Friday, 20 November 2015

MENGHIDUPKAN SEMULA PENGANGKUTAN SUNGAI DI MALAYSIA SUATU CADANGAN

Kehijauan di tepian sungai dan kebersihan sungai boleh menenangkan minda kita setelah penat bekerja. Seolah-olah mendapat fitrah anugerah ilahi menjadikan badan dan minda kita amat selesa dengan keindahan sungai. Kebersihan sungai dalam kawasan bandar selalu dipersoalkan kerana sebahagian warga kota yang tidak berdisiplin sering membuang sampah sarap dan plastik ke dalam sungai menjadikan sungai kotor yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku. Manakala kehijauan di tepi sungai di kawasan bandar sebahagian besarnya telah diambil aleh oleh bangunan-bangunan rendah dan bangunan pencakar langit.

Kesibukan kota lebih-lebih lagi kesibukan di jalan raya amat memeningkan dan boleh mendatangkan tekanan kepada warga kota. Tekanan mengakibatkan pengidap menjadi murung sedikit sebanyak meyumbangkan kepada kurang prestasi yang boleh merugikan negara. Dapat dilihat terlampau banyak kenderaan di jalan raya kebiasaan banyak yang tiada penumpang. Fenomena ini amat memeningkan pihak berkuasa, justeru lahirlah kempen ‘pool car’ ke tempat kerja. Bagaimanapun ia kelihatan lesu dan kurang sambutan.

Penempatan bandar-bandar besar di Malaysia kebanyakan dibangunkan menyusur batang-batang sungai. Pada masa dahulu sungai digunakan untuk menghubungkan penduduk dari satu tempat ke satu tempat. Lama kelamaan pengangkutan melalui sungai telah terpupus akibat dari permodenan dan kepesatan pembinaan kemudahan darat ke tempat bekerja.

Jika diperhatikan kebanyakan jalan raya di Malaysia adalah menyusur sungai-sungai. Jika dilihat dari sudut ini maka adalah suatu yang manasabah untuk menghidupkan semula pengangkutan sungai di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Kelebihan menghidupkan semula pengangkutan sungai adalah untuk menarik pelancung-pelancung tempatan dan antarabangsa. Sungai-sungai akan dibersihkan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Mudah-mudahan dengan aktiviti pengangkutan sugai akan dapat menghindarkan aktiviti pembuangan sampah ke dalam sungai. Manakala di tepi-tepi sungai boleh dihijaukan semula untuk kelihatan menarik agar menjadi terapi kepada warga kota yang sering sibuk dan penat bekerja.

Aktiviti pengangkutan sungai akan dapat meningkatkan keupayaan saliran air yang akan dapat mengelakkan banjir kilat dan tanah runtuh. Lebihan air hujan akan dapat disalirkan ke laut dengan segera.

Usaha mendalamkan sungai pula akan dapat menakung air laut ketika ia pasang. Pengangkutan sungai akan dapat menjadikan Malaysia menarik, indah dan tersohor sebagai destinasi pelancungan. Aktiviti perniagaan akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan serta akan mendapat tarikan kepada setiap lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...