1. Terkini
Covid 19 telah mengakibatkan banyak kemudaratan. Kemusnahan ekonomi menjadi
kerisauan seluruh manusia dipelusuk dunia.
2. Kemusnahan ekonomi
akan mengakibatkan kepayahan rakyat mendapat keperluan hidup seperti makan, minum, tempat tinggal,
pengangkutan, bersosial, dsbnya.
3. Hari ini
tanggal 2 Jun 2020, terdapat pelaporan telah
berlaku ketidaktentuan pelakuan kepada sebahagian penduduk dunia yang telah merusuh dan telah mengakibatkan
kehilangan nyawa.
4. Ketidaktentuan boleh berlaku
apabila tiada keseimbangan, tiada peluang bekerja. Keperluan hidup tidak dapat dipenuhi punca kemurungan.
5.
Jika tidak berhati-hati, kita tidak akan terlepas dengan fenomena ketidaktentuan ini. Walaupun sehingga kini kita telah berjaya
membendung Covid 19 hasil dari
pendekatan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengaturgerakkan semua sumber dengan
berkesan.
6. Kebijaksanaan pemimpin, kakitangan kerajaan
dan rakyat membuat keputusan memastikan kejayaan menangani Covid 19.
7. Banyak SOP telah dikeluarkan
untuk menangani masalah ini. Arahan melalui SOP jelas terbukti berjaya dalam
pelaksanaan ini.
8. Kejayaan
terhasil apabila semua yang terlibat
dapat melaksanakan peranan mereka berpandukan SOP.
9. Penjelasan SOP,
keadaan semasa dan keutamaan tindakan telah disalurkan dalam berbagai saluran
seperti television, radio, dan telefon bimbit.
10. Penyaluran maklumat dengan
penekanan kepada apa rakyat perlu tahu dan perlu buat menjadikan rakyat secara automatik dapat
melaksanakan apa kehendak kerajaan untuk menangani wabak Covid 19 ini secara
berpusat.
11. Apabila keadaan
Coronavirus sudah reda kerajaan perlu meneruskan mobilisasi seluruh rakyat.
12. Semua
rakyat hendaklah diberi peranan yang jelas seperti sebahagian rakyat yang telah
dibuang kerja boleh digunakan untuk sektor pertanian dan sektor-sektor industri
lain yang boleh membantu pembangunan negara.
13. Bidang pertanian adalah penting kerana rakyat tidak boleh dibiarkan kelaparan.
14.Buat masa ini, sesebuah
negara hendaklah berdikari dalam keseluruhan sistem kemakmuran, lebih-lebih
lagi dari segi penyediaan makanan dan kemajuan teknologi.
15. Konsep globalisasi perlu dilupakan buat seketika.
16. Keseimbangan dari kekuatan pembekal dan pelanggan
dalaman hendaklah menjadi keutamaan.
17. Pencerdikan rakyat melalui
SOP menjadi budaya baru seterusnya pengautomatikkan dalam pelaksanaan
tanggungjawab menjadi teras baru dalam sistem negara.
18. Kini seluruh pelusuk rakyat
Malaysia telah memahami apa itu SOP.
No comments:
Post a Comment