Saturday, 5 September 2015

MENCINTAI ALLAH DAN RASUL

Apalah erti hidup ini jika tidak mencintai Allah. Apalah makna hidup ini jika sekadar menikmati apa yang dicipta oleh Allah tetapi tidak mencintai penciptanya. Kecintaan kepada Ilahi adalah kecintaan yang mesti diutamakan. Allah yang menciptakan segala yang ada di atas muka bumi ini malah keseluruhan alam semesta merangkumi cakrawala, langit, lautan, daratan, dari sebesar-besar makhluk sehinggalah sekecil-kecilnya, dan dari yang jelas nampak kepada yang tidak jelas nampak. Allah telah menyediakan ibadah-ibadah yang diwajibkan dan disunatkan kepada manusia. Allah telah memberi agama Islam kepada hambaNya yang dapat mengatur kehidupan manusia daripada sebesar-besar hal sehingga kepada sekecil-kecil hal. Sesungguhnya agama yang benar disisi Allah adalah agama Islam. Sedarlah bahawa Allah menjadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Kaedah-kaedah ibadat juga telah digariskan. Begitulah cintanya Allah kepada makhluknya. Allah mengutuskan para rasul dan para nabi untuk membimbing manusia dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang. Apakah masih manusia tidak bersyukur dan mencintai pencipta melebihi segala. Tepuk dada tanyalah selera.

Nabi Muhammad adalah nabi yang  terakhir yang diutuskan Allah. Nabi junjungan kita ini adalah kekasih Allah. Maka hendaklah kita kasih akan baginda melebihi segala. Bagindalah yang akan memberi safaat kepada kita diakhirat kelak. Tidak sekadar ilmu dunia malah baginda telah memberi segala ilmu akhirat untuk bekalan kita di akhirat kelak kerana kasihnya baginda kepada umat manusia. Baginda telah menjadi utusan yang amat mementingkan umat sehinggakan saat-saat akhir baginda masih menyebut umat beliau. Di ahirat kelak beliau dengan penuh segala kesungguhan akan menarik umat beliau dari terjatuh ke dalam neraka. Begitulah cinta baginda rasullallah terhadap umat. Hendaklah kita mencintai baginda rasullalah dengan banyak berselawat kepada baginda dengan sebanyak-sebanyak selawat. Allah juga bersalawat kepada baginda, kenapa pula kita begitu liat untuk bersalawat kepada baginda. Apakah wajar kepada kita yang telah diberi panduan oleh baginda rasullah tetapi masih tidak mengenang baginda. Adakah ini tanda hati kita masih keras, masih kotor dan masih lalai. Adakah kita kurang menghayati pengorbanan rasullallah yang memberi segala kepada kita.

Mulai dari saat ini, marilah kita mencintai Allah dengan berbuat baik dan beramal ibadat dengan sepenuh hati dan setiap saat mengingati Allah dengan zikirullah serta menyebut nama-nama Allah. Marilah kita mengingati rasulallah dan mencintai baginda dan ahli keluarga serta sahabat baginda dengan banyak bersalawat dan melakukan amalan-amalan sunnah.


Untuk kesempurnaan, marilah kita menuntut ilmu dengan mengikuti majlis ilmu di rumah-rumah Allah dan memenuhi rumah-rumah Allah dengan mengerjakan ibadat solat secara berjamaah. Mulailah dengan sekurang-kurangnya dua waktu dahulu iaitu pada waktu Magrib dan Isyak dengan berjamaah di masjid dan di surau. Kelebihan waktu ini kerana sering terdapat kuliah-kuliah di antara waktu ini yang dapat dinikmati dengan tenang dan istirehat. 

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...