Tuesday, 23 October 2018

KEHEBATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


Penyelidikan dan pembangunan yang hebat merupakan keutamaan dalam menzahirkan produk baharu. Tanpa adanya penyelidikan sesuatu produk mengikut keperluan optimum sukar dihasilkan. Namun kini ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuat cetak rompak. Walaupun akta perlindungan harta intelek telah lama wujud, cetak rompak memang tetap berlaku.

Cara operasi mereka dengan mengambil peluang dengan meniru dan sedikit ubah suai menghasilkan produk yang sama fungsinya. Oleh kerana mereka mempunyai banyak wang dan fasiliti menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak menjadikan produk yang ditiru menjadi murah. Maka ini akan membunuh peneroka awal yang masih lagi terkial-kial untuk mengeluarkan produk asli melalui penyelidikan yang memakan masa yang agak lama disamping dana kewangan yang besar tidak dapat melawan harga yang mereka tawarkan. Lantaran kumpulan yang menghasilkan barangan melalui penyelidikan hanya dapat bertahan sekejap sahaja dalam pasaran. Inilah yang berlaku dalam dunia realiti hari ini.

Bagaimanakah hendak mengatasi masalah seperti ini? Jawapannya adalah dengan tidak melakukan penyelidikan kepada barangan yang belum ada. Sebaliknya dengan mencari produk yang sediaada dipasaran dan pengguna memerlukan produk berkenaan dalam kuantiti yang banyak. Penambahbaikan kepada barangan sedia ada seperti kenderaan dan peralatan lain yang mempunyai market yang besar akan dapat menyelamatkan duit pelaburan disamping akan mendapat keuntungan berbanding dengan penyelidikan baharu.
Manakala jika masih lagi hendak meneruskan penyelidikan kepada barangan baharu hendaklah mengambilkira mengatasi cetak rompak dengan cara mendaftar harta intelek dalam negara atau pun mendaftar harta intelek luar negara yang mempunyai potensi market yang besar terhadap barangan yang dihasikan melalui produk penyelidikan.

Langkah yang lain ialah dengan mendahului market dengan lambakan barangan. Dengan usaha yang sedemikan kita dapat mengatasi gejala cetak rompak. Dengan demikian kita telah dapat menawan market dengan lebih awal lagi. Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan membina jenama yang kuat terhadap barangan-barangan yang hendak dijual.

Penyelesaian lain, dengan bersatu melawan cetak rompak dengan perbincangan antara kerajaan dan kerajaan disamping melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tanpa memilih bulu. Maka negara akan dapat diselamatkan dari gejala yang tidak sihat ini dari terus berlaku.

Jika tidak dibendung masalah ini akan berulang sehinggakan sesebuah negara boleh miskin dan menjadi bankrap.

Negara yang miskin dan bankrap akibat dari rompakan sedemikian akan memberi kesan kepada rakyat seperti tidak dapat membayar gaji dan tidak dapat mengawal kenaikan harga barangan harian.

Gejala seperti ini, jika tidak dapat difikir dan tidak dapat dikawal, kewangan yang disumbang kepada penyelidikan yang tidak dapat dimanfaatkan dengan baik dari masa ke semasa akan pupus dengan cara sendiri sahaja.

Friday, 19 October 2018

Cabaran berita palsu

Dewasa ini menjadi cabaran kepada kita semua dengan lambakan-lambakan berita-berita palsu dan adu domba. Budaya siapakah ini? 

Berita palsu adalah perkhabaran yang tidak benar tetapi jika diulang-ulang, menjadikan ia cabaran kepada golongan sasaran bagi menilai samada ia betul-betul atau tidak berlaku. Hanya cerita lara.

Manakala adu domba pula merupakan tohmahan yang tidak benar atau yang betul tetapi disebarkan bertujuan untuk mempengaruhi golongan yang dituju untuk mempercayai adu domba.

Berita palsu dan adu domba berupaya menggugat ketenteraman atau boleh juga digunakan bagi menjatuhkan seseorang. Sasaran utama adalah kepada pemimpin-pemimpin utama bertujuan untuk meruntuh sesebuah organisasi. 

Apabila pemimpin utama menjadi sasaran dan ia tepat atau kena boleh membunuh kerjaya pemimpin dan jika pemimpin yang dijatuhkan itu amat bijak atau berpengaruh maka mudahlah untuk menjahanamkan organisasi yang dipimpin.

Selepas adu domba dibuat maka menjadi bahan perbincangan yang juga menambahkan lagi kebenaran adu domba atau berita palsu yang disebar. Berita-berita boleh dikomen dan dibahas.

Maka terdapat mereka yang membuat komen-komen liar, Mereka ini kadangkala merupakan aktor-aktor upahan yang dimasukkan ke dalam penceritaan agar ia lebih menarik. Penceritaan-penceritaan sebegini kadang kala telah direka atau diplot oleh pemain-pemain yang handal. Kerja-kerja sebegini akan merosakkan perjuangan. Kerja-kerja sebegini merupakan permainan baharu dalam zaman moden ini.

Kenapa ada satu agama itu amat menyekat perkara ini? Ia disangkal kerana adu domba dan berita palsu boleh membunuh sesuatu organisasi  yang menyebabkan runtuh berderai. Ini merupakan kaedah baharu kepada persaingan yang tidak sihat. Ia hendaklah dibendung walaupun sukar. Pembelajaran dan undang-undang sahaja yang mungkin dapat membendung gejala seperti ini.

Maka budaya siapakah ini? 

Wednesday, 17 October 2018

Penyelidikan dan Pembangunan antara keutamaannya

Kerajaan telah banyak mengeluarkan dana penyelidikan dan pembangunan yang kaw-kaw. Kaw-kaw bahasa pasar bermaksud hebat-hebat. Namun tidak perlu diselindung lagi, sehingga kini menunjukkan hasil penyelidikan masih kurang di pasaran. 

Hasil yang diperolehi hanyalah kenaikkan pangkat dan KPI. 

Sedikit manfaat kepada manusia sejagat dengan pembentangan dan penulisan manuskrip penyelidikan dan penghasilan journal berindeks.

Kenapa ini berlaku? Faktor menunjukkan golongan penyelidik kurang pengalaman industri. Penyelidikan hanya berkisar kepada pembacaan literatur, buku dan peralatan makmal semata, manakala ahli-ahli penyelidik pula bukan dari golongan yang pakar industri pakar bidang dan ahli yang pakar dengan kerenah pengguna. 

Ahli-ahli penyelidik juga tiada kepakaran dalam proses pengilangan dan pembuatan untuk menzahirkan produk. 

Faktor kajian market tidak dijalankan dengan betul. Sampel tidak mencukupi. Tidak seperti negara maju yang memandang serius dalam kajian market dengan  cara menghantar jurutera ke negara-negara yang mempunyai potensi untuk menggunakan produk yang bakal dibuat penyelidikan dan pembangunan.

Penyelidikan kepada pendekatan fundamental hendaklah dikurangkan atau dihentikan sebaliknya teruskan kepada penyelidikan penambahbaikan kepada barangan yang telah matang dalam pasaran. Penambahbaikan kepada proses pembuatan iaitu singkatan kaedah membuat barangan, menambahbaik kualiti dan menurunkan harga barangan patut menjadi keutamaan kepada penyelidik.

Bagaimana pun, pertimbangan penyelidikan asas (fundamental) yang penting dan utama dan sudah nampak jelas kepada kepentingan aplikasi sahaja yang boleh diberi geran. Itu pun hendaklah diberi sokongan kepada pembangunan penggunaan barangan dan mineral dalaman tanpa barangan dari luar.

Fokus utama kepada penyediaan barangan utama hendaklah diberi perhatian dengan jelas contohnya jika ingin menghasilkan barangan komposit, maka raisin yang penting menguatkan lekatan bahan hendaklah dapat dikeluarkan dalam negara penyelidik supaya sesebuah negara dapat mengekalkan keupayaan dalaman (internal capability) serta dapat bersaing.

Begitu juga jika hendak membuat produk yang memerlukan mesin, maka mesin-mesin untuk menjayakan proses membuat produk tersebutlah yang sepatutnya menjadi tumpuan tajuk bagi penyelidik.

Penekanan dan fokus kepada kepentingan kejuruteraan dalam sesebuah negara adalah keputusan yang tepat. Penghasilan peralatan kejuruteraan, mesin dan kenderaan untuk keperluan dunia  sebagai sumber pendapatan baharu adalah satu solusi yang perlu disahut cabarannya.

Lihatlah disekeliling kita, boleh dikatakan semuanya bermula dengan keperluan teknik untuk menghasilkan barangan tersebut yang memerlukan kekuatan kejuruteraan dalam sesebuah negara.

Keperluan kepada penghasilan barangan dengan menggunakan kaedah baharu seperti penghasilan percetakan 3D metal dan 3D komposit hendaklah menjadi keutamaan. 

Manakala tenaga pakar dalam pemesinan CNC hendaklah dizahirkan juga bagi proses yang tidak sesuai dengan percetakan 3D seperti penghasilan acuan (Mold) yang memerlukan pembentukan profil bahan metal yang keras dan padat.

Usaha penghasilan mesin 3D buatan tempatan dan mesin CNC tempatan dan penyediaan peralatan pemesinan dan kemajuan alat pemotong dan kemajuan alat penyambungan (welding) juga hendaklah diberi perhatian.

Pengwujudan kilang kereta sebagaimana yang diilhamkan, kilang membuat mesin tempatan dan kilang membuat mataalat menjadi penting bagi sesebuah negara moden. Penghasilan mataalat yang dapat memotong besi badan kereta kebal dan keupayaan menyambungnya untuk menjadi bentuk produk akhir menunjukkan kemahiran dan kepintaran sesebuah negara. Langkah penyelidikan sebegini hendaklah segera dilaksanakan agar sesebuah negara itu dapat bersaing dengan negara-negara lain pada masa-masa hadapan.

Monday, 15 October 2018

Orang tua ke? atau orang muda ke?

Pentadbiran merupakan isu penting dalam apa jua perkhidmatan. Isu pentadbiran dalam organisasi melibatkan kepimpinan yang berani membuat keputusan penting, ada daya kepimpinan yang tinggi, pemimpin bijaksana dan ketua yang mempunyai integriti yang tinggi.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempunyai ilmu, berpengalaman dan peka atau mempunyai kepekaan dengan daya pengamatan dan pemerhatian yang tinggi.

Jika digabungkan dengan faktor-faktor berkenaan baharulah pemimpin itu berani membuat inovasi dalam organisasi yang dipimpin.

Segala idea yang berinovasi hendaklah dikemukakan dikalangan orang-orang kanan dalam organisasi agar ia jelas, boleh dilaksanakan atau lebih tepat, "tidak kelakar atau tidak berdaya saing". Jika sudah dikaji dalam pelbagai segi dan sudah tiada ruang lagi kelemahan yang berupaya untuk menggagalkan idea berkenaan baharulah ia diwar-warkan kepada orang ramai. 

Kegagalan pentadbiran boleh menimbulkan huru-hara dalam  organisasi mahu pun kepada alam sekitar dan masyarakat. Isu kepimpinan hendaklah dilihat dengan serius dalam sesebuah organisasi mahu pun diperingkat kerajaan.

Salah satu cara mengatasi isu kepimpinan adalah dengan mengekalkan golongan orang-orang tua yang banyak pengalaman agar mereka dapat membantu memberi tunjuk ajar dalam usaha menjayakan organisasi melalui pengalaman sukar diperolehi dan kadangkala lebih berharga dari ilmu.

Jika kita lihat negara-negara maju masih lagi menerima pakai pemimpin-pemimpin dalam organisasi dari gologan orang-orang lama yang telah berumur tapi masih lagi mempunyai daya pemikiran yang tajam yang dapat memajukan organisasi dengan tunjuk ajar dan meneruskan kerja-kerja bermutu melalui pengalaman dan pengamatan atau proses yang telah  mereka lalui.

Tambahan lagi golongan orang-orang lama ini sudah tiada masalah peribadi, maka mereka akan lebih dapat  memberi perhatian kepada organisasi yang mereka anggotai. Mana mungkin hendak dibandingkan daya berfikir dan mutu kepimpinan orang yang berumur empat puluhan dengan orang yang berusia dua puluhan. Jika ia berlaku mungkin satu dalam seribu.

Daya kepimpinan akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Jika gagal pucuk pimpinan maka akan gagallah sesebuah organisasi. Lebih-lebih lagi kepimpinan organisasi keselamatan seperti polis dan tentera. Dengan kepentingan ini, maka lahirlah pasukan sniper dalam perkhidmatan keselamatan yang bertujuan untuk membunuh pemimpin pasukan musuh bagi melemahkan moral dan dalam bahasa mudah, untuk mengalahkan pasukan yang tiada kepimpinan, sesuai dengan ungkapan, "tiada pemimpin tiada orang dipimpin, ada pemimpin yang baik merupakan satu kelebihan, namun jika punyai kepimpinan yang tidak baik akan mengundangkan bencana".

Dalam sejarah ketenteraan dan bernegara menunjukkan kejayaan organisasi atau pasukan adalah berselari dengan kekuatan pimpinan. Pemimpin yang baik akan dilindungi dari segala bencana. Pemimpin yang baik akan melalui proses pembelajaran, pemerhatian dan melalui pengalaman. Ketiga-tiga elemen ini hendaklah dijaga dan perlu dimiliki oleh pimpinan. 

Daya inovasi yang tinggi akan wujud dari pimpinan yang berpengalaman, yang mempunyai akademik dan suka memberi pemerhatian dalam ruang lingkup kepentingan. Percampuran kepimpinan lama dan baharu amat penting supaya yang baharu akan dapat mempelajari dari yang lama, agar ia dapat memendikkan lagi proses kematangan rakan-rakan muda.

Saturday, 13 October 2018

Nampak tak Nampak


Mana yang lebih berkuasa, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih ditakuti, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih bijak, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih kuat, yang nampak atau yang tidak nampak. Banyak lagi yang boleh disoal dan dibahas dengan tajuk ini.

Sekarang, dunia digemparkan dengan kuman yang mengganas, membunuh dan melumpuhkan segalanya. Banyak yang boleh dipelajari daripada kuman ini. Antaranya kebersihan diri, berpakaian, berkomunikasi, bersosial dan yang lebih penting penghambaan manusia kepada Pencipta dan banyak lagi.

Masalah dari wabak ini; Pertama, boleh membawa maut kerana kuman menyerang organ manusia. Kedua, wabak ini telah menyekat semua aktiviti manusia baik dari kerohanian, sosial dan ekonomi. Ketiga, sukar dibendung kerana mudah berjangkit antara manusia.

Tiada jalan lain yang wajib diambil; Pertama, pengasingan. Kedua, kebersihan. Ketiga, memutuskan jaringan kuman. Keempat, pembasmian kuman. Kelima, menyediakan vaksin.

Semua jalan penyelesaian dan pencegahan hendaklah segera diambil dan yang terpenting adalah penyedian vaksin.

Seluruh masyarakat dunia diajak bersatu padu melawan wabak yang tidak nampak dengan mematuhi dan menyegerakan 5 perkara, pengasingan, kebersihan, memutus jaringan, membasmi dan penyediaan vaksin.

Cabaran melawan perkara yang tidak nampak adalah berusaha dan bertawakal.




Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...