Monday, 21 May 2012

HOW TO PRESENT IN EFFECTIVE WAY




1. To present the paper relating to the academic's paper or paper relating to selling the products need the valuable presenting skills. Valuable presenting skill that we need such as the talking skill, the presenting skill and the skill of knowing what the salient point for the audience to catch in mind during presenting time. The quality of presenting aid namely hand out, model or viewpoint will catch the mind of audience and the presenter must think the way to maintain the presenting aid, way and points to stay longer in the audience mind. The longer of presented points in the mind of the audience is much better. 

2. Here are the tips to become the best presenter.

a. Dressing properly. The dressing should be suitable with what are we going to present.
b. Presenting Aids.  The presenting aid must be enough. They are the pointer, model and hands out material.
c. The view material. The view material must be edited and lay in the good layout. The choice of color, font size and background must serve the purpose.
d. Presenting rehearsal. The presenter must do practice and rehearsal before presenting. The final rehearsal should include at the place of presenting for adjustment if applicable. The presenter should anticipate what probably the audience question during the question and answer session.
e. The body language. The presenter must aware of body language and do not allow the bad body language to interrupt during the presentation.

3.  In conclusion, the confidence level can be archived after seriously consider all the tips listed above. The confidence also is come along with knowledge of the subject that we are going to present. 

Monday, 30 April 2012

PESTA PAMIRAN BUKU PWTC



1. Kesedaran membaca dikalangan rakyat Malaysia kini amat meningkat. Ini boleh diukur dengan limpahan pengunjung ke pesta pamiran buku yang sedang berlangsung di PWTC. Pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai jenerasi iaitu jenerasi emas, pelajar dan kanak-kanak. Buku yang dipamirkan juga memenuhi selera pengunjung.

2. Seperti biasa sasaran pempamir adalah kanak-kanak di mana lambakan buku-buku disediakan untuk memikat kanak-kanak dan ibu-bapa yang datang. Sasaran juga dituju kepada pelajar-pelajar pengajian tinggi. Ramai golongan ini hadir dalam pesta kali ini. Kupon buku yang diberi kerajaan kepada mereka pada tahun ini dapat digunakan untuk memilih buku-buku yang berkualiti bagi rujukan.

3. Berbeza dengan pamiran-pamiran yang lepas, didapati lambakan buku-buku agama yang amat ketara sekali. Ia mensasarkan jenerasi emas yang berminat untuk mendalami ilmu agama. Buku-buku agama yang dipamir telah menepati selera moden dengan penampilan-penampilan yang menarik yang dapat membuka selera pembaca.

4. Buku-buku dalam bentuk yang cantik yang disedia pada pamiran kali ini jika disusun dalam rak buku di rumah boleh mempamirkan suasana yang menarik. Ini dapat menarik minat pengunjung untuk memiliki buku-buku tersebut. 

5. Perolehan jualan dalam pamiran ini sudah pasti amat baik, dan ini akan menggalakkkan lagi penulis-penulis untuk menulis karya mereka dalam bentuk yang kreatif pada masa akan datang.

Tuesday, 8 February 2011

TEKNOLOGI BERGERAK PANTAS

1. Masa kini, teknologi bergerak begitu pantas. Paling ketara dalam bidang elektronik iaitu barangan komputer dan telefon bimbit. Disamping itu, teknologi kereta, teknologi kapal terbang, teknologi ketenteraan dan teknologi maritim juga menunjukkan kemajuan. Kemajuan yang pantas tidak terjangkau oleh pengguna dan penyelenggara. Kesempatan ini telah mendorong pengeluar barangan dalam bidang tersebut meraih pendapatan yang besar. Ini kerana pengeluar dapat mengawal pendapatan dari menjual barang dan menyelenggara barang dan menghasilkan semula barang baru dengan jenama baru. Proses ini menjadi satu pusingan yang lengkap yang menyerupai konsep monopoli. Tidak hairan pada akhir tahun, untung pengeluar barangan ini mencecah berbilion-bilion.

2. Saya berpendapat untuk memintas atau bersaing dalam pergerakan pantas teknologi ini ialah dengan cara memberi penumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan. Sesebuah negara perlu mempunyai teknologi sendiri dalam bidang-bidang yang bergerak pantas ini. Teknologi sendiri dapat menjana pendapatan dan dapat membendung kerajaan dan rakyat berbelanja besar dalam perolehan barangan dan pembaziran dalam penyelenggaraan barangan yang dibeli yang sentiasa tinggi disebabkan rakyat tempatan tidak pandai menyelenggara peralatan dan barangan yang dibeli itu. Sebaliknya jika barangan dikeluarkan oleh rakyat tempatan sudah tentu masalah penyelenggaraan, perolehan, mampu milik dan harga barang dapat dikawal dengan sebaiknya.

Monday, 15 November 2010

PENGUASAAN TEKNOLOGI PENYUMBANG NEGARA PENDAPATAN TINGGI


Tidak dapat disangkal lagi bahawa penguasaan teknologi merupakan penyumbang kepada negara berpendapatan tinggi. Negara-negara berjaya seperti Jepun dan Korea Selatan yang pada masa dahulu merupakan negara berpendapatan rendah telah bertukar kepada negara berpendapatan tinggi hasil dari penguasaan teknologi.

Penguasaan teknologi memerlukan penumpuan menambah bilangan bijak pandai dalam bidang ilmu pelbagai bidang. Ada yang mengatakan bahawa di Korea Selatan jika batu dibaling, yang terkena batu itu ialah pemegang ijazah PhD. Industri-industri berat mereka seperti industri keluli, kenderaan dan telekomunikasi telah berjaya kerana terdapat ramai bilangan PhD dalam industri tersebut.
Sinonimnya ialah pembudayaan ilmu. Ibu-bapa sangat berusaha untuk menaik taraf pendidikan anak-anak mereka.

Kesungguhan ibu-bapa dalam bidang sukan, tiada tandingan juga, contohnya dalam bidang sukan golf ramai yang memberi tumpuan pada anak-anak dan mereka sanggup bersama anak-anak untuk bermain golf bersama. Oleh kerana mereka telah mencapai tahap pendapatan tinggi , tidak hairanlah dimana sahaja padang golf kita dipenuhi dengan keluarga mereka tidak kira jantina. Kini lihat sahaja kedudukan 10 pemain golf lelaki atau perempuan terbaik dunia, sudah tentu terselit nama dari negara Korea Selatan dan Jepun.

Apakah yang menyebabkan pembudayaan ilmu dan penguasan teknologi? Saya sependapat dengan beberapa penulisan sebelum ini iaitu terdapat ancaman seperti ancaman kekurangan sumber asli atau ancaman perang. Fitrah manusia bila terancam akan berlakulah perubahan. 

Penguasaan teknologi lebih cepat berlaku dalam bidang ketenteraan. Teknologi ketenteraan merupakan teknologi termaju kerana penumpuan saintis dan perekacipta, contohnya untuk menghasilkan badan kereta kebal atau meriam yang memerlukan teknik pembuatan, mata alat yang keras dan mesin khas, maka akan wujud mata alat dan mesin yang canggih. Teknologi seperti ini boleh pula diaplikasikan kepada keperluan-keperluan lain sepeti dalam bidang kenderaan, pemesinan, pembuatan dan sebagainya.

Penerapan budaya, ketinggian ilmu, keinginan maju, tak mahu dikeji dan keinginan untuk mencapai pendapatan tinggi boleh menjadi penyumbang untuk menjadi negara penguasa teknologi tanpa menunggu ancaman kekurangan sumber atau ancaman perang.

Wednesday, 10 November 2010

Proton Oh Proton



Proton enjin Oreon yang dikeluarkan sekitar 1987 kalau membrek memang menjajau dan menggelongsor. 
Pandangan pemandu untuk sisi kanan pula terhad. 

Sebagai pemilik baru proton waktu itu, saya diminta memberi komen dengan menjawab borang soal-selidik. Sebagai anak Malaysia yang cintakan negara, borang soal-selidik telah dijawab secara ikhlas untuk kegunaan bagi peningkatan kereta Proton model berikutnya.

Selepas beberapa tahun memakai Proton Oreon, saya memakai kereta jenama Toyota pula. Kuasa kereta ini tidak memecut apabila penukaran gear 4 kepada gear 5. Tak tahu apa puncanya.

Selepas itu, saya berbalik pula memakai jenama Proton yang bernama WIRA. Memang wira sungguh, sangat berpuas hati. Sekarang dah mencecah 15 tahun masih cantik dan lasak. Bukan saya sahaja yang suka. Bahkan orang rumah pun suka. 

Pada masa yang sama, saya memakai juga jenama terkenal Jerman yang kini mencecah usia 18 tahun, masa beli usianya baru 10 tahun, amat memeningkan dan banyak masalah.

Kini saya juga memakai kereta berjenama Toyota dan masih dalam jaminan. Banyak komponen besar sudah diganti seperti brake belakang dan hadapan, sementara kini sedang menungggu alat ganti absorber yang bocor serta pemegang pintu hinge belakang yang telah patah. Bayangkan kalau tak ada jaminan, banyak kena keluar duit.

Melalui pengamatan keseluruhannya, Proton kini berada dilandasan yang betul. Teknologi dan harga yang ditawarkan amat kompetitif dan setanding dengan jenama lain. Usia telah mematangkan Proton. Belajar sikit-sikit lama-lama jadi bukit, sama dengan bukit-bukit lain malah mungkin bukit yang lebih indah dan menarik.

Cadangan saya agar Proton memberi layanan selepas jualan yang baik dengan cara belajarlah dari rakan seperti Toyota atau kembalilah ke era 87 yang gemilang, walau pun produk pada zaman itu kurang bagus. Penilaian keseluruhan menjadi bagus apabila Proton menambah nilai layanan selepas jualan.

Sebagai renungan, di Malaysia ini yang bekerja di Toyota itu semuanya orang Malaysia juga.

Tepuk dada tanyalah selera.


KONSEP GELAS BESAR


Ramai pengusaha restoran dan gerai makan telah mendapat rezeki lumayan hasil dari konsep gelas besar.

Seronok memesan, seronok memandang tetapi kebiasaannya tidak habis minum. Gelas besar amat mashyur di Terengganu. Minuman gelas besar air tiga warna lampu trafik yang cantik amat digemari pengunjung terdapat di Kuantan.

Punca rezki umpama gelas. Gelas jika kecil, maka rezki kecil dan air akan tumpah. Air umpama rezki.Konsep gelas besar boleh dijadikan amalan untuk pengukuhan pendapatan. Macam orang tua kita, mereka membesarkan punca pendapatan dengan melaksanakan bermacam kerja seperti pagi menoreh, petang ke sawah atau menanam jagung atau menanam kacang, malam menjala ikan atau membubu.

Seingat saya, pada masa itu jagung RM 3.00 ke RM 7.00 untuk 100 tungkul mengikut saiz manakala ikan ubi atau orang kampung panggil ikan bodoh amat murah atau kadang kala langsung tiada harga. Kini jagung RM 7.00 hanya 5 atau 6 tungkul. Ikan ubi mencecah RM 100.00 untuk sekilogram.

Kehidupan pada waktu itu, dari segi makan tidaklah sukar.

Justeru, untuk mengharungi zaman kini, punca pendapatan mesti dibesarkan. Disamping pendapatan yang tetap, kita boleh mencuba konsep gelas besar dari punca pelaburan, perniagaan, penternakan, hartanah, harta intelek, menghurut, membekam, membawa teksi, menjual burger, air minuman, buah potong dan sebagainya. Kadangkala punca pendapatan seperti ini lebih lumayan dari pendapatan tetap. 

Perlu ingat bahawa air akan melimpah jika gelas tidak dibesarkan. Justeru besarkan gelas supaya ia dapat menerima air dengan banyaknya.

Pada masa kini, kesusahan tidak boleh diterima.

Wednesday, 3 November 2010

Kenderaan Masa Kini Dan Kenderaan Masa Depan

Sedar atau tidak, kini perubahan menunjukkan kenderaan enjin pembakaran dalam condong berubah perlahan-lahan kepada kenderaan enjin elektrik.

Sebelum kenderaan elektrik menjadi matang, dijangka pengguna terus menggunakan kenderaan enjin pembakaran dalam disamping kenderaan hibrid dan elektrik. Pengusaha-pengusaha akan terus membekalkan kenderaan enjin pembakaran dalam disamping berlumba untuk mematangkan kenderaan berenjin letrik.

Pengusaha yang awal membuat penyelidikan kenderaan berenjin elekrik akan mendahului pembekal yang tidak membuat penyelidikan. Sudah tentu siapa yang dulu atau no satu dalam teknologi ini dapat mengaut untung yang banyak berbanding pembekal yang lambat membuat penyelidikan.

Sebagai pengajaran, dalam penyediaan kenderaan tujuh penumpang sebelum ini, satu jenama telah mengaut untung yang banyak disebabkan mereka mendahului pasaran.

Rumusan, kita perlu bijak berfikir atau mencari idea baru untuk keperluan masa hadapan. Saya ada terbaca buku, satu bangsa yang telah maju dalam teknologi telah menghantar ramai jurutera ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari keperluan-keperluan baru untuk barangan masa depan mereka. Mereka juga menyediakan dana yang besar dalam penyelidikan dan pembangunan.

Saturday, 30 October 2010

Idea, Gambaran dan Barangan

Sebut sahaja barangan ciptaan manusia di atas muka bumi ini, sudah tentu ia bermula dengan idea. Idea merupakan langkah penting atau langkah mesti untuk menghasilkan barangan. Pencarian idea yang betul dan kreatif adalah faktor penting supaya barangan yang dihasilkan menjadi kompetitif dan bermanfaat.

Gambaran pula adalah suatu proses secara lukisan mental, lukisan di atas kertas atau lukisan elektronik barangan yang ingin dihasilkan. Dalam alaf ini, proses menggambarkan sesuatu idea amat penting dalam penghasilan barangan. Proses ini dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos penghasilan barangan disamping dapat mengurangkan kesilapan.

Barangan merupakan keperluan manusia samaada untuk rekreasi, kemudahan kehidupan, kemudahan ikhtiar hidup, kelelengkapan sukan, kemudahan menjelajah, kemudahan menakluk dan sebagainya. Sebagai contoh ialah penghasilan kapal angkasa virgin untuk membawa pelancung ke angkasa lepas, dan usaha penghasilan tali dari bahan kompesit atau gentian fiber untuk menghubungkan bumi dan bulan. Usaha dan penghasilan barangan seperti ini sudah tentu bermula dari idea yang dihasilkan oleh pemikiran di luar kotak.

Pencanaan Idea dan penghasilan gambaran tidak banyak kos malah kadang-kala tidak memerlukan kos, tetapi sebahagian kita masih tidak menggunakan anugerah ini dengan optimum. Skil untuk mencari idea perlu ada dalam usaha mendapat idea yang terbaik. Bagaimanapun ia perlu dilakukan secara berulang-ulang sehingga berjaya menghasilkan barangan dan impian.

Monday, 11 October 2010

IDEA


Pada pandangan saya, terdapat dua jenis idea iaitu idea yang hanya membuat kita berfikir dan idea yang boleh memberi pencapaian terhadap impian kita. Saya percaya setiap insan di atas bumi ini, ada mempunyai sekurang-kurangnya satu idea untuk diketengahkan. Ramai insan mempunyai banyak idea bernas, bagaimanapun penyumbang idea bernas terlebih dahulu mesti sanggup mendengar idea-idea orang lain.

Kualiti dan kesan idea tidak dapat diterjemah jika ia sekadar idea. Justeru, sebelum memulakan sesuatu perlu mencari orang yang telah menterjemahkan idea kepada impian dan kenyataan. Tidak bermaksud pada yang bergelar usahawan semata, tapi melihat sekeliling seperti memadang pada pemimpin dan sebagainya atau lebih tepat lagi pada pelbagai bidang.

Ramai jua penterjemah-penterjemah idea yang gagal, tetapi berapa ramai pula dari kalangan mereka yang telah dapat mengubah dunia dengan keberanian mereka menanggung risiko. Amat penting jika berpeluang bergaul dengan orang-orang ini sebab sebagai orang baru perlu memahami dengan mendalam sebelum menterjemahkan idea kepada impian dan perlu bebas untuk mengubah hayalan risiko atau hayalan kegagalan kepada hayalan kejayaan menyeluruh. Dan apabila berjaya, ia merupakan kejayaan diri yang ternilai.

Kehidupan yang bernilai tidak salah diberi kepada mereka yang tidak berfikir seperti yang lain, sebab itu keyakinan pada rasa hati dan tidak memberi perhatian pada kenyataan orang lain merupakan kriteria penting pada mereka yang berjaya. Sebahagian insan selalu memikirkan orang lain mengikut model limitasi mereka sendiri dan pada masa yang sama dipengarohi oleh pandangan masyarakat yang penuh dengan perasangka dan takut.

Maka, bersamalah dengan orang yang tidak pernah berkata, ‘’dah habis, aku berhenti disini’’. Sebab hari ini akan datang esok, esok akan datang lusa tidak pernah berakhir. Selepas mencapai objektif, kita perlu memulakan semula, sentiasa menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi.

Wednesday, 21 July 2010

IDEA BARU


Kita lebih suka menilai idea baru daripada mencipta idea baru atau memperbaiki idea baru agar benar-benar tumbuh menjadi realiti.

Kita begitu suka menilai idea baru yang boleh diibaratkan benih sehinggakan jarang kita memberi peluang pada satu idea baru untuk hidup dan berkembang. Ia mungkin berdasarkan andaian-andaian dan nilaian yang salah.

Semua idea baru boleh dibuktikan salah, tetapi jangan lupa semua idea baru juga boleh diperbaiki dan ditambah nilai.

Dalam penilaian idea baru, pemikiran kita melakukan dua jenis tugas utama. Pertama yang lebih banyak dilakukan adalah mengkritik, membuat anilisis, membanding-banding dan menilai-nilai, membuat pilihan dan membuat keputusan. Tugas kedua yang kurang dilakukan ialah menerbitkan idea-idea kreatif, membaiki idea, membuat visualisasi dan membuat pelbagai ramalan serta usaha merealisasikan idea.

Sebahagian kita hanya pandai mengkeritik apabila menerima idea baru. Idea baru segera dibandingkan dengan idea-idea yang sudah ada. Tujuannya mencari dimana salah, silap, kekurangan dan kelemahan idea baru.

Kita perlu belajar menambahbaik terhadap idea-idea orang lain, lebih-lebih lagi idea kita sendiri.

Sewaktu kita mula-mula menanam biji benih, kita tidak tahu apakah hasil yang bakal diperolehi. Justeru kita sirami, baja dan jaga supaya ia dapat membesar dan memberi hasil. Waktu benih itu mula bercambah, kita tidak peduli adakah ia kecil, kurus atau cantik kerana kita menerima kenyataan bahawa benih memerlukan waktu untuk membesar, dan mengeluarkan buah. Setelah buahnya masak dan dimakan, barulah boleh membuat penilaian atau keputusan apakah wajar menyimpan atau menanam semula.

Justeru, setiap idea baru adalah ibarat benih tadi. Berilah waktu berkembang sebelum kita menilainya. Terlalu gopoh menilai akan membunuhnya. Berikan kepadanya kesempatan untuk membuktikan dirinya. Tunda dahulu aktiviti menganilisis, menilai dan membuat keputusan.

IDEA KREATIF


Pandai mencipta idea kreatif adalah satu perkara dan pandai meyakinkan orang lain supaya menerima idea kreatif itu pula satu perkara.

Apabila orang lain kurang berminat dengan suatu idea kreatif, kita perlu berusaha menarik minat dan meyakinkan mereka. Usaha bersungguh perlu dibuat apabila kita fikir suatu idea itu boleh menguntungkan ramai pihak.

Orang kreatif sering dapat melihat kegunaan sesuatu idea manakala orang lain gagal melihatnya. Kreatif adalah bersifat sosial dimana satu idea itu menjadi kreatif jika sekumpulan orang menganggapnya kreatif dan dapat pula menerima.

Kreativiti dan kepintaran menjual idea kepada orang lain hendaklah menjadi keutamaan kepada pecipta idea kreatif walaupun tidak ada kaedah menjual idea yang dijamin betul. Tetapi ada beberapa panduan am yang boleh digunakan:

*Persembahkan idea itu dengan cara yang berkualiti.

*Ada networking dengan ramai orang untuk mencari siapa barangkali yang dapat menolong kita menjual idea, atau untuk menemui orang yang barangkali akan meminati idea yang diutarakan.

*Cari dimana idea kreatif dapat diterima orang dan mengetahui masa yang sesuai untuk mengemukakan idea.

*Cari jalan supaya orang memerlukan idea kita. Walaupun selama ini mereka tidak memerlukannya. Ini dapat dibuktikan dengan menerangkan idea kita dengan cara perbandingan dengan apa sedia ada.

*Cuba lihat dan fahami idea kita dari sudut pandangan orang lain. Cuba fikir kalaulah kita berada ditempat penerima idea.

Friday, 25 June 2010

SIMULASI


1. Saya amat tertarik dengan perkataan simulasi yang dimelayukan dari perkataan `simulation’ bermaksud penyerupaan. Saya berpendapat bahawa simulasi amat penting dalam aplikasi kehidupan, lebih-lebih lagi pelaksanaannya sebelum pembikinan produk/proses/perkhidmatan/peperiksaan atau lain-lain.

2. Pengamatan saya, ia meluas diguna dalam bidang teknologi berbanding bidang lain. Pengalaman saya menunjukkan bahawa simulasi sebelum penghasilan sesuatu produk, proses, perkhidmatan dan pelbagai dapat menjimatkan kos malah nyawa. Penerapan simulasi dalam `miles stone’ sesuatu projek memberikan penghasilan yang amat memberangsangkan. Bagaimanapun kriteria/standard/spesifikasi yang diingini hendaklah dipastikan dengan betul.

3. Sedar atau tidak, teknik penyerupaan ini telah sekian lama digunapakai. Saya telah menggunapakai teknik ini atas saranan seorang guru yang bernama Cikgu Shamsuddin yang kebetulan berkahwin dengan orang kampung saya. Saya disaran beliau agar membuat simulasi peperiksaaan pada setiap mata pelajaran Sijil Rendah Pelajaran (SRP) (sekarang ini sama taraf dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR)). Hasilnya amat baik.

4. Pada peringkat tinggi, subjek yang menyentuh ilmu simulasi dapat dipelajari. Tetapi apabila ia diajar pada peringkat tinggi sudah tentu mengelirukan yang mana terminologi sukar difahami. Malah penyelesaian mengguna simulasi komputer turut diajar. Bagaimanapun ilmu ini berjaya menerap kedalam minda dan jiwa saya.

5. Idea dan teknik simulasi pada awalnya digunakan untuk mengurangkan kesilapan dalam teknologi pembuatan boleh diperbesarkan dengan meluas kepada bidang-bidang lain seperti perancangan bandar, pengurusan hospital, ketenteraan dan lain-lain. Malah terdapat permainan-permainan komputer yang boleh mengembangkan idea simulasi.

6. Saya berpendapat pembudayaan teknik simulasi perlu diterapkan pada peringkat rendah. Maka ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagaimanapun saya percaya kerajaan mempunyai perancangan/alternatif lain. Semua perlu memainkan peranan.

MENGAPA MEMILIH TAJUK TEKNOLOGI

1. Saya memilih teknologi untuk tajuk blog kerana banyak isu berkaitan teknologi boleh membuka minda. Perbincangan boleh dibuat secara rasional dan santai. Idea-idea menggila mengikut selera boleh juga diaju kerana dalam mengangkat tajuk kadangkala memerlukan idea gila.

2. Pemilihan topik perbincangan, sumbangan penulisan dan apajua yang difikir mencakupi tajuk boleh dibentangkan dalam blog ini. Saya amat berharap blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Ia juga dibuka kepada yang ingin menyumbangkan penulisan.

3. Matlamat blog ini adalah untuk penambahan ilmu dan memberi kesedaran kepentingan teknologi dalam era dunia tanpa sempadan. Disamping landasan penajaman percambahan idea, ketajaman penulisan dan kematangan bidang.

4. Tajuk teknologi merupakan tajuk umum yang mudah dikembangkan. Bidang kehidupan teras seperti automotif, perkapalan, jet terbang, pengkomputeran dan banyak lagi boleh kita bincangkan.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...