Saturday, 25 July 2015

Nikah Kahwin

Semalam 24 Julai 2015 bersamaan dengan hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat berlangsungnya majlis pernikahan di rumah penulis. Majlis pernikahan yang sederhana tetapi amat meriah. Tetamu yang datang nampak riang dan ikhlas. Makanan yang disediakan lazat disertakan dengan kambing panggang yang kini menjadi makanan kegemaran di majlis-majlis kenduri. Susun atur tempat makan yang menarik dengan dihiasi berbagai dekorasi yang di cetuskan oleh anak-anak generasi Y dan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu yang memakai pakaian cantik serta senyuman-senyuman yang menarik. Suasana sebegini yang amat menarik dan melapangkan hati. Dari rauk wajah tetamu yang hadir, maka dapat disimpulkan bahawa mereka menghadiri majlis dengan perasaan yang gembira. Perasaan gembira mereka dapat dirasai dan sedikit sebanyak dari senyuman dan gelak ketawa mereka telah dapat menenangkan perasaan bakal pengantin yang bakal diakad nikah oleh jurunikah sebentar lagi.

Perkahwinan amat penting dalam agama Islam bagi memelihara zuriat dan meneruskan kelangsungan hidup di bumi yang diamanahkan Allah dimana di bumi ini Allah meletakkan manusia sebagai khalifah. Syaitan amat  membenci perkahwinan kerana dengan perkahwinan dapat menahan nafsu manusia daripada melakukan maksiat. Perkahwinan membuktikan kekuasaan Allah yang mencipta manusia dan mengetahui akan keperluan dan kehendak-kehendak makhluk yang dicipta. Dalam perkahwinan banyak kebahagiaan-kebahagian yang dikurniakan Allah kepada manusia.

Keharmonian negara bangsa amat penting untuk dipelihara agar keamanan akan dapat diteruskan dalam sesebuah negara. Pembinaan masyarakat melalui perkahwinan yang amat dituntut oleh agama Islam. Kemakmuran masyarakat akan terus terjamin melalui perkahwinan. Anda akan menjadi insan yang amat beranggungajawab apabila berstatus kahwin. Tanggungjawab amat penting dalam membentuk negara bangsa yang teras utamanya adalah kemakmuran yang diidamkan.

Khutbah perkahwinan yang dibacakan dalam satu majlis perkahwinan merupakan satu majlis ilmu yang amat bermanfaat kepada setiap mukmin yang menghadiri majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi untuk mengingatkan kedua-dua mempelai tentang tanggungjawab dan perundangan perkahwinan. Jurunikah yang kebiasaannya adalah tuan guru atau ustaz sewajarnya mengambil masa emas ini untuk memberi khutbah yang menarik yang akan memberikan manfaat kepada mempelai, bakal mempelai dan sebagai ulangan peringatan kepada tetamu otai yang hadir dalam majlis pernikahan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...