Kesian anak muda sekarang? Eh kenapa pula perlu kesihan kepada mereka? Mana tak kesiannya. Pendapatan atau upah tidak berpadanan dengan keperluan kehidupan. Jadi siapakah yang hendak membela mereka. Tak tahulah. Yang baiknya golongan ini hendaklah lasak untuk menangani kehidupan.
Apakah cabaran mereka? Pertama cabaran masa zaman persekolahan terpaksa bersaing. Kedua zaman di universiti terpaksa berhutang untuk belajar. Ketiga cabaran hendak mencari pendapatan, sekarang sukar untuk mendapat kerja. Keempat cabaran gaji rendah. Seterusnya cabaran meneruskan hidup dengan harga makanan, tempat berteduh dan cabaran hendak membayar semula hutang pengajian. Seterusnya cabaran hendak berumah tangga belanja kahwin mahal dan belanja keluarga. Mana mungkin untuk hidup sendiri pun tak lepas, inikan pula hendak menanggung pasangan. Pusingan ini akan berterusan sehinggalah kepada akhir penghidupan mereka. Kecuali sebahagian kecil sahaja yang akan berjaya. Itu pun ada yang berjaya secara kerja keras dan mungkin ada sebahagian yang berjaya kerana bernasib baik semata, misalnya melalui kenalan, sahabat dan saudara mara yang ada jalan membantu.
Justeru bagi yang tidak bernasib baik, maka siapakah yang akan membantu anak muda ini. Tidak lain tidak bukan bapa-bapa mereka. Bapa-bapa mereka yang dahulu telah membantu atok-atok kepada anak mereka. Kini jenerasi bapa-bapa ini pula akan membantu anak-anak mereka. Itulah pusingan hidup golongan baby boomer (BB). Bila pula golongan BB ini pula hendak menikmati kehidupan mereka. Juga menjadi persoalan.
Salah siapakah ini? Bila pula akan berakhir. Harapan semua agar muncul seorang hero yang akan memikirkan permasalahan seumpama ini. Itulah kehidupan dunia yang tiada kesudahan. Akhirat jualah menjadi pengharapan.
Oh anak muda, teruskan usaha mu. Jangan jadi mudah lupa bila menjadi sebahagian yang berjaya. Pikul amanah mu memajukan bangsa. Agar semua hidup bahagia.
No comments:
Post a Comment