Saturday, 28 November 2015

KESEDERHANAAN DALAM HIDUP

Kehidupan yang sederhana memberi kebahagian, ketenangan, keinsafan dan keindahan kepada manusia. Kehidupan yang berlebihan bermakna seseorang telah mengambil lebih hak yang mana sepatutnya lebihan hak itu boleh dikongsikan dengan orang lain yang mungkin lebih memerlukan. Konsep zakat iaitu mengeluarkan sebahagian rezki iaitu sebanyak 2.5 peratus daripada harta dan pendapatan hendaklah dikeluarkan pada setiap penghujung tahun.

Contoh yang paling dekat adalah dari rezki makan, jika bersederhana dalam makan iaitu sekadar yang perlu tanpa membazir maka dapatlah lebihan makan itu diberikan kepada mereka yang lapar. Lebihan bukan bermakna kita memberi makanan yang tidak habis dimakan sebaliknya perancangan untuk makan hendaklah dibuat agar lebihan dalam bentuk wang akan dapat disalurkan kepada orang yang memerlukan. 

Contohnya jika anda makan sepatutnya RM 100, dengan konsep kesederhanaan maka mungkin anda hanya memerlukan makan dengan nilai RM 30 maka lebihan RM 70 bolehlah disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Begitu juga dalam kesederhanaan berpakaian, memadailah memakai pakaian yang sederhana dan berpatutan hanya sekadar untuk cantik dan kemas dipandang, lebih penting dalam berpakaian adalah pakaian yang bersih dan menutup aurat.

Begitulah juga jika anda ingin membuat rumah, membeli kereta dan mungkin hendak melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan melancung. Semuanya memerlukan kesederhanaan agar dengan lebihan dari pelaksanaan kesederhanaan akan dapat disalurkan untuk amal bakti seperti bersedekah, membina yayasan, membina sekolah, membantu membina masjid atau surau atau pusat-pusat pendididikan. 

Bantuan seperti itulah yang sebenarnya merupakan harta kita untuk dibekalkan diakhirat kelak, manakala harta kekayaan dunia seperti rumah, kereta, wang dan tanah yang amat dicintai manusia akan terpaksa ditinggalkan.

Konsep kesederhanan dalam beragama atau berdemokrasi, adalah amat dituntut semua makhluk tidak menjadi 'extream' yang boleh mengundang kerisauan dan ketidakstabilan, sebaliknya tidak kira apa fahaman hendaklah mewujudkan kecintaan sesama makhluk, 

Lebih-lebih lagi bagi umat Islam hendaklah mengejar kecintaan kepada Allah dan baginda rasulullah menjadi agenda utama. Mudah-mudahan dengan kecintaan kepada Allah dan rasul akan dapat memberikan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Friday, 20 November 2015

MENGHIDUPKAN SEMULA PENGANGKUTAN SUNGAI DI MALAYSIA SUATU CADANGAN

Kehijauan di tepian sungai dan kebersihan sungai boleh menenangkan minda kita setelah penat bekerja. Seolah-olah mendapat fitrah anugerah ilahi menjadikan badan dan minda kita amat selesa dengan keindahan sungai. Kebersihan sungai dalam kawasan bandar selalu dipersoalkan kerana sebahagian warga kota yang tidak berdisiplin sering membuang sampah sarap dan plastik ke dalam sungai menjadikan sungai kotor yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku. Manakala kehijauan di tepi sungai di kawasan bandar sebahagian besarnya telah diambil aleh oleh bangunan-bangunan rendah dan bangunan pencakar langit.

Kesibukan kota lebih-lebih lagi kesibukan di jalan raya amat memeningkan dan boleh mendatangkan tekanan kepada warga kota. Tekanan mengakibatkan pengidap menjadi murung sedikit sebanyak meyumbangkan kepada kurang prestasi yang boleh merugikan negara. Dapat dilihat terlampau banyak kenderaan di jalan raya kebiasaan banyak yang tiada penumpang. Fenomena ini amat memeningkan pihak berkuasa, justeru lahirlah kempen ‘pool car’ ke tempat kerja. Bagaimanapun ia kelihatan lesu dan kurang sambutan.

Penempatan bandar-bandar besar di Malaysia kebanyakan dibangunkan menyusur batang-batang sungai. Pada masa dahulu sungai digunakan untuk menghubungkan penduduk dari satu tempat ke satu tempat. Lama kelamaan pengangkutan melalui sungai telah terpupus akibat dari permodenan dan kepesatan pembinaan kemudahan darat ke tempat bekerja.

Jika diperhatikan kebanyakan jalan raya di Malaysia adalah menyusur sungai-sungai. Jika dilihat dari sudut ini maka adalah suatu yang manasabah untuk menghidupkan semula pengangkutan sungai di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Kelebihan menghidupkan semula pengangkutan sungai adalah untuk menarik pelancung-pelancung tempatan dan antarabangsa. Sungai-sungai akan dibersihkan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Mudah-mudahan dengan aktiviti pengangkutan sugai akan dapat menghindarkan aktiviti pembuangan sampah ke dalam sungai. Manakala di tepi-tepi sungai boleh dihijaukan semula untuk kelihatan menarik agar menjadi terapi kepada warga kota yang sering sibuk dan penat bekerja.

Aktiviti pengangkutan sungai akan dapat meningkatkan keupayaan saliran air yang akan dapat mengelakkan banjir kilat dan tanah runtuh. Lebihan air hujan akan dapat disalirkan ke laut dengan segera.

Usaha mendalamkan sungai pula akan dapat menakung air laut ketika ia pasang. Pengangkutan sungai akan dapat menjadikan Malaysia menarik, indah dan tersohor sebagai destinasi pelancungan. Aktiviti perniagaan akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan serta akan mendapat tarikan kepada setiap lapisan masyarakat.

Friday, 13 November 2015

Batasan Pergaulan Lelaki dan Perempuan

Allah melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan selagi mereka tidak bernikah. Berpandangan antara lelaki dan perempuan juga sudah terlarang, inikan pula melakukan perkara-perkara yang lebih dari itu. Dengan berpatuh kepada larangan ini mudah-mudahan semua umat akan mendapat taufik dan hidayah daripada Allah dan mudah-mudahan semua insan akan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.

Sehubungan dengan larangan ini, hendaklah kita berpesan antara satu sama lain dan menjaga peraturan yang Allah tetapkan ini semoga akan tersusun indah perjalanan hidup ini dan terpeliharalah kaum yang lemah iaitu kaum hawa dan terpeliharalah urutan zuriat yang sempurna sehingga ke akhir zaman,

Pengajaran dari kehendak peraturan ini antaranya adalah; 

Pertama, Allah amat menyayangi makhluk dengan mengurniakan akal fikiran kepada makhluk maka dengan peraturan ini dapatlah mereka berfikir untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

Kedua, peraturan ini akan membezakan antara manusia dan binatang. Binatang bebas berpasangan. Kadangkala berlaku pergaduhan sesama sendiri kerana berebut pasangan yang kadang kala membawa maut. Peraturan ini bagi memastikan kalangan insan akan dapat hidup bahagia dengan tiada pergaduhan antara satu sama lain.

Ke tiga, peraturan ini adalah bagi mengelakkan hubungan yang terlarang tidak berlaku kerana perhubungan terlarang akan membawa kemudaratan kepada insan yang mengakibatkan kerisauan dan kemurungan.

Ke empat, Perhubungan terlarang akan dapat mengelakkan kerisauan antara insan terutama kepada ibu bapa dan ahli keluarga tentang keselamatan ahli keluarga dan orang tersayang.

Ke lima, dengan mengelakkan perhubungan terlarang akan dapat menyejahterakan masyarakat dengan mendapat kepastian bahawa tiada pergaduhan sesama insan.

Ke enam, dapat melahirkan negara yang aman sejahtera.

Ke tujuh, peraturan yang dapat memberikan kesejahteraan kepada manusia dan dapat membezakan antara insan dan haiwan.

Justeru hendaklah diingatkan kepentingan larangan ini sehinggakan pandangan mata pun sudah terlarang. Menunjukkan pencegahan awal telah digariskan kepada kita yang membuktikan kasih sayang Allah kepada semua insan. 

Justeru, kita hendakah bersyukur dengan penguatkuasaan undang-undang ini dan tidak ragu-ragu bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan cara melapurkan aktiviti terlarang kepada penguasa yang bertanggung jawab bagi menyegerakan langkah-langkah pencegahan.

Saturday, 7 November 2015

FOCUS

A word of focus very easy to pronounce. Easy to spell. But very difficult in practice. The word of focus is very important in daily life in order to excel. Any profession or individual needs to focus in anything done. 

The school's students, university's students, CEOs, managers, workers or craftsmen need focus in order to get excellent. 

The Muslims in their prayers need to focus for having a quality prayer. The focus is important in prayer because it will be accepted and fully reward in a hereafter world.

How to focus when many things must be coordinated such as the brain, heart, mouth, eyes, and ears need focusing to one job done at one time. If these things could carefully be coordinated, definitely we could focus and what has been done could give the ultimate results. 

The focus could be achieved by doing a lot of practice. First, we can start with heart concentration. After mastering heart concentration then we can try with the second step that is brain concentration. After mastering how these two organs work then try to coordinate them or let them working together. 

The last but not list we can try simultaneously work with the mouth for words throwing's concentration. Try practice these three first and we may move on with the following step coordination by focusing with the brain, heart, mouth, eyes, and ears to focus to one job done. 

The focusing should on the current job. Forget about the past and the future. Let try and we can see the tremendous results.


Friday, 6 November 2015

CINTA INSAN

Manusia mempunyai perasaan. Perasaan manusia agak sukar difahami. Ia sentiasa berubah dari masa ke semasa. 

Mengawal perasaan menjadi satu perbualan yang sering diperdengarkan oleh setiap insan di setiap pelosok bumi. Perasaan yang tidak dapat dikawal sering menerima padah. Perasaan marah, nafsu berbelanja berlebihan, dan kehendak kasih sayang yang melampau, malah perasaasn benci adalah merupakan cabang-cabang perasaan yang hendaklah dihayati yang perlu diketahui manusia.

Perasaan yang paling sukar dikawal adalah perasaan cinta. Perasaan cinta jika tidak mencapai maksud, matlamat atau tidak diakhiri dengan perkahwinan akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada insan yang terlibat dalam kancah ini. Perasaan cinta berkait dengan perasaan kasih sayang insan yang melampau atau berlebihan sesama makhluk. Putus cinta sesama makhluk berlakunya tidak ketentuan.

Cinta sesama insan adalah cinta yang tidak kesampaian. Bagaimanapun ia adalah perlu dan penting dan ia juga merupakan anugerah Ilahi kepada manusia. Ia juga merupakan fitrah yang sudah tentu tidak akan dapat ditolak oleh manusia. 

Cinta kepada Allah adalah cinta yang hakiki dan cinta yang amat dituntut terhadap insan. Kecintaan kepada Allah akan memberi kebahagiaan kepada insan yang dicipta. 

Makhluk hendaklah terus berdoa agar Allah memberi cinta dan kasih sayang kepada mereka. Mendapat cinta Allah adalah matlamat insan yang beriman.

Manusia yang dicipta telah diberi fitrah yang mana pada suatu masa kelak orang-orang yang lalai akan mencari pencipta. Manakala orang yang peka akan mencari dan mendekatkan diri kepada yang maha berkuasa. 

Semakin insan hampir dan semakin insan kenal kepada yang mencipta akan memberi kehidupan yang lazat dan sempurna.

Kecintaan kepada Allah mempunyai kesudahan yang jelas. Mendapat cinta dari Pencipta adalah suatu yang hendaklah diusahakan oleh semua insan dengan bersungguh-sungguh. 

Kelazatan dan kebahagian yang tidak terhingga kepada insan yang hampir kepada Allah.

Setiap insan hendaklah mempunyai satu matlamat iaitu itu hidup berbahagia di alam dunia dan lebih lagi di alam akhirat. Di alam akhirat insan akan kekal abadi yang dipenuhi dengan nikmat.

Cinta insan kepada Yang Maha Pencipta adalah cinta yang hendaklah disuburkan oleh insan dari masa ke semasa tanpa lalai walau pun sesaat jua.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...