Apakah anda seorang pelajar kejuruteraan di pusat pengajian tinggi? Sedang mengambil diploma atau ijazah. Adakah anda seorang murid pintar atau seorang murid yang biasa-biasa sahaja? Kenapa anda memilih menjadi seorang jurutera? Adakah kerjaya sebagai seorang jurutera menjadikan diri anda dihormati dan disegani? Adakah pekerjaan seorang jurutera menjanjikan pekerjaan yang lumayan? Persoalan-persoalan sebegitu sering menjadi pertanyaan kepada pelajar jurusan kejuiruteraan di universiti. Pertanyaan sering berlegar di kepala bakal jurutera.
Keperluan akademik minima untuk melayakkan menjadi seorang jurutera adalah dengan menggemgam segolong ijazah kejuruteraan dengan melepasi semua kursus-kursus yang ditawarkan sebanyak 132 kredit atau lebih. Pengajian akan mengamnbil masa selama empat tahun. Bagi pelajar diploma hanya melayakkan mereka menjadi penolong jurutera dan mereka hendaklah menyambung pengajian ijazah kejuruteraan dengan pelepasan beberapa kredit membolehkan mereka menamatkan pengajian dengan lebih cepat berbanding dengan rakan-rakan yang lain dan kadar pemahaman mereka juga berbeza dan kadar pemahaman akan lebih berkesan jika sekiranya mereka mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan, Sesetengah universiti akan memberi peluang kepada mereka ini untuk menyambung ijazah kejuruteraan walaupun mereka kurang mencapai tahap yang diperlukan dalam sijil diploma mereka.
Jurutera yang telah dilatih akan berupaya melihat perkara-perkara yang tersirat dalam bidang mereka malah mereka juga mempunyai keupayaan untuk melihat perkara-perkara yang tidak upaya dilihat oleh rakan-rakan dalam bidang lain. Daya imiginasi seseorang jurutera yang berjaya adalah tinggi dan kadang kala melebihi dari jangkaan manusia lain.
Sekil yang diperolehi dari pusat pengajian tinggi dalam bidang ini amat tinggi dan mempunyai variasi. Kepakaran mereka telah meletakkan manusia sejagat dalam dunia yang lebih selesa dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Negara industri negara maju amat memerlukan kepakaran-kepakaran yang dimiliki oleh mereka yang sentiasa merealiasasikan sesebuah negara menjadi maju.
Bagaimanapun kadangkala nasib seseorang jurutera tidaklah semudah yang disangka di mana terdapat juga mereka yang dibuli dalam organisasi walaupun mereka mempunyai tahap pemikiran dan kelasakan yang tinggi. Kadangkala agak sukar bagi mereka untuk mencari jalan keluar kerana mereka telah terikat dengan pelbagai perkara yang membebankan seperti tanggungjawab, hutang dan kepenringan kerjaya menjadikan mereka akan terus kekal dalam organisasi.
Sekarang ini ada terdengar tentang kepentingan kepakaran pelbagai yang akan menjadikan beban beban baru seseorang yang bergelar jurutera seperti mencari sekil lain yang sedikit sebanyak akan menjejaskan kepakaran utama mereka. Idea ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pendidikan utama untuk melahirkan seorang jurutera yang mahir dalam bidang mereka. Tumpuan mencari sekil lain seperti kemahiran komunikasi dan lain-lain sedikit sebanyak akan menjejaskan keupayaan seseorang jurutera berkenaan. Fokus kepada isu utama untuk menjadi seorang jututera yang mempunyai sekil yang tinggi dalam bidang mereka menjadi menyimpang. Seseorang jurutera sepatutnya ditugaskan kepada pencapaian yang bersesuaian dengan bidang mereka tetapi apa yang berlaku mereka juga dikenakan untuk melihat perkara-perkara lain seperti perkara-perkara pengurusan, pentadbiran, pembentangan, pengiklanan dan lain-lain. Tidak dapat dinafikan bahawa semua perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan baik oleh seorang jurutera namun lama kelamaan akan menjadikan sekil yang mereka perolehi akan mula luput. Fenomena ini juga sedang berlaku kepada kerjaya doktor perubatan.
Dalam sesebuah organisasi atau negara amat memerlukan kajian terperinci terhadap kaedah penggunaan tenaga mahir seperti jurutera ini kerana kita tidak mahu kerjaya yang sepenting ini dan semulia ini akan mula luput yang akan menjejaskan pembangunan sesebuah negara dan akan membataskan perkembangan dunia keseluruhannya kerana akan wujud fenomena tidak suka kepada kerjaya ini. Pemikir-pemikir dan pelaksana-pelaksana yang kreatif daripada seorang jurutera mungkin akan terjejas dan tidak mencapai kepada matlamat utama yang diperlukan daripada segolongan insan istimewa yang bergelar jurutera yang telah sekian lama dapat membangunkan masyatakat sejagat. Kepakaran yang dimiliki oleh mereka yang bergelar jurutera hendaklah dipelihara dan hendaklah diberi tempat yang istimewa dalam masyarakat bagi menentukan pembangunan dan penyediaan kemudahan-kemudahan kepada masyarakat akan dapat diteruskan dan akan dapat dilonjakkan kepada tahap yang lebih tinggi pada masa-masa hadapan. Ketegasan pihak yang bertanggung jawab hendaklah sentiasa menyedarkan masyarakat dan sentiasa mengingatkan organisas-organisasi agar dapat memelihara golongan jurutera dan hendaklah sentiasa mendorong masyarakat memberi keutamaan kepada profesyen kejuruteraan ini. Sikap takut gagal hendaklah dibuang terus dari kamus masyarakat yang berfikiran negatif terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh golongan jurutera ini. Semoga negara akan terus maju kehadapan dan jurutera menjadi tonggak kemajuan tanpa mengira batasan. Maju dan terus maju jurutera sekelian.
No comments:
Post a Comment