Mana yang lebih berkuasa, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih ditakuti, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih bijak, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih kuat, yang nampak atau yang tidak nampak. Banyak lagi yang boleh disoal dan dibahas dengan tajuk ini.
Sekarang, dunia digemparkan dengan kuman yang mengganas, membunuh dan melumpuhkan segalanya. Banyak yang boleh dipelajari daripada kuman ini. Antaranya kebersihan diri, berpakaian, berkomunikasi, bersosial dan yang lebih penting penghambaan manusia kepada Pencipta dan banyak lagi.
Masalah dari wabak ini; Pertama, boleh membawa maut kerana kuman menyerang organ manusia. Kedua, wabak ini telah menyekat semua aktiviti manusia baik dari kerohanian, sosial dan ekonomi. Ketiga, sukar dibendung kerana mudah berjangkit antara manusia.
Tiada jalan lain yang wajib diambil; Pertama, pengasingan. Kedua, kebersihan. Ketiga, memutuskan jaringan kuman. Keempat, pembasmian kuman. Kelima, menyediakan vaksin.
Semua jalan penyelesaian dan pencegahan hendaklah segera diambil dan yang terpenting adalah penyedian vaksin.
Seluruh masyarakat dunia diajak bersatu padu melawan wabak yang tidak nampak dengan mematuhi dan menyegerakan 5 perkara, pengasingan, kebersihan, memutus jaringan, membasmi dan penyediaan vaksin.
Cabaran melawan perkara yang tidak nampak adalah berusaha dan bertawakal.
No comments:
Post a Comment