Wednesday, 16 November 2016

Musim Haji

Musim Haji telah muncul semula. Musim haji datang lagi. Debaran bakal haji kini menjelma kembali. Detik debaran bermula seawal menerima jemputan melalui surat dari Lembaga Tabung Haji sekitar bulan pertengahan November dan sepanjang bulan Disember 2015 bagi bakal haji 2016. Reaksi seperti melompat, menjerit atau menangis merupakan fenomena biasa ketika menerima surat jemputan haji.  Perbuatan seumpama itu kerana terlalu gembira yang dizahirkan oleh bakal jemaah. Bagaimana pun ada yang menzahirkan dengan cara berlainan seperti berdoa, sujud syukur, sedekah dan sebagainya.

Sejak dari tarikh itu bakal haji mula sibuk membuat persiapan seperti menyediakan kewangan yang cukup dan mula menghadiri kelas-kelas bimbingan haji. Kelas bimbingan haji mengambil masa selama 17 minggu yang dilaksanakan pada setiap hari Ahad bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Bagi yang benar-benar hendak memahami selok belok dan rahsia pekerjaan haji boleh mencari masjid-masjid di sekitar yang melaksanakan kursus haji. Kesungguhan para jemaah dalam mencari ilmu haji sudah pasti akan diberi pertunjuk oleh Allah yang maha kuasa. Sudah pasti para bakal haji akan bertemu dengan pembimbing-pembimbing handal yang benar-benar akan dapat membimbing para jemaah ke arah kefahaman yang lebih baik dan menyentoh jiwa. Dengan itu rajin-rajinlah baka-bakal haji bertanya dengan rakan-rakan yang berkemungkinan telah mengikuti kelas yang dibimbing oleh ustaz hebat yang dapat melonjak para jemaah dengan kefahaman yang lebih meyakinkan.

Sekian hari sekian minggu sekian bulan akan berlalu dengan pantas bagi jemaah. Persiapan makin lama bertambah rancak begitu juga dengan kursus yang kian memuncak. Debaran semakin hampir akan semakin kencang dirasai dan persediaan zahir dan bathin juga makin mencabar. Muka-muka orang yang tersayanag akan sentiasa terbayang dan kepada siapa mereka akan diamanahkan menjaga disepanjang peninggalan semasa perantauan di tanah suci.

Sejak tarikh panggilan segala persiapan-persiapan kewangan, menyiapkan kesihatan yang memberangsangkan serta melengkapkan ilmu dan membuat amalan-amalan tambahan bagi menyediakan jiwa yang kuat untuk menyahut seruan Allah Subhanahuwata'ala.  Bila jiwa sudah kuat segala kerisauan seperti meninggalkan anak pinak, rakan taulan, kerjaya dan harta benda akan menjadi mudah dan diamanahkan terus kepada yang maha mencipta. Maka ketika itu barulah hati tenang dan dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna dan dengan penuh keyakinan. Keyakinan kepada Allaj akan melebihi segalanya. Keyakinan hendaklah diterapkan kepada anak pinak kita agar tanpa ragu-ragu lagi mereka dengan pertolongan Allah.

Pertolongan Allah akan sentasa menyedarkan bakal haji kerana satu demi satu permasalahan keluarga, kerjaya, kewangan dan sebaginya akan dapat diselesaikan tanpa disangka-sangka. Ini pengajaran yang Allah berikan kepada bakal-bakal haji.Benarlah ayat-ayat Allah yang telah dibaca sejak kecil. 

Keyakinan kepada Allah semasa di tanah suci akan diangkat lagi oleh Allah hari demi hari sehingga selesai mengerjakan haji. Akhrnya akan terukirlah senyuman puas jemaah haji dan dengan penuh harapan mengharap pengurnian haji mabrur oleh yang maha kuasa.Senyuman sehinggalah kembali ke tanah air yang bakal disambut oleh sanak saudara, rakan taulan, jiran dan anak-anak. Semoga Allah membantu segala amalan-amalan di tanah suci akan dapat di amalkan sesudah pulang ke tanah air.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...