Sunday, 21 June 2015

PENYELESAIAN MASALAH

Masalah sering melanda manusia tak kira samada manusia kaya atau miskin, terpelajar atau tidak, berkulit sawo matang, putih atau hitam, bernegara maju atau mundur, beragama atau tidak dan bekerja sendiri atau bermajikan. 

Masalah juga boleh berlaku terhadap organisasi tidak kira kecil atau besar, organisasi kerajaan atau persendirian. 

Masalah kemasyarakatan berlaku dalam masyarakat tidak kira masyarakat bandar atau luar bandar. Masalah yang sering dibincangkan dan mendapat perhatian masyarakat adalah masalah politik, ekonomi, sosial, pembangunan pelajaran dan pembangunan negara. 

Masalah teknologi, antaranya seperti masalah senggaraan, pembangunan pembinaan peralatan, meningkatkan keupayaan dan penciptaan peralatan baru perlu diselesaikan. 

Penyelesaian masalah memerlukan teknik-teknik yang boleh dipelajari yang berkesan untuk membasuh permasalahan supaya permasalahan sedia kembali kepada keadaan asal atau keadaan yang lebih baik. Pelbagai teknik telah dibentuk oleh bijak pandai untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sering berlaku teknik yang digunakan kadang kala sangat mudah tetapi memerlukan disiplin dan kepatuhan dalam erti lain adalah bersedia menerima kepahitan dan kejutan.

Barangkali telah menjadi anugerah kepada manusia, kerana mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tanpa mengaplikasikan teknik-teknik moden yang komplikated.

Kaedah penyelesaian masalah yang sering digunakan adalah dengan mengkaji sejarah-sejarah silam dan sejarah-sejarah terdahulu yang pernah mengalami masalah yang sama dimana hasil peniruan apabila dilaksanakan didapati penyelesaiannya amat berkesan. Kaedah ini dapat diertikan sebagai penyelesaian masalah kaedah literatur. Kaedah ini amat berkesan dan mudah dilaksanakan dan keputusan penyelesaiannya amat membantu menangani permasalahan yang timbul, lebih-lebih lagi dalam penyelesaian masalah kemasyarakatan.

Kaedah penyelesaian sebarang permasalahan dimuka bumi ini berdasarkan rujukan Al-Quran dan Hadis amat diterima oleh masyarakat, kerana ia memenuhi kehendak fitrah manusia dan ia sentiasa betul kerana telah dijamin oleh Allah pencipta alam.

Teknik yang sering digunakan dalam penyelesaian masalah adalah dengan mengenal pasti masalah yang timbul secara meletakkannya menurut turutan kelas iaitu kelas paling tinggi, sederhana dan rendah. Penyelesaian hendaklah dimulai mengikut pengkelasan yang dibuat kerana sering berlaku semua permasalahan dapat diselesaikan dengan selesainya masalah utama.

Setelah mengenal pasti masalah, penetapan objektif hendaklah dibuat. Penetapan objektif hendaklah dapat menjawab dan membayangkan penyelesaian kepada masalah.

Setelah dipastikan dengan betul maka perlulah dibuat kajian-kajian literatur untuk melihat kaedah-kaedah atau cadangan-cadangan penyelesaian yang telah dibuat. Penetapan kaedah yang betul dan munasabah hendaklah ditentukan dengan mengambil kira data-data yang ada, peralatan-peralatan dan sumber-sumber yang ada. 

Langkah-langkah yang diambil secara penilaian pemikiran atau secara dokumen hendaklah dibuat dengan sistematik agar keputusan penyelesaian akan dapat menguntungkan semua pihak.

Thursday, 18 June 2015

Own Technology

The important of a development of our own technology always in mind and always to be a first national agenda. An own technology could develop high-income job. 


The own technology always becomes a pride to the nation. A lot of advantage after created our home-grown technology such the nation could sell the product internally or globally while still can control the technology. An integrated system can be created starting from product born until product grave can be arranged efficiently. 

The most crucial to get a better-paid job could be established. Spare part management also can be organised properly. Easier on maintenance planning and much easier in creating the integrated system. The products which develop internally have more flexible and easy to upgrade through research and development. Whole fund activity is easy to rolling internally. The security of the country in the better stage after having  many products especially military products that develop internally. 

What is technology? In the simple words, the technology means to have knowledge of doing things. Technology is the technique of produce thing to ease doing or creating the product that helps doing plenty of jobs faster, easier, economic and quality. Cannot be neglect that the country which have the own  technology are more respected. The most important after developing indigenous products,  development of the products are easy in future. 

Why need to develop your own technology? People always talking about flexibility in managing the product. The most important that the product must be reliable and able optimum used in whatever condition. Easy maintenance and easy to get the spare part are crucial in maximising the productivity. Increase productivity means money means high income to the country, Owner of the technology always can be proud off and respected. The technology could generate the national income. 

Why own technology always fail? Normally the own technology fails because of no proud and support from the government. The government some time and most of the case, not enough money to support the product development. In some cases that a lot of things must be done in order to compete with order product from the high-income country. The most difficult is to get an appreciation from local after product flooded the market. Different in developing countries,  always we here that research and development activity be done by the private sector which they have more money and less bureaucracy to spend and speed up the research development activity. The government only support in terms of moral and policy. 

The power of government policy plays an important role on establishing the national brand and to make sure the competitive products. Protection policy must be done in order to support local product technology. An advertisement is important in order to support local product. The citizen must be educated in order to love local products. Helping the policy to protect the local product is crucial to be table up.

The vendor also plays a very important role in developing our own technology. Vendor development must align with technology development.

 Green technology becomes famous lately. Main player and vendor must grab this new opportunity by doing research and development in this area seriously to become the technology leader in this green technology. Technology leader always has a good paid and advantage. To be the technology leader in this area will help the government in materialising high-income economy. The government also supposes to prioritise products area that we want to develop. The choice of products area supposes to consider the national interest.

The most important also to formulate buying policy with tag  example ‘buy our products first’ need to enforce as soon as possible in order to make sure that government agency and private sector buy the products made in Malaysia. The good strategy in developing high-income technology also must materialise soon. 

Why we need to go for high tech because high tech promising of high income to the country. Japan as an example already implement this concept and seem to be successful. 

The high tech always gives promise to high income. When the majority of citizen involve in high tech, the country need to import the low-tech product from other countries. This to raise buying power to her citizen. The citizen could enjoy to other things such as having the beautiful house and luxury car and join the membership of the club. 

The development of technology at the beginning definitely will cost to the government and community but after all definitely the country will enjoy the benefit of this investment. The most important is by having our own technology, we have something to proud off, something to materialise high income and as a whole the country will prosper.

Monday, 15 June 2015

SANGKA BAIK SANGKA BURUK


1. Kehidupan ini mempunyai sifat sangka baik yang sempurna dan sifat sangka buruk yang tidak sempurna. Dua jenis sifat ini, sangka baik yang kreatif. Sangka buruk yang merosakkan. Sangka baik umpama cahaya, dan sangka buruk umpama kegelapan.

2. Kegelapan berlaku kerana tiadanya cahaya. Jika kita hidupkan cahaya, maka tidak ada lagi kegelapan. Sangka buruk seperti takut, bimbang, marah, prasangka, cemburu, iri hati, dendam, kedegilan, kekasaran, mementingkan diri, sinis, kesuraman, benci, putus asa dan hilang semangat dan apabila semua sifat ini berjumpa dengan semua sifat sangka baik seperti cinta, kepercayaan, pertimbangan, hormat, kebaikan, keberanian, pemahaman, ketekunan, kesungguhan, kesetiaan, kegembiraan, kuasa, banyak, ketahanan dan kekuatan serta merta akan memadamkan sifat sangka buruk.
Sifat bersangka baik berkeupayaan untuk mencapai apa-apa keinginan.


3. Sifat bersangka baik akan membunuh musuhnya ia itu sifat bersangka buruk dan menjadikan semuanya baik. Hayati sifat bersangka baik dan mengamalkannya untuk memastikan kelangsungan hidup yang sempurna.

Saturday, 13 June 2015

BEZA BALA DAN UJIAN



Bala berlaku disebabkan dosa. Dosa berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Berbanding ujian, kesan bala adalah lebih besar. Semasa bala berlaku, Allah akan menurunkan tenteranya dalam pelbagai bentuk untuk menghancurkan kaum yang membuat dosa. Dosa pula dikaitkan dengan perbuatan terkutuk yang melanggar perintah Allah. Allah sering mengingatkan agar manusia tidak melakukan dosa dan tidak menzalimi diri sendiri. Peringatan Allah dan pengajaran Allah melalui penghukuman terhadap orang-orang terdahulu hendaklah  menjadi iktibar kepada manusia sejagat hari ini.

Dosa yang disebabkan oleh tangan-tangan tertentu akan mengakibatkan kerosakan di atas muka bumi ini. Allah tidak akan menurunkan bala kepada pelaku dosa secara khusus, tetapi Allah akan menurunkan bala kepada keseluruhan kaum bersama dengan pelaku dosa itu sendiri. Semua umat manusia perlu menghalusi hukuman kolektif Allah. Justeru, umat manusia hendaklah saling ingat mengingat antara satu sama lain. Ilmu yang betul hendaklah disampaikan  agar setiap insan dapat hidup sempurna, agar tidak membuat dosa, seterusnya dijauhi Allah dari bala melanda.

Sebagaimana janji Allah, bahawa ujian masih lagi boleh ditanggung oleh manusia.  Tetapi apabila Allah murka, dan menurunkan bala, sudah tentu tidak akan dapat ditanggung lagi, malah akan menghancurkan manusia keseluruhannya.

Allah menurunkan bala dalam pelbagai bentuk yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia dimuka bumi.


Apabila ujian Allah tidak diambil iktibar, ujian demi ujian akan berterusan. Akhirnya bala akan diturunkan. Sama-sama kita berdoa dan berusaha menjauhi dosa  agar bala tidak diturunkan di muka bumi ini. InsyaAllah.

Friday, 12 June 2015

KAKI PEGAS

1. Pegas berupaya menyimpan tenaga. Tenaga yang disimpan berupaya digunakan semula. Dewasa ini penggunaan pegas dalam peralatan mekanikal amat meluas. Kecekapan pegas juga adalah pada tahap yang tinggi. Kegagalan pegas adalah sukar kerana tahap kebolehpercayaan  adalah tinggi.

2. Keupayaan pegas sebagaimana yang dibincangkan berupaya untuk dijadikan alatan pada kaki. Sudah tentu perjalanan dengan menggunakan kaki pegas akan menjadi lebih berkeupayaan.

3. Bagaimanapun penggunaan pegas akan menjejaskan keseimbangan terhadap pergerakan badan. Pengguna kaki pegas terpaksa menjalani banyak latihan penyesuaian bagi menyesuaikan diri dengan penggunaan kaki pegas ini.

5. Teknologi ini didapati amat berpotensi pada masa hadapan. Justeru, kerajaaan atau pengkaji oleh individu atau syarikat hendaklah segera bermula untuk mengkaji penggunaan pegas ke tahap yang lebih tinggi. 

6. Sesuai dengan teknoogi hijau, peningkatan keupayaan manusia bergerak laju dari satu tempat ke satu tempat, satu kampung ke satu kampung dan pergerakan dalam bandar-bandar besar perlu diterjemahkan.

7. Semasa penulisan ini dibuat, terdapat usaha pengkaji terdahulu mengkaji penggunaan pegas untuk acara-acara sukan. Alatan kaki pegas sukan yang direka didapati masih tidak seimbang. Justeru kajian-kajian mendalam hendaklah dimajukan pada masa hadapan.

Thursday, 11 June 2015

PUNGUTAN SUARA

1. Pungutan suara adalah satu mekanisma untuk memilih pemimpin secara kolektif. Kadangkala ia digunakan untuk membuat keputusan dalam jabatan apabila berlaku perselisishan pendapat.

2. Pungutan suara yang mendapat undi banyak akan menjadi pemenang. Kemenangan diiktiraf samada dalam memilih pemimpin mahupun dalam membuat keputusan.

3. Suara minoriti sering diabaikan.  Tidak dapat dinafikan kadangkala berkemungkinan keputusan dari suara minoriti juga  boleh memberi keuntungan besar.

4. Banyak keadaan didapati suara minoriti  memberi jawapan yang tepat. Banyak hal didapati suara minoriti lebih ikhlas. Kebiasaan suara minoriti tiada kepentingan. Banyak keadaan pemilihan berdasarkan fakta. Bukan melalui emosi. Bebanding suara ramai yang berkemungkinan memilih kerana takut kehilangan jawatan atau takut kepada ketua atau beremosi. 

5. Realitinya sering berlaku kegagalan-kegagalan suara ramai. Sedikit sebanyak membenarkan suara minotiti. Keadaan ini bukanlah tepat sebilang masa.

6. Konsep pemilihan secara demokrasi telah diterima pakai dengan meluas di seluruh dunia.  Sistem ini wajar dipakai. Tidak wajar menyalah keputusan kolektif . 

7. Penambahbaikan sistem pungutan suara, jika dapat menilai kepada pandangan suara minoriti. Penilaian dapat mewujudkan senarai semak. Senarai semak akan dapat memberi keuntungan yang besar kepada sistem yang mengamalkan pungutan suara. 

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...