabkan kelemahan proses pembelajaran dan sudah tentu akan menyukarkan keperluan-keperluan pembelajaran lain seperti gagal peperiksaan dan sukar faham. 


Sebaliknya jika kerana Allah sudah tentu tidak akan menyentuh prestasi pelajar kerana Allah akan kekal selama-lamanya. Maka semangat pelajar yang terlibat seperti dalam situasi di atas tidak akan luntur. Keiklasan dalam niat juga akan menjadikan pelajar akan bertambah rajin mentelaah buku dan semangat dalam kelas rajin berusaha kerana inginkan ganjaran pahala sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah untuk hamba yang beriman.



Dengar pula merujuk kepada proses pembelajaran, yang juga boleh ditambahkan kepada melihat, memegang atau merasa. Semuanya merupakan proses pembelajaran yang  amat penting. Lebih baik lagi hendaklah berguru agar guru dapat membimbing kepada proses pembelajaran.  Setelah proses ini berjalan dengan lancar, pelajar hendaklah melalui proses yang ketiga iaitu menghafal.



Proses menghafal adalah amat dituntut dalam Islam, agak menjadi mustahil seorang yang masih muda malah yang sudah tua pun boleh menghafal senaskah Al-Quran. Tetapi itu adalah kenyataannya. Ramai umat Islam dapat menghafal Al-Quran dengan sempuna. Mereka telah melaksanakan proses pembelajaran yang ketiga iaitu hafalan.


Seterusnya seorang pelajar hendaklah melaksanakan kepada perkara yang ke 4 iaitu amal. Ilmu yang telah di hafal hendaklah diamalkan. Seharusnya amalan tidak bermusim tetapi amalan yang diperlukan adalah amalan yang berterusan. Dari pengamatan, amalan yang berterusan akan berlaku kepada umat Islam kerana mereka adalah diwajibkan untuk mengamalkan ilmu yang telah dihafalkan, seperti ayat-ayat Al-Quran diwajibkan membaca dalam sembahyang. Malah dijanjikan Allah pahala yang banyak jika membaca ayat Al-Quran dalam sembahyang. Jika amalan ini dapat dilaksanakan oleh pelajar-pelajar sudah tentu umat Islam tidak akan ketinggalan dalam mengejar ilmu dan maju dengan ilmu serta hidup sempurna.



Perkara ke 5 adalah mengajar. Mengajar adalah melengkapkan proses pembelajaran. Mengajar akan dapat mengukuhkan lagi proses mengejar ilmu dalam Islam. Pelajar yang bijak hendaklah tidak ragu-ragu lagi untuk mengajar penuntut yang memerlukan kerana dengan cara mengajar akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman dan hafalan mereka yang merupakan amat dituntut dalam agama. 


Beberapa doa juga telah diperturunkan dalam proses untuk memudahkan menuntut ilmu. Pelajar-pelajar boleh mengamalkan doa berikut sebagai usaha untuk mendapatkan redho dalam menuntut ilmu dan menjadi seorang pelajar yang dapat memahami dan dapat menyampaikan sebagaimana yang dituntut dalam proses menuntut ilmu iaitu niat, dengar, hafal, amal dan sebar (NDHAS).








Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...