1. Pegas berupaya menyimpan tenaga. Tenaga yang disimpan berupaya digunakan semula. Dewasa ini penggunaan pegas dalam peralatan mekanikal amat meluas. Kecekapan pegas juga adalah pada tahap yang tinggi. Kegagalan pegas adalah sukar kerana tahap kebolehpercayaan adalah tinggi.
2. Keupayaan pegas sebagaimana yang dibincangkan berupaya untuk dijadikan alatan pada kaki. Sudah tentu perjalanan dengan menggunakan kaki pegas akan menjadi lebih berkeupayaan.
3. Bagaimanapun penggunaan pegas akan menjejaskan keseimbangan terhadap pergerakan badan. Pengguna kaki pegas terpaksa menjalani banyak latihan penyesuaian bagi menyesuaikan diri dengan penggunaan kaki pegas ini.
5. Teknologi ini didapati amat berpotensi pada masa hadapan. Justeru, kerajaaan atau pengkaji oleh individu atau syarikat hendaklah segera bermula untuk mengkaji penggunaan pegas ke tahap yang lebih tinggi.
6. Sesuai dengan teknoogi hijau, peningkatan keupayaan manusia bergerak laju dari satu tempat ke satu tempat, satu kampung ke satu kampung dan pergerakan dalam bandar-bandar besar perlu diterjemahkan.
7. Semasa penulisan ini dibuat, terdapat usaha pengkaji terdahulu mengkaji penggunaan pegas untuk acara-acara sukan. Alatan kaki pegas sukan yang direka didapati masih tidak seimbang. Justeru kajian-kajian mendalam hendaklah dimajukan pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment