Friday, 6 November 2015

CINTA INSAN

Manusia mempunyai perasaan. Perasaan manusia agak sukar difahami. Ia sentiasa berubah dari masa ke semasa. 

Mengawal perasaan menjadi satu perbualan yang sering diperdengarkan oleh setiap insan di setiap pelosok bumi. Perasaan yang tidak dapat dikawal sering menerima padah. Perasaan marah, nafsu berbelanja berlebihan, dan kehendak kasih sayang yang melampau, malah perasaasn benci adalah merupakan cabang-cabang perasaan yang hendaklah dihayati yang perlu diketahui manusia.

Perasaan yang paling sukar dikawal adalah perasaan cinta. Perasaan cinta jika tidak mencapai maksud, matlamat atau tidak diakhiri dengan perkahwinan akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada insan yang terlibat dalam kancah ini. Perasaan cinta berkait dengan perasaan kasih sayang insan yang melampau atau berlebihan sesama makhluk. Putus cinta sesama makhluk berlakunya tidak ketentuan.

Cinta sesama insan adalah cinta yang tidak kesampaian. Bagaimanapun ia adalah perlu dan penting dan ia juga merupakan anugerah Ilahi kepada manusia. Ia juga merupakan fitrah yang sudah tentu tidak akan dapat ditolak oleh manusia. 

Cinta kepada Allah adalah cinta yang hakiki dan cinta yang amat dituntut terhadap insan. Kecintaan kepada Allah akan memberi kebahagiaan kepada insan yang dicipta. 

Makhluk hendaklah terus berdoa agar Allah memberi cinta dan kasih sayang kepada mereka. Mendapat cinta Allah adalah matlamat insan yang beriman.

Manusia yang dicipta telah diberi fitrah yang mana pada suatu masa kelak orang-orang yang lalai akan mencari pencipta. Manakala orang yang peka akan mencari dan mendekatkan diri kepada yang maha berkuasa. 

Semakin insan hampir dan semakin insan kenal kepada yang mencipta akan memberi kehidupan yang lazat dan sempurna.

Kecintaan kepada Allah mempunyai kesudahan yang jelas. Mendapat cinta dari Pencipta adalah suatu yang hendaklah diusahakan oleh semua insan dengan bersungguh-sungguh. 

Kelazatan dan kebahagian yang tidak terhingga kepada insan yang hampir kepada Allah.

Setiap insan hendaklah mempunyai satu matlamat iaitu itu hidup berbahagia di alam dunia dan lebih lagi di alam akhirat. Di alam akhirat insan akan kekal abadi yang dipenuhi dengan nikmat.

Cinta insan kepada Yang Maha Pencipta adalah cinta yang hendaklah disuburkan oleh insan dari masa ke semasa tanpa lalai walau pun sesaat jua.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...