Kereta letrik menarik. Ia ringan, senyap dan mesra alam. Namun kereta letrik masih lagi belum dapat melambakkan dirinya di pasaran. Penjualannya masih terhad. Mungkin kerana teknologinya masih lagi mahal atau masih dalam peringkat percubaan. Namun cubaan mengeluarkan kereta letrik didapati amat bersesuaian dengan keadaan harga bahan bakar yang mahal.
Kereta hibrik juga menarik. Ia nampak lebih praktikal kerana penggunaan kuasa secara berganti. Ini merupakan idea yang hebat. Penggunaan petrol telah dapat dikurangkan dengan amat berkesan. Kereta yang dihasilkan juga senyap dan mesra alam. Kereta hibrik telah mula mendapat tempat di pasaran. Namun harganya masih lagi mahal. Pengguna juga masih ragu-ragu dengan keboleharapan pada masa hadapan.
Kereta pembakaran dalam masih hebat. Ia masih menjadi pilihan utama pengeluar kenderaan. Masih menjadi pilihan utama pengguna. Kecekapan kereta pembakaran dalam masih mempunyai ruang untuk dimajukan. Kecekapan penggunaan bahan bakar menjadi persaingan pembangunan dari pengeluar kenderaan. Penggunaan bahan bakar yang kompetitif menjadikan kereta pembakaran dalam masih lagi dapat bertahan. Malah masih menjadi pilihan utama pengguna. Kehebatan kereta berteknologi pembakaran dalam dijangka akan masih mempunyai daya saing untuk beberapa dekad akan datang.
Percubaan-percubaan hebat ketiga-tiga teknologi ini menjadi pesaing yang baik. Kejayaan akan memberi impak besar kepada pengeluar. Bermanfaat kepada pengguna. Pembaikan dan pembangunan ketiga-tiga teknologi dijangka berterusan. Pengeluar-pengeluar kenderaan akan menyediakan dana yang besar untuk menentukan kelangsungan pembangunan ketiga-tiga teknologi yang hebat ini.
No comments:
Post a Comment