Berdasakan pengalaman pertama mendapat kecemasan di lebuh raya, yang telah mengguna lebuh raya melebihi 40 tahun, penulis terpanggil untuk mengingatkan kepada pemegang amanah lebuh raya dan tanggung jawab yang wajib kepada pelanggan.
Peringatan juga ingin disampaikan kepada semua rakan-rakan pengguna lebuh raya yang budiman.
Latarbelakang, kejadian berlaku pada jam 10.40 malam 4 Feb 2018. Permohonan bantuan adalah pada jam 10.50. Kejadian berlaku di 5 KM sebelum exit Bukit Tegar. Kawasan kejadian yang gelap gelita. Pinggir jalan yang semak-samun dan belukar. Merasa lega apabila telefonis memberi maklum bahawa bantuan akan segera sampai dalam tempoh 20 minit. Mungkin ini KPI yang boleh di puji.
Kepada rakan-rakan pelanggan yang budiman, satu tip yang kita kena lapur kepada telefonis/pegawai bertuga adalah KM lokasi kejadian kecemasan. Nombor keramat ini amat kecil dan difahamkan berada pada setiap 100 M di setiap pengadang jalan. Jika jalan tiada pengadang, tuan-tuan hendaklah menyemak semula kepada pemegang amanah penjaga lebuh raya. Penulis tak tahu jika berlaku di tempat yang tiada pengadang, Mungkin di pacak atas tanah kut. Penulis amat bernasib baik kerana kecemasan berlaku amat berhampiran dengan papan tanda KM yang disebutkan. Rajah 1 menunjukkan tanda KM yang pelanggan kena cari semasa melapur kepada pihak yang memegang amanah lebuh raya. Jika siang mungkin mudah cari tetapi jika malam amat sukar untuk mencari tanda ini. Rajah 2 menunjukkan masa dan lampu keselamatan yang dibekalkan oleh penguasa lebuh raya. Boleh percaya ke lampu tu yang agak malap dan sukar bagi pandangan dalam malam yang gelap gelita. Perhatikan penulis di dalam semak-samun untuk menjaga keselamatan diri, tetapi masih terdedah dengan binatang berbisa dan liar di dalam semak berkenaan seperti tapir, ular, kala dan sebagainya. Belum ambil kira jika ada manusia buas yang ingin mengambil kesempatan membuat kejahatan seperti merompak, menyamun dan sebagainya. Nasib baik penulis dari kaum adam, apa akan berlaku jika kaum hawa yang kena. Jika tengok kepada masa pada Rajah 2, sudah melebihi 3 jam dan melepasi KPI mereka. SOP dan fasiliti pemegang amanah lebuh raya hendaklah di lihat kembali.Simulasi atau latihan kecemasan hendaklah sentiasa dibuat kerana melibatkan nyawa dan harta benda pelanggan.
Rajah 1: Tanda KM yang penting untuk dimaklum kepada Hot Line
Rajah 1: Masa dan panorama tempat kecemasan,dan lampu kecemasan yang dibekalkan oleh pihak penguasa lebuhraya tu.
Bagaimanapun, harus diberi pujian kepada sistem lebuh raya kita yang cantik dan selamat. Pujian juga diberi kepada petugas HOT LINE 1800880000. Nombor yang untung sebanyak tiga kali terzahir di situ. Nombor keramat ini, mestilah di simpan oleh semua pelanggan. Tindakan penyambut telefon /pegawai yang menyambut telefon kurang dari 3 dering amat menyejukkan hati dan dapat mengurangkan panik dalam suasana yang bahaya itu. Bahaya bukan kepada diri sendiri sahaja, tetapi juga kepada pengguna lebuh raya lain lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal.
Amat penting sekali untuk menyimpan nombor towing tak kira no towing insuran atau towing rakan yang direkomen oleh bengkel. Jangan lupa juga kita perlu ada simpanan yang mencukupi bagi digunakan dalam keadaan kecemasan ini.
Penulisan ini bertujuan untuk pembaikan kepada pengguna yang telah membayar tol yang tinggi. Sepatutnya mereka mendapat perkhidmatan terbaik lebih-lebih lagi dalam aspek keselamatan yang tidak boleh di ambil ringan kerana boleh melibatkan maut dan kecederaan. Peringatan juga kepada pengamanah penjaga lebuh raya agar meletakkan perkara keselamatan yang paling utama. Jika melaksanakan langkah keselamatan dan SOP yang mantap, sebenarnya organisasi akan mendapat keuntungan yang lebih besar. Bukan untuk organisasi atau pelanggan sahaja malah kepada negara keseluruhannya.
Bayangkan jika kaum hawa yang terlibat atau jika kaum adam yang berseorangan yang malang mendapat kecemasan. Bayangkan juga jika saudara atau sahabat sendiri yang kena. Ambilkan ini sebagai motivasi untuk berkhidmat dengan lebih berkesan.
Boleh jadi ada sahabat yang mengatakan bahawa kereta penulis adalah kereta lama. Berdasarkan kepada temubual dengan abang towing yang berpengalaman melebihi 15 tahun dalam perkhidmatan towing memaklumlkan kereta yang harga melebihi RM 3 Juta pun beliau pernah towing.
Bayangkan jika kaum hawa yang terlibat atau jika kaum adam yang berseorangan yang malang mendapat kecemasan. Bayangkan juga jika saudara atau sahabat sendiri yang kena. Ambilkan ini sebagai motivasi untuk berkhidmat dengan lebih berkesan.
Boleh jadi ada sahabat yang mengatakan bahawa kereta penulis adalah kereta lama. Berdasarkan kepada temubual dengan abang towing yang berpengalaman melebihi 15 tahun dalam perkhidmatan towing memaklumlkan kereta yang harga melebihi RM 3 Juta pun beliau pernah towing.
FIKIR-FIKIR kan...lah.
No comments:
Post a Comment