Wednesday, 10 November 2010

KONSEP GELAS BESAR


Ramai pengusaha restoran dan gerai makan telah mendapat rezeki lumayan hasil dari konsep gelas besar.

Seronok memesan, seronok memandang tetapi kebiasaannya tidak habis minum. Gelas besar amat mashyur di Terengganu. Minuman gelas besar air tiga warna lampu trafik yang cantik amat digemari pengunjung terdapat di Kuantan.

Punca rezki umpama gelas. Gelas jika kecil, maka rezki kecil dan air akan tumpah. Air umpama rezki.Konsep gelas besar boleh dijadikan amalan untuk pengukuhan pendapatan. Macam orang tua kita, mereka membesarkan punca pendapatan dengan melaksanakan bermacam kerja seperti pagi menoreh, petang ke sawah atau menanam jagung atau menanam kacang, malam menjala ikan atau membubu.

Seingat saya, pada masa itu jagung RM 3.00 ke RM 7.00 untuk 100 tungkul mengikut saiz manakala ikan ubi atau orang kampung panggil ikan bodoh amat murah atau kadang kala langsung tiada harga. Kini jagung RM 7.00 hanya 5 atau 6 tungkul. Ikan ubi mencecah RM 100.00 untuk sekilogram.

Kehidupan pada waktu itu, dari segi makan tidaklah sukar.

Justeru, untuk mengharungi zaman kini, punca pendapatan mesti dibesarkan. Disamping pendapatan yang tetap, kita boleh mencuba konsep gelas besar dari punca pelaburan, perniagaan, penternakan, hartanah, harta intelek, menghurut, membekam, membawa teksi, menjual burger, air minuman, buah potong dan sebagainya. Kadangkala punca pendapatan seperti ini lebih lumayan dari pendapatan tetap. 

Perlu ingat bahawa air akan melimpah jika gelas tidak dibesarkan. Justeru besarkan gelas supaya ia dapat menerima air dengan banyaknya.

Pada masa kini, kesusahan tidak boleh diterima.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...