Apakah itu teknologi? Apakah itu skil? Teknologi adalah keupayaan membuat peralatan atau sistem untuk menyelesaikan masalah manusia. Manakala skil adalah kemahiran atau keupayaan melakukan sesuatu tidak kira dalam sukan, sosial, akademia, politik atau menzahirkan peralatan, menzahirkan sistem, atau menyelesaikan masalah dsbnya. Teknologi dan skil mempunyai tahap tertentu seperti tahap biasa, sederhana dan tinggi. Teknologi adalah keperluan sesebuah negara untuk maju dan dihormati manakala skil lebih kepada keperluan individu tetapi penyumbang kepada teknologi atau penyumbang kepada negara maju. Jika skil rakyat sesebuah negara itu tinggi maka teknologi negara akan berada pada tahap tinggi. Seterusnya negara berkenaan akan makmur dan disegani.
Yang mana lebih penting antara teknologi dan skil? Yang mana hendak didahulukan? Dalam kaedah penyelesaian yang berkesan, individu, organisasi atau negara hendaklah mengenalpasti yang mana hendak didahulukan. Menurut kaedah penyelesaian kejuruteraan iaitu dengan mengenalpasti keutamaan akan mempercepatkan lagi penyelesaian. Setiap penyelesaiaan sudah tentu akan mendapat keuntungan.
Peningkatan skil akan memberi kemakmuran samada pada individu, masyarakat atau negara. Pencapaian skil yang tinggi menaikkan taraf individu seterusnya menaikkan taraf negara. Dengan memberi penumpuan kepada pembangunan skil automatiknya masalah lain seperti kelemahan teknologi akan dapat diatasi
Pembangunan skil merupakan permasalahan utama dalam pencapaian individu dan negara dalam pembangunan teknologi.
Mari kita lihat kemakmuran yang dihasilkan oleh individu berskil tinggi seperti Ronaldo, Bill Gates dan Trump dan ramai lagi personaliti yang berjaya. Kemewahan mereka dapat dilimpahkan pula kepada masyarakat dan negara.
Sedikit tip untuk peningkatan skil. Pertama, laksanakan berkali-kali hingga berjaya. Kedua, lihat personaliti yang sudah berjaya dan ikutlah cara mereka. Ketiga, menggunapakai kaedah atau sistem yang sudah berjaya. Keempat, rajin berusaha ikut bidang yang disukai. Kelima, berusaha secara berterusan. Keenam, mencari ilmu dan beramal.
Jika kaedah keutamaan digunapakai, laksanakan perkara keenam dengan segera dengan harapan tip-tip lain boleh digarap dengan sendiri. Kemakmuran dan kemewahan menunggu semua.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment