Friday, 30 December 2016

BUMBUNG MOTOSIKAL PENETAPAN KONSEP

Penetapan konsep rekabentuk adalah penting, agar rekabentuk terhasil dapat menarik minat masyarakat. Konsep rekabentuk hendaklah memenuhi ciri-ciri keselamatan dan mesra alam. Penetapan konsep untuk merekecipta bumbung motorsikal perlu diteliti. Awal mula hendaklah mendapat pandangan daripada orang ramai berkenaan rekabentuk yang ingin diketengahkan. Penerimaan akan menjadi lebih mudah dan mengurangkan risiko kos dan masa kepada pengeluar. Pendapat orang ramai dari golongan sasaran amat dialukan.

Pihak pengeluar hendaklah memberi beberapa cadangan rekabentuk untuk dipamirkan kepada orang ramai. Rekabentuk yang mendapat pencalunan yang tinggi akan dinilai. Seterusnya rekabentuk terpilih hendaklah diterjemahkan kepada prototaip. Prototaip hendaklah melalui ujian penilaian. Sebarang komen semasa sesi penilaian hendaklah diambilkira dan produk perlu pembaikan berdasarkan teguran pengguna. Pelaksanaan kaedah seperti ini akan menjadikan produk yang dihasilkan akan dapat diterima oleh masyarakat.

Produk juga hendaklah dapat menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan. Umpamanya bumbung hendaklah dapat memenuhi keperluan pengguna agar tidak basah sehingga tahap 90 peratus semasa hujan lebat dan seumpamanya.

Penambahbaikan produk seperti bumbung dapat memberikan keselamatan pelanggaran ketahap 90 peratus selamat. Ciri tambahan ini sudah pasti akan membuat pengguna tidak ragu dan tidak berat mengeluarkan sejumlah wang mendapatkan produk untuk keselamatan mereka.

Produk yang murah dan cantik akhirnya menjadi ukuran. Pereka hendaklah mencari bahan murah yang sesuai dan membuat  rekaan yang cantik. Rekaan yang cantik lagi murah, manakala bumbung dapat melaksanakan fungsi agar tidak basah semasa hujan,  dan bumbung dapat memberi keselamatan sudah tentu akan mendapat tempat yang meletup di pasaran.




No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...