Tuesday, 23 October 2018

KEHEBATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


Penyelidikan dan pembangunan yang hebat merupakan keutamaan dalam menzahirkan produk baharu. Tanpa adanya penyelidikan sesuatu produk mengikut keperluan optimum sukar dihasilkan. Namun kini ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuat cetak rompak. Walaupun akta perlindungan harta intelek telah lama wujud, cetak rompak memang tetap berlaku.

Cara operasi mereka dengan mengambil peluang dengan meniru dan sedikit ubah suai menghasilkan produk yang sama fungsinya. Oleh kerana mereka mempunyai banyak wang dan fasiliti menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak menjadikan produk yang ditiru menjadi murah. Maka ini akan membunuh peneroka awal yang masih lagi terkial-kial untuk mengeluarkan produk asli melalui penyelidikan yang memakan masa yang agak lama disamping dana kewangan yang besar tidak dapat melawan harga yang mereka tawarkan. Lantaran kumpulan yang menghasilkan barangan melalui penyelidikan hanya dapat bertahan sekejap sahaja dalam pasaran. Inilah yang berlaku dalam dunia realiti hari ini.

Bagaimanakah hendak mengatasi masalah seperti ini? Jawapannya adalah dengan tidak melakukan penyelidikan kepada barangan yang belum ada. Sebaliknya dengan mencari produk yang sediaada dipasaran dan pengguna memerlukan produk berkenaan dalam kuantiti yang banyak. Penambahbaikan kepada barangan sedia ada seperti kenderaan dan peralatan lain yang mempunyai market yang besar akan dapat menyelamatkan duit pelaburan disamping akan mendapat keuntungan berbanding dengan penyelidikan baharu.
Manakala jika masih lagi hendak meneruskan penyelidikan kepada barangan baharu hendaklah mengambilkira mengatasi cetak rompak dengan cara mendaftar harta intelek dalam negara atau pun mendaftar harta intelek luar negara yang mempunyai potensi market yang besar terhadap barangan yang dihasikan melalui produk penyelidikan.

Langkah yang lain ialah dengan mendahului market dengan lambakan barangan. Dengan usaha yang sedemikan kita dapat mengatasi gejala cetak rompak. Dengan demikian kita telah dapat menawan market dengan lebih awal lagi. Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan membina jenama yang kuat terhadap barangan-barangan yang hendak dijual.

Penyelesaian lain, dengan bersatu melawan cetak rompak dengan perbincangan antara kerajaan dan kerajaan disamping melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tanpa memilih bulu. Maka negara akan dapat diselamatkan dari gejala yang tidak sihat ini dari terus berlaku.

Jika tidak dibendung masalah ini akan berulang sehinggakan sesebuah negara boleh miskin dan menjadi bankrap.

Negara yang miskin dan bankrap akibat dari rompakan sedemikian akan memberi kesan kepada rakyat seperti tidak dapat membayar gaji dan tidak dapat mengawal kenaikan harga barangan harian.

Gejala seperti ini, jika tidak dapat difikir dan tidak dapat dikawal, kewangan yang disumbang kepada penyelidikan yang tidak dapat dimanfaatkan dengan baik dari masa ke semasa akan pupus dengan cara sendiri sahaja.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...