Monday, 26 December 2016

Teknologi Hijau

Jika mengamati kejadian alam ini, kita dapati memang banyak punca tenaga untuk diketengahkan. Antaranya adalah air, angin, solar dan tanah. Dengan membuat penyelidikan yang mendalam maka kita akan dapat memanfaatkan sumber tenaga ini untuk digunakan dengan maksima oleh penghuni alam. Usaha ke arah ini sedang dijalankan dengan wujudnya pendekatan teknologi hijau yang sering dicanangkan kepada masyarakat

Pergantungan kepada petrol akan dapat dikurangkan. Kepayahan untuk mengeluarkan petrol menjadikan bahan ini mahal. Walaupun pada ketika ini harga petrol agak murah berbanding dahulu tetapi ia dijangka bersifat sementara. Harganya dijangka akan melonjak semula kerana permintaan bahan ini tidak pernah menunjukkan kekurangan.

Kegunaan sumber tenaga dari sumber alam merupakan alternatif bagi menampung penggunaan petrol yang berlebihan. Biarlah bahan ini hanya digunakan kepada yang perlu sahaja manakala bagi yang kurang perlu hendaklah dicarikan bahan gantian. Sumber alam merupakan pengolahan yang terbaik dalam usaha menangani masalah ini. Sumber alam lebih sesuai bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar yang kian meningkat akibat dari penipisan ozon.

Penggunaan tenaga solar merupakan tenaga gantian yang dapat digunakan. Sudah tentu pada awalnya ia mempunyai serba kekurangan. Tetapi apabila sudah matang, teknologi ini akan memberikan kelebihan yang sukar ditandingi lebih-lebih lagi menjimatkan. Teknologi dapat membantu memartabatkan kepentingan aplikasi tenaga hijau

Penggunaan tenaga air laut juga sedang dibangunkan. Kepada negara yang dikelilingi dengan air laut sudah tentu akan mendapat faedah. Pada peringkat awal sudah tentu memerlukan kajian yang mendalam bagi menentukan kejayaan. Pada masa hadapan, sudah tentu akan memberikan kelebihan kepada negara-negara berkenaan dari sudut penjimatan dan kebersihan alam sekitar. Kajian dari pasang surut yang tidak menentu dan kekangan kepada keadaan ombak yang tidak sekata akan menjadikan kajian yang mencabar. Disamping keadaan semula jadi kepada bahan yang mudah karat berhadapan dengan air laut merupakan penyebab mengapa sumber tenaga ini lewat diketengahkan.

Angin juga merupakan sumber tenaga yang berpotensi yang memerlukan kepada kajian yang lebih dalam dan terpeinci. Kelebihan teknologi yang dapat memberi tenaga yang bersih merupakan kebaikan yang sukar untuk disisihkan. Penyediaan awal yang memberikan kos yang mahal menjadikan sesuatu kekurangan untuk pertimbangan manusia.

Teknologi hijau dari sumber kitar semula juga boleh dihasilkan dengan menghasilkan petrol sintetik. Bahan kitar semula memberi kos yang tinggi untuk tujuan pelupusan. Bahan ini akan lebih berfaedah untuk mewujudkan persekitaran hijau disamping pembangunan semula sebagai bahan tenaga.

Selain sumber-sumber tersebut, penggunaan tenaga mekanikal seperti pegas, 'fly wheel', magnet dan haba juga boleh dibuat kajian lanjut pembaikan teknologi hijau ini. Penggunaan tenaga mekanikal tanpa bantuan petrol dapat memberikan penjimatan. Ia juga dapat menyelamatkan bumi dari musnah akibat pembakaran bahan api yang memberi pencemaran kepada alam sejagat.

Banyak kajian-kajian yang berjaya telah menyumbang kepada teknologi hijau. Dalam bidang otomotif telah lahir kenderaan 'hybrid' dan kenderaan elektrik yang telah berjaya dipasarkan. Teknologi seumpama ini telah mengambil tempat dalam masa singkat. Pesaing dalam bidang ini, malah negara hendaklah menumpukan sepenuh tenaga dalam membangunkan teknologi hijau ini yang akan memberi kebaikan kepada alam sekitar malah memberi nilai ekonomi kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...