Monday, 15 November 2010

PENGUASAAN TEKNOLOGI PENYUMBANG NEGARA PENDAPATAN TINGGI


Tidak dapat disangkal lagi bahawa penguasaan teknologi merupakan penyumbang kepada negara berpendapatan tinggi. Negara-negara berjaya seperti Jepun dan Korea Selatan yang pada masa dahulu merupakan negara berpendapatan rendah telah bertukar kepada negara berpendapatan tinggi hasil dari penguasaan teknologi.

Penguasaan teknologi memerlukan penumpuan menambah bilangan bijak pandai dalam bidang ilmu pelbagai bidang. Ada yang mengatakan bahawa di Korea Selatan jika batu dibaling, yang terkena batu itu ialah pemegang ijazah PhD. Industri-industri berat mereka seperti industri keluli, kenderaan dan telekomunikasi telah berjaya kerana terdapat ramai bilangan PhD dalam industri tersebut.
Sinonimnya ialah pembudayaan ilmu. Ibu-bapa sangat berusaha untuk menaik taraf pendidikan anak-anak mereka.

Kesungguhan ibu-bapa dalam bidang sukan, tiada tandingan juga, contohnya dalam bidang sukan golf ramai yang memberi tumpuan pada anak-anak dan mereka sanggup bersama anak-anak untuk bermain golf bersama. Oleh kerana mereka telah mencapai tahap pendapatan tinggi , tidak hairanlah dimana sahaja padang golf kita dipenuhi dengan keluarga mereka tidak kira jantina. Kini lihat sahaja kedudukan 10 pemain golf lelaki atau perempuan terbaik dunia, sudah tentu terselit nama dari negara Korea Selatan dan Jepun.

Apakah yang menyebabkan pembudayaan ilmu dan penguasan teknologi? Saya sependapat dengan beberapa penulisan sebelum ini iaitu terdapat ancaman seperti ancaman kekurangan sumber asli atau ancaman perang. Fitrah manusia bila terancam akan berlakulah perubahan. 

Penguasaan teknologi lebih cepat berlaku dalam bidang ketenteraan. Teknologi ketenteraan merupakan teknologi termaju kerana penumpuan saintis dan perekacipta, contohnya untuk menghasilkan badan kereta kebal atau meriam yang memerlukan teknik pembuatan, mata alat yang keras dan mesin khas, maka akan wujud mata alat dan mesin yang canggih. Teknologi seperti ini boleh pula diaplikasikan kepada keperluan-keperluan lain sepeti dalam bidang kenderaan, pemesinan, pembuatan dan sebagainya.

Penerapan budaya, ketinggian ilmu, keinginan maju, tak mahu dikeji dan keinginan untuk mencapai pendapatan tinggi boleh menjadi penyumbang untuk menjadi negara penguasa teknologi tanpa menunggu ancaman kekurangan sumber atau ancaman perang.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...