Thursday, 9 July 2015

Langkah hebat menyelesaikan kekusutan mencari idea semasa berkarya


Pernahkan anda merasa sukar mencari jalan keluar daripada kekusutan akibat dari ketandusan idea semasa berkarya. Berkarya yang dimaksudkan disini adalah dalam bentuk umum tidak kira samada berkarya untuk menghasilkan buku, cerita pendik, tesis, kertas kerja malah lebih hebat lagi semasa berkarya menghasilkan barangan. Banyak permasalahan-permasalahan yang timbul seperti tekanan masa, tekanan kerja, kekangan kewangan, kekangan perkerja mahir dan sebagainya. Manakala dalam karya menulis sering kita dengar masalah ketandusan idea, kurang bahan rujukan, kurang kemahiran menulis, kesuntukan masa dan sebagainya. Permasalahan ini memerlukan pembentukan kaedah-kaedah mengatasi yang bersesuaian dan berkesan agar kekusutan dapat dirungkaikan dengan segera sebelum ianya melarat dan berpanjangan yang akan memberi kesan kepada hasil karya secara keseluruhannaya.

Kaedah-kaedah yang diambil kadangkala sama dan kadangkala pula berlainan. Ia bergantung kepada tahap kekusutan itu sendiri.

Kaedah yang hendak dikongsikan disini adalah kaedah yang mungkin anda pernah dengar. Bagi yang telah mendengar bolehlah dijadikan pendekatan ini sebagai ulangkaji.

Pendekatan yang akan disampaikan adalah dalam bentuk perkataan agar mudah difahami. Matlamatnya dalam bentuk santai untuk memberi kepuasan membaca.

Pada yang berkarya, apabila kekusutan berlaku hendaklah mengambil pendekatan diam dahulu. Bangun dari tempat duduk dan segera mencari segelas air. Setelah minum, buatlah senaman ringan yang tidak membebankan tetapi amat berkesan seperti menggeleng kepala kekiri dan kekanan atau mendongak dan menunduk sebanyak sepuluh kali. Sesudah itu minum lagi segelas air. Tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan kekusutan yang hendak diungkai. Anda perlu senyum dan melihat kekusutan tadi telah terungkai. Selepas itu bolehlah memulakan kerja semula. Senyuman hendaklah diteruskan semasa kembali ketempat berkarya. Dalam keadaan senyum teruskan penulisan anda walaupun anda tidak begitu berkenan dengan apa yang anda tulis. Cara ini adalah sebenarnya untuk mendapatkan semula harapan. Barangkali apa yang anda tulis dalam keadaan ini menjadi satu yang terbaik dan mendapat tempat dihati pembaca. Tidak semena-mena karya anda akan menjadi panas.

Pendekatan ini boleh juga digunakan kepada permasalahan-permasalahan lain seperti yang tersenarai di atas. Sebenarnya kekusutan berlaku adalah kerana anda sudah kehilangan tumpuan disebabkan otak yang kurang oksigen. Air yang diminum adalah untuk menyejukkan diri dan membekalkan oksigen. Oksigen berkurang adalah kerana keletihan otak. Tindakan mengeleng-ngeleng atau menunduk-nundukkan kepala adalah untuk membuka saluran ke saraf otak dan memberi kepantasan oksigen untuk sampai ke otak. Tindakan itu juga adalah untuk mengurangkan ketegangan urat saraf yang menjadi punca kepada kekurangan idea yang menjejaskan karya anda.

Bagaimanapun hendaklah dimulai dengan sederhana agar tidak memberi mudarat kepada anda yang masih belum biasa dengan eksesais berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...