Mana yang lebih berkuasa, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih ditakuti, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih bijak, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih kuat, yang nampak atau yang tidak nampak. Banyak lagi yang boleh disoal dan dibahas dengan tajuk ini.
Sekarang, dunia digemparkan dengan kuman Covid 19 yang mengganas, membunuh dan melumpuhkan segalanya. Banyak yang boleh dipelajari daripada kuman ini. Antaranya kebersihan diri, berpakaian, berkomunikasi, bersosial dan yang lebih penting penghambaan manusia kepada Pencipta dan banyak lagi.
Covid 19 dikatakan mula ditemui di wilayah Wuhan tanah besar China sekitar penghujung tahun 2019. Pada awal tahun 2020 ia merebak dengan pantas ke seluruh pelusuk dunia. Sehingga kini, melebihi satu juta manusia telah dijangkiti dan ia penyebab lebih 100,000 nyawa manusia terkorban.
Pertubuhan Kesihatan Dunia telah menaik taraf wabak ini sebagai pandemik. Pandemik bermaksud wabak yang besar yang sukar dikawal dan telah merebak ke pelusuk negara dan negeri serata dunia dan membunuh ramai manusia.
Masalah dari wabak ini; Pertama, boleh membawa maut kerana kuman menyerang organ manusia. Kedua, wabak ini telah menyekat semua aktiviti manusia baik dari kerohanian, sosial dan ekonomi. Ketiga, sukar dibendung kerana mudah berjangkit antara manusia.
Tiada jalan lain yang wajib diambil; Pertama, pengasingan. Kedua, kebersihan. Ketiga, memutuskan jaringan kuman. Keempat, pembasmian kuman. Kelima, menyediakan vaksin.
Semua jalan penyelesaian dan pencegahan hendaklah segera diambil dan yang terpenting adalah penyedian vaksin.
Seluruh masyarakat dunia diajak bersatu padu melawan wabak ini dengan mematuhi dan menyegerakan 5 perkara, pengasingan, kebersihan, memutus jaringan, membasmi dan penyediaan vaksin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining
Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...
-
Terfikirkah anda untuk membuat bumbung motosikal. Barangkali kita sering melihat penunggang motosikal menggelabah mencari tempat berlindun...
-
Letakkan diri dalam suasana orang kurang upaya. Dalam kawasan yang selamat di rumah anda, cuba tutup mata anda dan bergerak dari satu temp...
-
Malaysia, which inspires to become develops country needs citizens to be innovative and dare to involve in design works. A design mean...
-
The Bukit Chandu Museum is in the south of Singapore. Singapore which known as a small country but has superb, organized, and smart facil...
-
MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DENGAN SETIAP DENYUT KESELAMATAN MENYELURUH BAB 1 PENGENALAN Perlaksanaan Denyut Keselamatan Menyeluruh...
-
Peranan Papa dan Mama Pengantin semasa berlangsung majlis perkahwinan adalah amat berat. Peranan seperti menyambut tetamu dengan ikhlas dan...
-
Manusia amat kreatif menyelesaikan masalah. Mereka sentiasa mengkaji segala permasalahan yang timbul. Mereka membuat kesimpulan dan melaks...
-
1. Negara makmur memerlukan rakyat yang rajin berusaha. Tidak ketinggalan juga dikalangan golongan profesional seperti ...
-
Pelanggan adalah bagai raja, manakala organisasi atau peniaga atau yang seumpamanya yang memberi perkhidmatan atau menjual produk kepada pe...
-
Allah melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan selagi mereka tidak bernikah. Berpandangan antara lelaki dan perempuan juga sudah terl...
No comments:
Post a Comment