Pentadbiran merupakan isu penting dalam apa jua perkhidmatan. Isu pentadbiran dalam organisasi melibatkan kepimpinan yang berani membuat keputusan penting, ada daya kepimpinan yang tinggi, pemimpin bijaksana dan ketua yang mempunyai integriti yang tinggi.
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempunyai ilmu, berpengalaman dan peka atau mempunyai kepekaan dengan daya pengamatan dan pemerhatian yang tinggi.
Jika digabungkan dengan faktor-faktor berkenaan baharulah pemimpin itu berani membuat inovasi dalam organisasi yang dipimpin.
Segala idea yang berinovasi hendaklah dikemukakan dikalangan orang-orang kanan dalam organisasi agar ia jelas, boleh dilaksanakan atau lebih tepat, "tidak kelakar atau tidak berdaya saing". Jika sudah dikaji dalam pelbagai segi dan sudah tiada ruang lagi kelemahan yang berupaya untuk menggagalkan idea berkenaan baharulah ia diwar-warkan kepada orang ramai.

Kegagalan pentadbiran boleh menimbulkan huru-hara dalam organisasi mahu pun kepada alam sekitar dan masyarakat. Isu kepimpinan hendaklah dilihat dengan serius dalam sesebuah organisasi mahu pun diperingkat kerajaan.
Salah satu cara mengatasi isu kepimpinan adalah dengan mengekalkan golongan orang-orang tua yang banyak pengalaman agar mereka dapat membantu memberi tunjuk ajar dalam usaha menjayakan organisasi melalui pengalaman sukar diperolehi dan kadangkala lebih berharga dari ilmu.
Jika kita lihat negara-negara maju masih lagi menerima pakai pemimpin-pemimpin dalam organisasi dari gologan orang-orang lama yang telah berumur tapi masih lagi mempunyai daya pemikiran yang tajam yang dapat memajukan organisasi dengan tunjuk ajar dan meneruskan kerja-kerja bermutu melalui pengalaman dan pengamatan atau proses yang telah mereka lalui.
Tambahan lagi golongan orang-orang lama ini sudah tiada masalah peribadi, maka mereka akan lebih dapat memberi perhatian kepada organisasi yang mereka anggotai. Mana mungkin hendak dibandingkan daya berfikir dan mutu kepimpinan orang yang berumur empat puluhan dengan orang yang berusia dua puluhan. Jika ia berlaku mungkin satu dalam seribu.

Daya kepimpinan akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Jika gagal pucuk pimpinan maka akan gagallah sesebuah organisasi. Lebih-lebih lagi kepimpinan organisasi keselamatan seperti polis dan tentera. Dengan kepentingan ini, maka lahirlah pasukan sniper dalam perkhidmatan keselamatan yang bertujuan untuk membunuh pemimpin pasukan musuh bagi melemahkan moral dan dalam bahasa mudah, untuk mengalahkan pasukan yang tiada kepimpinan, sesuai dengan ungkapan, "tiada pemimpin tiada orang dipimpin, ada pemimpin yang baik merupakan satu kelebihan, namun jika punyai kepimpinan yang tidak baik akan mengundangkan bencana".
Dalam sejarah ketenteraan dan bernegara menunjukkan kejayaan organisasi atau pasukan adalah berselari dengan kekuatan pimpinan. Pemimpin yang baik akan dilindungi dari segala bencana. Pemimpin yang baik akan melalui proses pembelajaran, pemerhatian dan melalui pengalaman. Ketiga-tiga elemen ini hendaklah dijaga dan perlu dimiliki oleh pimpinan.
Daya inovasi yang tinggi akan wujud dari pimpinan yang berpengalaman, yang mempunyai akademik dan suka memberi pemerhatian dalam ruang lingkup kepentingan. Percampuran kepimpinan lama dan baharu amat penting supaya yang baharu akan dapat mempelajari dari yang lama, agar ia dapat memendikkan lagi proses kematangan rakan-rakan muda.
No comments:
Post a Comment