Wednesday, 17 October 2018

Penyelidikan dan Pembangunan antara keutamaannya

Kerajaan telah banyak mengeluarkan dana penyelidikan dan pembangunan yang kaw-kaw. Kaw-kaw bahasa pasar bermaksud hebat-hebat. Namun tidak perlu diselindung lagi, sehingga kini menunjukkan hasil penyelidikan masih kurang di pasaran. 

Hasil yang diperolehi hanyalah kenaikkan pangkat dan KPI. 

Sedikit manfaat kepada manusia sejagat dengan pembentangan dan penulisan manuskrip penyelidikan dan penghasilan journal berindeks.

Kenapa ini berlaku? Faktor menunjukkan golongan penyelidik kurang pengalaman industri. Penyelidikan hanya berkisar kepada pembacaan literatur, buku dan peralatan makmal semata, manakala ahli-ahli penyelidik pula bukan dari golongan yang pakar industri pakar bidang dan ahli yang pakar dengan kerenah pengguna. 

Ahli-ahli penyelidik juga tiada kepakaran dalam proses pengilangan dan pembuatan untuk menzahirkan produk. 

Faktor kajian market tidak dijalankan dengan betul. Sampel tidak mencukupi. Tidak seperti negara maju yang memandang serius dalam kajian market dengan  cara menghantar jurutera ke negara-negara yang mempunyai potensi untuk menggunakan produk yang bakal dibuat penyelidikan dan pembangunan.

Penyelidikan kepada pendekatan fundamental hendaklah dikurangkan atau dihentikan sebaliknya teruskan kepada penyelidikan penambahbaikan kepada barangan yang telah matang dalam pasaran. Penambahbaikan kepada proses pembuatan iaitu singkatan kaedah membuat barangan, menambahbaik kualiti dan menurunkan harga barangan patut menjadi keutamaan kepada penyelidik.

Bagaimana pun, pertimbangan penyelidikan asas (fundamental) yang penting dan utama dan sudah nampak jelas kepada kepentingan aplikasi sahaja yang boleh diberi geran. Itu pun hendaklah diberi sokongan kepada pembangunan penggunaan barangan dan mineral dalaman tanpa barangan dari luar.

Fokus utama kepada penyediaan barangan utama hendaklah diberi perhatian dengan jelas contohnya jika ingin menghasilkan barangan komposit, maka raisin yang penting menguatkan lekatan bahan hendaklah dapat dikeluarkan dalam negara penyelidik supaya sesebuah negara dapat mengekalkan keupayaan dalaman (internal capability) serta dapat bersaing.

Begitu juga jika hendak membuat produk yang memerlukan mesin, maka mesin-mesin untuk menjayakan proses membuat produk tersebutlah yang sepatutnya menjadi tumpuan tajuk bagi penyelidik.

Penekanan dan fokus kepada kepentingan kejuruteraan dalam sesebuah negara adalah keputusan yang tepat. Penghasilan peralatan kejuruteraan, mesin dan kenderaan untuk keperluan dunia  sebagai sumber pendapatan baharu adalah satu solusi yang perlu disahut cabarannya.

Lihatlah disekeliling kita, boleh dikatakan semuanya bermula dengan keperluan teknik untuk menghasilkan barangan tersebut yang memerlukan kekuatan kejuruteraan dalam sesebuah negara.

Keperluan kepada penghasilan barangan dengan menggunakan kaedah baharu seperti penghasilan percetakan 3D metal dan 3D komposit hendaklah menjadi keutamaan. 

Manakala tenaga pakar dalam pemesinan CNC hendaklah dizahirkan juga bagi proses yang tidak sesuai dengan percetakan 3D seperti penghasilan acuan (Mold) yang memerlukan pembentukan profil bahan metal yang keras dan padat.

Usaha penghasilan mesin 3D buatan tempatan dan mesin CNC tempatan dan penyediaan peralatan pemesinan dan kemajuan alat pemotong dan kemajuan alat penyambungan (welding) juga hendaklah diberi perhatian.

Pengwujudan kilang kereta sebagaimana yang diilhamkan, kilang membuat mesin tempatan dan kilang membuat mataalat menjadi penting bagi sesebuah negara moden. Penghasilan mataalat yang dapat memotong besi badan kereta kebal dan keupayaan menyambungnya untuk menjadi bentuk produk akhir menunjukkan kemahiran dan kepintaran sesebuah negara. Langkah penyelidikan sebegini hendaklah segera dilaksanakan agar sesebuah negara itu dapat bersaing dengan negara-negara lain pada masa-masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...