Bala berlaku
disebabkan dosa. Dosa berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Berbanding
ujian, kesan bala adalah lebih besar. Semasa bala berlaku, Allah akan
menurunkan tenteranya dalam pelbagai bentuk untuk menghancurkan kaum yang
membuat dosa. Dosa pula dikaitkan dengan perbuatan terkutuk yang melanggar
perintah Allah. Allah sering mengingatkan agar manusia tidak melakukan dosa dan
tidak menzalimi diri sendiri. Peringatan Allah dan pengajaran Allah melalui
penghukuman terhadap orang-orang terdahulu hendaklah menjadi iktibar kepada manusia sejagat hari ini.
Dosa yang
disebabkan oleh tangan-tangan tertentu akan mengakibatkan kerosakan di atas
muka bumi ini. Allah tidak akan menurunkan bala kepada pelaku dosa secara
khusus, tetapi Allah akan menurunkan bala kepada keseluruhan kaum bersama
dengan pelaku dosa itu sendiri. Semua umat manusia perlu menghalusi hukuman
kolektif Allah. Justeru, umat manusia hendaklah saling ingat mengingat antara
satu sama lain. Ilmu yang betul hendaklah disampaikan agar setiap insan dapat hidup sempurna, agar tidak
membuat dosa, seterusnya dijauhi Allah dari bala melanda.
Sebagaimana
janji Allah, bahawa ujian masih lagi boleh ditanggung oleh manusia. Tetapi apabila Allah murka, dan menurunkan bala,
sudah tentu tidak akan dapat ditanggung lagi, malah akan menghancurkan manusia
keseluruhannya.
Allah menurunkan
bala dalam pelbagai bentuk yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia dimuka
bumi.
Apabila ujian
Allah tidak diambil iktibar, ujian demi ujian akan berterusan. Akhirnya bala akan
diturunkan. Sama-sama kita berdoa dan berusaha menjauhi dosa agar bala tidak diturunkan di muka bumi ini.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment