Friday, 24 July 2015

Penyucian Roh

Ramadhan telah berlalu. Syawal telah menjelma. Ramadhan adalah bulan penyucian roh. Bagi mereka yang menghayati Ramadhan, Ramadhan telah banyak menyelesaikan masalah zahir dan batin.

Allah telah mencipta manusia dengan membekalkan akal. Manusia disarankan agar sentiasa menggunakan akal. Akal yang baik boleh diperolehi dengan sentiasa mengasah dengan batu canai iaitu ilmu. Melalui ilmu kita akan mendapat akal yang baik dan akan mendapat kesempurnaan mengawal jiwa dan  raga. 

Ilmu yang tinggi dalam setiap bidang juga akan menjadikan manusia itu disanjung dan disegani. Manusia disarankan supaya sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat yang berguna untuk diri sendiri dan untuk kegunaan umat.

Manusia sering terlupa dan sering dilalaikan oleh pelbagai elemen seperti nafsu, syaitan dan sebagainya. Kelalaian ini akan membuat mereka terlupa bahawa selain fizikal  mereka mempunyai elemen yang paling penting iaitu roh.

Roh mesti dicuci. Pembersihan roh akan dapat menyumbang banyak penyelesaian masalah zahir mahupun batin. Masalah penyakit zahir dan batin dapat diselesaikan dengan metod penyucian roh seperti berzikir, berdoa, bersolat dan berpuasa. Tidak dapat disangkal lagi bahawa penyucian roh boleh menyemboh pelbagai penyakit zahir dan batin. 

Penyakit zahir kebiasaan boleh nampak dengan mata kasar manakala penyakit roh hanya dapat dirasai. Penyakit roh amat memberi kesan kepada fizikal zahir manusia. Ilmu mengenai roh yang dapat menyembohkan penyakit zahir dan batin amat halus dan sukar untuk dipelajari.

Anda hendaklah berguru dengan orang yang mahir dalam bidang ini. Manakala guru yang dipilih pula hendaklah guru yang benar. Dalam zaman sekarang lebih mudah untuk mencari guru yang mursyid atau benar dengan cara merujuk dengan pejabat agama disetiap negeri. Peranan guru amat penting bagi menentukan murid tidak sesat. Guru boleh menentukan ilmu yang diperolehi akan benar-benar membantu anda dalam menghadapi kehidupan di  dunia dan di akhirat dengan penekanan kepada penyucian roh.

Setiap insan hendaklah memberi penekanan dalam ilmu penyucian roh. Keyakinan kewujudan Allah, syurga, neraka, padang mahsyar, alam kubur dan kehidupan akhirat dengan izin Allah akan memudahkan penyucian roh dan dengan izinNya jua akan menyelesaikan masalah zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...