Tuesday, 2 June 2020

Adakah anda suka menjadi jurutera?



Jumlah Jurutera di dunia dianggarkan seramai 10 - 15 juta orang yang memenuhi pelbagai disiplin kejuruteraan seperti jurutera letrik,  jurutera mekanikal, jurutera bangunan dsbnya.  Manakala penduduk dunia dianggarkan sekitar 7 bilion orang. Rujuk (http://www.thewif.org.uk/articles/presentation1/page8.htm). Angka yang dikeluarkan ini membuktikan kekurangan jurutera dalam masyarakat dunia. 

 

Persoalan  kepada  pembaca  budiman. Pertama,  jika  anda  telah  dapat mengukir cita-cita dalam memori, adakah anda bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera? Kedua, jika anda seorang pelajar kejuruteraan adakah anda suka dengan pembelajaran kejuruteraan?   Ketiga, jika anda seorang bapa atau penjaga adakah anda inginkan jagaan anda menceburi bidang kejuruteraan? Jika anda seorang jurutera, adakah anda ingin menukar bidang anda? Banyak lagi yang kita boleh soal dan akan memperolehi pelbagai jawapan.

 

Persoalan sebegini pasti akan mendapat jawapan yang positif kerana kerjaya jurutera selamanya adalah  mulia dan disegani dalam  masyarakat. Jurutera ialah  individu berdisiplin  yang mematuhi piawaian etika,  memiliki pengetahuan dan kemahiran khas dalam  penyelidikan, pendidikan dan latihan pada tahap tinggi. Jurutera bersedia untuk menerapkan pengetahuan dan menggunakan kemahiran demi kepentingan masyarakat.

 

Kumpulan jurutera dikehendaki mematuhi kod etika dalam pelaksanaan pekerjaan. Kod  etika jurutera menuntut piawaian tingkah laku terbaik bagi menyempurnakan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. Kod etika juga memelihara jurutera dalam hubungan   sesama rakan sekerja. Kod-kod ini dikuatkuasakan oleh badan yang diperaku dan diterima oleh masyarakat. 

 

Selain kumpulan jurutera, konsep yang sama terhadap kerjaya lain seperti peguam, doktor dan akauntan. Golongan sebegini boleh memberi khidmat dan pandangan kepada pelanggan. 

 

Ciri jurutera adalah seorang yang akan menjadi profesional dengan   melaksanakan pekerjaan khusus, mendapat latihan intensif dan berijazah yang dikawal selia oleh sebuah badan pengawal selia. Mereka ini adalah berpendidikan, berdikari, berdedikasi dan mempunyai harga diri.   Kriteria lain seperti berpengetahuan, cekap, bertanggungjawab kepada organisasi dan sentiasa menjaga kepentingan masyarakat. 

 

Jurutera akan kekal berperanan, sesuai dengan kepakaran hasil daripada latihan dan pembelajaran sudah tentu akan menggambarkan profesionalisma kepada masyarakat dengan pengawalan kod etika jurutera, pembangunan diri berterusan, keperluan undang-undang, keselamatan dan kesihatan serta mematuhi piawaian.

 

Justeru tidak hairanlah golongan jururera sentiasa mendapat pekerjaan dan mempunyai permintaan tinggi dalam semua sektor hasil dari pembelajaran, latihan, pengawalan dan kelasakan. 

 

Demi mencapai kecemerlangan teknologi untuk kemakmuran dan disegani, sesebuah negara hendaklah meluaskan kerjaya jurutera.

 

Manakala badan yang menyelia jurutera hendaklah mencari jalan untuk mengoptimumkan keupayaan seperti melengkapkan jurutera dengan kemahiran tinggi.

 

Jurutera pula hendaklah berperanan dengan lebih jauh dalam membantu memajukan masyarakat dan negara dengan melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dengan keperluan teknologi.

 

Negara berteknologi adalah negara makmur dan disegani. Kerjaya jurutera adalah benteng penting menjadikan kerjaya jurutera kebanggaan masyarakat dan Negara.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...