Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Pembangunan negara berlaku dengan begitu pesat sekali. Pemimpin negara yang berpengalaman luas telah bertungkus lumus membangunkan negara ini. Maka negara telah keluar dari zon kemiskinan. Kini negara berada dalam zon pertengahan, Cabaran seterusnya adalah untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dan menjadi negara maju pada 2020.
Dalam usaha untuk menjadi negara maju, pemimpin terpaksa melaksanakan beberapa pembaharuan. Namun pembaharuan yang diambil kadang kala mempunyai risiko yang tinggi. Akibatnya suatu perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku jikalau tidak dihalusi dan ditangani dengan kadar segera. Pembaharuan yang hendak diambil juga seharusnya telah mengambil kira risiko-risiko yang bakal dihadapi. Dengan mengambilkira risiko yang bakal dihadapi akan mengurangkan kejutan kepada semua yang terlibat. Malah kejayaan yang memberi manfaat kepada rakyat akan pasti menjelma jua.
Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ada menyebut bahawa negara ini, negara Malaysia tidaklah seteruk sebagaimana yang digambarkan. Kenyataan beliau adalah amat benar dan bertepatan sekali kerana diakui dalam banyak hal tidak kira dari segi kemudahan awam, kecekapan kerajaan, keselamatan, kebersihan, keceriaan rakyat dan sebut apa sahaja untuk dibandingkan adalah jelas Malaysia adalah setanding malah ada yang lebih baik lagi jika dibandingkan dengan mana-mana negara maju di dunia ini.
Justeru rakyat negara ini harus memberi sedikit kesabaran dan memberi sedikit masa kepada kepimpinan negara untuk memastikan negara akan menjadi maju sebelum 2020.
No comments:
Post a Comment