Friday, 19 October 2018

Cabaran berita palsu

Dewasa ini menjadi cabaran kepada kita semua dengan lambakan-lambakan berita-berita palsu dan adu domba. Budaya siapakah ini? 

Berita palsu adalah perkhabaran yang tidak benar tetapi jika diulang-ulang, menjadikan ia cabaran kepada golongan sasaran bagi menilai samada ia betul-betul atau tidak berlaku. Hanya cerita lara.

Manakala adu domba pula merupakan tohmahan yang tidak benar atau yang betul tetapi disebarkan bertujuan untuk mempengaruhi golongan yang dituju untuk mempercayai adu domba.

Berita palsu dan adu domba berupaya menggugat ketenteraman atau boleh juga digunakan bagi menjatuhkan seseorang. Sasaran utama adalah kepada pemimpin-pemimpin utama bertujuan untuk meruntuh sesebuah organisasi. 

Apabila pemimpin utama menjadi sasaran dan ia tepat atau kena boleh membunuh kerjaya pemimpin dan jika pemimpin yang dijatuhkan itu amat bijak atau berpengaruh maka mudahlah untuk menjahanamkan organisasi yang dipimpin.

Selepas adu domba dibuat maka menjadi bahan perbincangan yang juga menambahkan lagi kebenaran adu domba atau berita palsu yang disebar. Berita-berita boleh dikomen dan dibahas.

Maka terdapat mereka yang membuat komen-komen liar, Mereka ini kadangkala merupakan aktor-aktor upahan yang dimasukkan ke dalam penceritaan agar ia lebih menarik. Penceritaan-penceritaan sebegini kadang kala telah direka atau diplot oleh pemain-pemain yang handal. Kerja-kerja sebegini akan merosakkan perjuangan. Kerja-kerja sebegini merupakan permainan baharu dalam zaman moden ini.

Kenapa ada satu agama itu amat menyekat perkara ini? Ia disangkal kerana adu domba dan berita palsu boleh membunuh sesuatu organisasi  yang menyebabkan runtuh berderai. Ini merupakan kaedah baharu kepada persaingan yang tidak sihat. Ia hendaklah dibendung walaupun sukar. Pembelajaran dan undang-undang sahaja yang mungkin dapat membendung gejala seperti ini.

Maka budaya siapakah ini? 

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...