1. Pungutan suara adalah satu mekanisma untuk memilih pemimpin secara kolektif. Kadangkala ia digunakan untuk membuat keputusan dalam jabatan apabila berlaku perselisishan pendapat.
2. Pungutan suara yang mendapat undi banyak akan menjadi pemenang. Kemenangan diiktiraf samada dalam memilih pemimpin mahupun dalam membuat keputusan.
3. Suara minoriti sering diabaikan. Tidak dapat dinafikan kadangkala berkemungkinan keputusan dari suara minoriti juga boleh memberi keuntungan besar.
4. Banyak keadaan didapati suara minoriti memberi jawapan yang tepat. Banyak hal didapati suara minoriti lebih ikhlas. Kebiasaan suara minoriti tiada kepentingan. Banyak keadaan pemilihan berdasarkan fakta. Bukan melalui emosi. Bebanding suara ramai yang berkemungkinan memilih kerana takut kehilangan jawatan atau takut kepada ketua atau beremosi.
5. Realitinya sering berlaku kegagalan-kegagalan suara ramai. Sedikit sebanyak membenarkan suara minotiti. Keadaan ini bukanlah tepat sebilang masa.
6. Konsep pemilihan secara demokrasi telah diterima pakai dengan meluas di seluruh dunia. Sistem ini wajar dipakai. Tidak wajar menyalah keputusan kolektif .
7. Penambahbaikan sistem pungutan suara, jika dapat menilai kepada pandangan suara minoriti. Penilaian dapat mewujudkan senarai semak. Senarai semak akan dapat memberi keuntungan yang besar kepada sistem yang mengamalkan pungutan suara.
No comments:
Post a Comment