Sunday, 21 June 2015

PENYELESAIAN MASALAH

Masalah sering melanda manusia tak kira samada manusia kaya atau miskin, terpelajar atau tidak, berkulit sawo matang, putih atau hitam, bernegara maju atau mundur, beragama atau tidak dan bekerja sendiri atau bermajikan. 

Masalah juga boleh berlaku terhadap organisasi tidak kira kecil atau besar, organisasi kerajaan atau persendirian. 

Masalah kemasyarakatan berlaku dalam masyarakat tidak kira masyarakat bandar atau luar bandar. Masalah yang sering dibincangkan dan mendapat perhatian masyarakat adalah masalah politik, ekonomi, sosial, pembangunan pelajaran dan pembangunan negara. 

Masalah teknologi, antaranya seperti masalah senggaraan, pembangunan pembinaan peralatan, meningkatkan keupayaan dan penciptaan peralatan baru perlu diselesaikan. 

Penyelesaian masalah memerlukan teknik-teknik yang boleh dipelajari yang berkesan untuk membasuh permasalahan supaya permasalahan sedia kembali kepada keadaan asal atau keadaan yang lebih baik. Pelbagai teknik telah dibentuk oleh bijak pandai untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sering berlaku teknik yang digunakan kadang kala sangat mudah tetapi memerlukan disiplin dan kepatuhan dalam erti lain adalah bersedia menerima kepahitan dan kejutan.

Barangkali telah menjadi anugerah kepada manusia, kerana mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tanpa mengaplikasikan teknik-teknik moden yang komplikated.

Kaedah penyelesaian masalah yang sering digunakan adalah dengan mengkaji sejarah-sejarah silam dan sejarah-sejarah terdahulu yang pernah mengalami masalah yang sama dimana hasil peniruan apabila dilaksanakan didapati penyelesaiannya amat berkesan. Kaedah ini dapat diertikan sebagai penyelesaian masalah kaedah literatur. Kaedah ini amat berkesan dan mudah dilaksanakan dan keputusan penyelesaiannya amat membantu menangani permasalahan yang timbul, lebih-lebih lagi dalam penyelesaian masalah kemasyarakatan.

Kaedah penyelesaian sebarang permasalahan dimuka bumi ini berdasarkan rujukan Al-Quran dan Hadis amat diterima oleh masyarakat, kerana ia memenuhi kehendak fitrah manusia dan ia sentiasa betul kerana telah dijamin oleh Allah pencipta alam.

Teknik yang sering digunakan dalam penyelesaian masalah adalah dengan mengenal pasti masalah yang timbul secara meletakkannya menurut turutan kelas iaitu kelas paling tinggi, sederhana dan rendah. Penyelesaian hendaklah dimulai mengikut pengkelasan yang dibuat kerana sering berlaku semua permasalahan dapat diselesaikan dengan selesainya masalah utama.

Setelah mengenal pasti masalah, penetapan objektif hendaklah dibuat. Penetapan objektif hendaklah dapat menjawab dan membayangkan penyelesaian kepada masalah.

Setelah dipastikan dengan betul maka perlulah dibuat kajian-kajian literatur untuk melihat kaedah-kaedah atau cadangan-cadangan penyelesaian yang telah dibuat. Penetapan kaedah yang betul dan munasabah hendaklah ditentukan dengan mengambil kira data-data yang ada, peralatan-peralatan dan sumber-sumber yang ada. 

Langkah-langkah yang diambil secara penilaian pemikiran atau secara dokumen hendaklah dibuat dengan sistematik agar keputusan penyelesaian akan dapat menguntungkan semua pihak.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...