Saturday, 10 November 2018

ADVANCED COUNTRY? MY VIEWS.

Advance country! What is an advanced countryIs it a country which people said advanced when they have educated people? When they generated high income. The high quality of road and public transportation. Politically stability. Stable income. No big gap of monthly income. All the good things the country must have before the world recognized as an advanced country. 

 
 

We can see the Chinese models. Start with a good family culture. Business mentality. Creating a family empire. And conquer the business. 

 
 

It is not easy to become like Chinese. It takes time to build. One of the best things that we can learn how they started. Some of the products produced from home. They create a lot of things from home. Example fast food such as burger, sausages, mee hoon etc. All started at home. Not only created food from home but also other things namely screw, bolt and nut, nail cutter, etc., some producing at home. After certain years and seen products to be potential then, as usual, they do business running from a shop. 

 
 

Why the Chinese business always win? First, we can see the method they choose is great. Normally they started with the family business. From there, they started to expand the business by setting up the subsidiary which also owns by the family. This will go on until the business become an empireBesides that, the business culture in their community started from young kids. The young kids play and grow in the business environment. The strong culture and unity are the core value they have that brings them great businesspersonSo, no reason they rarely failed in doing business. 

 
 

Then we can see the Japanese culture. Big family model concept. Now we can hear that the automotive city one-stop center found in Japan. In the city, the employer takes responsibility not only to the workers but also to the family of their workers. By doing this developed loyalty and employees love the company. The gap between the employer and the employees could be smaller. Smaller the gap, bigger the loyalty. 

 
 

Then the second generation in the family also employed into the automotive of the factory including the related factory in the automotive city. By putting all the related to the automotive industry in one center, they can control the quality of products. Japan is very particular with quality. Many quality gurus born in Japan. They believe on the quality products will invite the customer. The best thing is the Japanese develop the customer to become loyal to the Japanese’s brand. With this phenomena, the Japanese’s automotive industry can be highly competitive, and their brand will be no 1 of the customer's choices. So, the Japanese can conquer the market forever. 

 
 

The country like Malaysia also has a good example of doing the thing, especially in agriculture and services industry. Felda is the success story. Tabung Haji, PNB and LTAT all have the success story which nice to share. They also can be a mentor to success. Based on this success story, we can be like Japan and ChinaWe can be like them. 

 
 

To be like them? Can! Work hard. Follow the success model. Develop experience. Develop a business culture. Develop R&D. Strengthen education. Open minded. Develop own process of doing thing especially in manufacturing technology includes system and processes. Be the culture who love and buying own products. So, one day we can be one of the advanced countries. 

 

Thursday, 1 November 2018

ANAK MUDA BANGKIT

Ayoh anak muda! Situasi sekarang amat mencabar. Jadi apa yang seharusnya anda lakukan dan apa pula yang anda tidak harus lakukan. Kita mula dengan perkara yang harus anda lakukan. Pertama, hargai masa. Jangan ambil masa lama dengan perkara yang kurang mendapat manfaat seperti berkepit. Berkepit dengan telefon bimbit. Berkepit dengan awet. Kerap di Pawagam. Kerap depan television. Lebih buruk lagi jika berkepit dengan rokok. Ketagih daun ketum, arak dan ganja serta dadah. Bagaimana hendak menahan gejala-gejala tidak sihat ini? Memang menjadi cabaran kerana golongan muda ini memang mudah terpengaroh dan mudah ketagih dengan aktiviti-aktiviti seumpama ini.

Jati merupakan satu perkataan yang menarik. Mungkin perkataan magik yang bermaksuk ketahanan/pertahanan untuk mengatasi gejala di atas. Anak muda hendaklah mempunyai jati diri yang kuat. Ketahanan memerlukan unsur lain dalam diri. Budaya boleh jadi unsur ketahanan diri. Ugama amat penting untuk ketahanan diri. Jaga agama, jaga diri, jaga keluarga dan jaga negara. Elemen berkenaan dengan mengikut keutamaan akan dapat menyelamatkan anak muda dari tenggelam. Tidak juga lupa kepada jaga kesihatan. Anak muda sihat negara kuat.

Justeru, apa nak buat? Ilmu adalah utama. Pelaburan dalam ilmu menjadi tunjang yang pasti untuk diterapkan ke dalam diri anak muda. Dengan ilmu yang teratur dan sistematik akan dapat memperkayakan anak muda, masyarakat serta negara. Pada usia  muda hendaklah kerap mencuba dengan ilmu yang ada agar mula terbentuknya pengalaman dalam diri. Seterusnya setiap saat hendaklah menggunakan pancaindeta ajaib iaitu mata untuk membuat pemerhatian kepada persekitaran untuk digarapkan ke dalam diri. Dengan ilmu, pengalaman dan pemerhatian ditambah dengan kreativiti dan inovatif akan dapat melahirkan insan muda yang berdaya saing dan dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara. Jangan sekali-kali takut gagal. Bagaimanapun hendaklah ada ilmu untuk mengecilkan risiko. Usaha pula hendaklah secara berterusan. Pilih apa yang diminati dan dapat dimanfaatkan kepada diri, keluarga dan masyarakat dan usahakan secara berterusan tanpa memikir penat lelah yang akhirnya akan mencetuskan kejayaan dan kebaikan.

Siapkan senarai semak, cari pencetus atau penggiat yang boleh menggerakkan usaha sehingga ia menjadi sesuatu yang automatik untuk dilaksanakan.

Jangan dilupakan, sekil adalah penyumbang paling utama dalam kejayaaan. Lihat sahaja di keliling anda. Jika ada sekil bermain bola boleh menjadi pemain bola hebat bak Ronaldo dan apabila matang akan menjadi jurulatih hebat bak Morinho. Jika bijak berpidato boleh menjadi ahli politik. Jika ada sekil memasak boleh jadi usahawan restoran yang boleh menjadi industri  hebat memiliki bangunan dan rangkaian. Jika ada sekil berniaga boleh menjadi usahawan hebat. Semua yang disebut itu adalah merupakan kerjaya-kerjaya yang hebat yang boleh membawa keuntungan dan kewangan yang menimbun. Tapi jangan dilupa wahai anak muda. Amanah paling utama apabila berada di puncak jaya.

Pendikkan cerita, anak muda segeralah meninggalkan segala perkara yang tidak baik yang boleh melalaikan dan merugikan diri dan negara. Anda adalah harapan ayah bonda dan negara jua.

Justeru segeralah cari ikon, cari apa yang hendak dibuat, jadilah pengurus hebat yang dapat mengurus masa, kewangan dan fasilitas. Ikut ikon. Bina produk. Bina proses. Bina rangkaian. Bina jenama. Maka berjayalah anak muda semua.







KESIAN ANAK MUDA SEKARANG. OH KESIAN BANYAKNYA CABARAN

Kesian anak muda sekarang? Eh kenapa pula perlu kesihan kepada mereka? Mana tak kesiannya. Pendapatan atau upah tidak berpadanan dengan keperluan kehidupan. Jadi siapakah yang hendak membela mereka. Tak tahulah. Yang baiknya golongan ini hendaklah lasak untuk menangani kehidupan.

Apakah cabaran mereka? Pertama cabaran masa zaman persekolahan terpaksa bersaing. Kedua zaman di universiti terpaksa berhutang untuk belajar. Ketiga cabaran hendak mencari pendapatan, sekarang sukar untuk mendapat kerja. Keempat cabaran gaji rendah. Seterusnya cabaran meneruskan hidup dengan harga makanan, tempat berteduh dan cabaran hendak membayar semula hutang pengajian. Seterusnya cabaran hendak berumah tangga belanja kahwin mahal dan belanja keluarga. Mana mungkin untuk hidup sendiri pun tak lepas, inikan pula hendak menanggung pasangan. Pusingan ini akan berterusan sehinggalah kepada akhir penghidupan mereka. Kecuali sebahagian kecil sahaja yang akan berjaya. Itu pun ada yang berjaya secara kerja keras dan mungkin ada sebahagian yang berjaya kerana bernasib baik semata, misalnya melalui kenalan, sahabat dan saudara mara yang ada jalan membantu.

Justeru bagi yang tidak bernasib baik, maka siapakah yang akan membantu anak muda ini. Tidak lain tidak bukan bapa-bapa mereka. Bapa-bapa mereka yang dahulu telah membantu atok-atok kepada anak mereka. Kini jenerasi bapa-bapa ini pula akan membantu anak-anak mereka. Itulah pusingan hidup golongan baby boomer (BB). Bila pula golongan BB ini pula hendak menikmati kehidupan mereka. Juga menjadi persoalan.

Salah siapakah ini? Bila pula akan berakhir. Harapan semua agar muncul seorang hero yang akan memikirkan permasalahan seumpama ini. Itulah kehidupan dunia yang tiada kesudahan. Akhirat jualah menjadi pengharapan.

Oh anak muda, teruskan usaha mu. Jangan jadi mudah lupa bila menjadi sebahagian yang berjaya. Pikul amanah mu memajukan bangsa. Agar semua hidup bahagia.

Tuesday, 23 October 2018

KEHEBATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


Penyelidikan dan pembangunan yang hebat merupakan keutamaan dalam menzahirkan produk baharu. Tanpa adanya penyelidikan sesuatu produk mengikut keperluan optimum sukar dihasilkan. Namun kini ramai yang mengambil jalan mudah dengan membuat cetak rompak. Walaupun akta perlindungan harta intelek telah lama wujud, cetak rompak memang tetap berlaku.

Cara operasi mereka dengan mengambil peluang dengan meniru dan sedikit ubah suai menghasilkan produk yang sama fungsinya. Oleh kerana mereka mempunyai banyak wang dan fasiliti menghasilkan produk dalam kuantiti yang banyak menjadikan produk yang ditiru menjadi murah. Maka ini akan membunuh peneroka awal yang masih lagi terkial-kial untuk mengeluarkan produk asli melalui penyelidikan yang memakan masa yang agak lama disamping dana kewangan yang besar tidak dapat melawan harga yang mereka tawarkan. Lantaran kumpulan yang menghasilkan barangan melalui penyelidikan hanya dapat bertahan sekejap sahaja dalam pasaran. Inilah yang berlaku dalam dunia realiti hari ini.

Bagaimanakah hendak mengatasi masalah seperti ini? Jawapannya adalah dengan tidak melakukan penyelidikan kepada barangan yang belum ada. Sebaliknya dengan mencari produk yang sediaada dipasaran dan pengguna memerlukan produk berkenaan dalam kuantiti yang banyak. Penambahbaikan kepada barangan sedia ada seperti kenderaan dan peralatan lain yang mempunyai market yang besar akan dapat menyelamatkan duit pelaburan disamping akan mendapat keuntungan berbanding dengan penyelidikan baharu.
Manakala jika masih lagi hendak meneruskan penyelidikan kepada barangan baharu hendaklah mengambilkira mengatasi cetak rompak dengan cara mendaftar harta intelek dalam negara atau pun mendaftar harta intelek luar negara yang mempunyai potensi market yang besar terhadap barangan yang dihasikan melalui produk penyelidikan.

Langkah yang lain ialah dengan mendahului market dengan lambakan barangan. Dengan usaha yang sedemikan kita dapat mengatasi gejala cetak rompak. Dengan demikian kita telah dapat menawan market dengan lebih awal lagi. Langkah lain yang boleh diambil adalah dengan membina jenama yang kuat terhadap barangan-barangan yang hendak dijual.

Penyelesaian lain, dengan bersatu melawan cetak rompak dengan perbincangan antara kerajaan dan kerajaan disamping melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tanpa memilih bulu. Maka negara akan dapat diselamatkan dari gejala yang tidak sihat ini dari terus berlaku.

Jika tidak dibendung masalah ini akan berulang sehinggakan sesebuah negara boleh miskin dan menjadi bankrap.

Negara yang miskin dan bankrap akibat dari rompakan sedemikian akan memberi kesan kepada rakyat seperti tidak dapat membayar gaji dan tidak dapat mengawal kenaikan harga barangan harian.

Gejala seperti ini, jika tidak dapat difikir dan tidak dapat dikawal, kewangan yang disumbang kepada penyelidikan yang tidak dapat dimanfaatkan dengan baik dari masa ke semasa akan pupus dengan cara sendiri sahaja.

Friday, 19 October 2018

Cabaran berita palsu

Dewasa ini menjadi cabaran kepada kita semua dengan lambakan-lambakan berita-berita palsu dan adu domba. Budaya siapakah ini? 

Berita palsu adalah perkhabaran yang tidak benar tetapi jika diulang-ulang, menjadikan ia cabaran kepada golongan sasaran bagi menilai samada ia betul-betul atau tidak berlaku. Hanya cerita lara.

Manakala adu domba pula merupakan tohmahan yang tidak benar atau yang betul tetapi disebarkan bertujuan untuk mempengaruhi golongan yang dituju untuk mempercayai adu domba.

Berita palsu dan adu domba berupaya menggugat ketenteraman atau boleh juga digunakan bagi menjatuhkan seseorang. Sasaran utama adalah kepada pemimpin-pemimpin utama bertujuan untuk meruntuh sesebuah organisasi. 

Apabila pemimpin utama menjadi sasaran dan ia tepat atau kena boleh membunuh kerjaya pemimpin dan jika pemimpin yang dijatuhkan itu amat bijak atau berpengaruh maka mudahlah untuk menjahanamkan organisasi yang dipimpin.

Selepas adu domba dibuat maka menjadi bahan perbincangan yang juga menambahkan lagi kebenaran adu domba atau berita palsu yang disebar. Berita-berita boleh dikomen dan dibahas.

Maka terdapat mereka yang membuat komen-komen liar, Mereka ini kadangkala merupakan aktor-aktor upahan yang dimasukkan ke dalam penceritaan agar ia lebih menarik. Penceritaan-penceritaan sebegini kadang kala telah direka atau diplot oleh pemain-pemain yang handal. Kerja-kerja sebegini akan merosakkan perjuangan. Kerja-kerja sebegini merupakan permainan baharu dalam zaman moden ini.

Kenapa ada satu agama itu amat menyekat perkara ini? Ia disangkal kerana adu domba dan berita palsu boleh membunuh sesuatu organisasi  yang menyebabkan runtuh berderai. Ini merupakan kaedah baharu kepada persaingan yang tidak sihat. Ia hendaklah dibendung walaupun sukar. Pembelajaran dan undang-undang sahaja yang mungkin dapat membendung gejala seperti ini.

Maka budaya siapakah ini? 

Wednesday, 17 October 2018

Penyelidikan dan Pembangunan antara keutamaannya

Kerajaan telah banyak mengeluarkan dana penyelidikan dan pembangunan yang kaw-kaw. Kaw-kaw bahasa pasar bermaksud hebat-hebat. Namun tidak perlu diselindung lagi, sehingga kini menunjukkan hasil penyelidikan masih kurang di pasaran. 

Hasil yang diperolehi hanyalah kenaikkan pangkat dan KPI. 

Sedikit manfaat kepada manusia sejagat dengan pembentangan dan penulisan manuskrip penyelidikan dan penghasilan journal berindeks.

Kenapa ini berlaku? Faktor menunjukkan golongan penyelidik kurang pengalaman industri. Penyelidikan hanya berkisar kepada pembacaan literatur, buku dan peralatan makmal semata, manakala ahli-ahli penyelidik pula bukan dari golongan yang pakar industri pakar bidang dan ahli yang pakar dengan kerenah pengguna. 

Ahli-ahli penyelidik juga tiada kepakaran dalam proses pengilangan dan pembuatan untuk menzahirkan produk. 

Faktor kajian market tidak dijalankan dengan betul. Sampel tidak mencukupi. Tidak seperti negara maju yang memandang serius dalam kajian market dengan  cara menghantar jurutera ke negara-negara yang mempunyai potensi untuk menggunakan produk yang bakal dibuat penyelidikan dan pembangunan.

Penyelidikan kepada pendekatan fundamental hendaklah dikurangkan atau dihentikan sebaliknya teruskan kepada penyelidikan penambahbaikan kepada barangan yang telah matang dalam pasaran. Penambahbaikan kepada proses pembuatan iaitu singkatan kaedah membuat barangan, menambahbaik kualiti dan menurunkan harga barangan patut menjadi keutamaan kepada penyelidik.

Bagaimana pun, pertimbangan penyelidikan asas (fundamental) yang penting dan utama dan sudah nampak jelas kepada kepentingan aplikasi sahaja yang boleh diberi geran. Itu pun hendaklah diberi sokongan kepada pembangunan penggunaan barangan dan mineral dalaman tanpa barangan dari luar.

Fokus utama kepada penyediaan barangan utama hendaklah diberi perhatian dengan jelas contohnya jika ingin menghasilkan barangan komposit, maka raisin yang penting menguatkan lekatan bahan hendaklah dapat dikeluarkan dalam negara penyelidik supaya sesebuah negara dapat mengekalkan keupayaan dalaman (internal capability) serta dapat bersaing.

Begitu juga jika hendak membuat produk yang memerlukan mesin, maka mesin-mesin untuk menjayakan proses membuat produk tersebutlah yang sepatutnya menjadi tumpuan tajuk bagi penyelidik.

Penekanan dan fokus kepada kepentingan kejuruteraan dalam sesebuah negara adalah keputusan yang tepat. Penghasilan peralatan kejuruteraan, mesin dan kenderaan untuk keperluan dunia  sebagai sumber pendapatan baharu adalah satu solusi yang perlu disahut cabarannya.

Lihatlah disekeliling kita, boleh dikatakan semuanya bermula dengan keperluan teknik untuk menghasilkan barangan tersebut yang memerlukan kekuatan kejuruteraan dalam sesebuah negara.

Keperluan kepada penghasilan barangan dengan menggunakan kaedah baharu seperti penghasilan percetakan 3D metal dan 3D komposit hendaklah menjadi keutamaan. 

Manakala tenaga pakar dalam pemesinan CNC hendaklah dizahirkan juga bagi proses yang tidak sesuai dengan percetakan 3D seperti penghasilan acuan (Mold) yang memerlukan pembentukan profil bahan metal yang keras dan padat.

Usaha penghasilan mesin 3D buatan tempatan dan mesin CNC tempatan dan penyediaan peralatan pemesinan dan kemajuan alat pemotong dan kemajuan alat penyambungan (welding) juga hendaklah diberi perhatian.

Pengwujudan kilang kereta sebagaimana yang diilhamkan, kilang membuat mesin tempatan dan kilang membuat mataalat menjadi penting bagi sesebuah negara moden. Penghasilan mataalat yang dapat memotong besi badan kereta kebal dan keupayaan menyambungnya untuk menjadi bentuk produk akhir menunjukkan kemahiran dan kepintaran sesebuah negara. Langkah penyelidikan sebegini hendaklah segera dilaksanakan agar sesebuah negara itu dapat bersaing dengan negara-negara lain pada masa-masa hadapan.

Monday, 15 October 2018

Orang tua ke? atau orang muda ke?

Pentadbiran merupakan isu penting dalam apa jua perkhidmatan. Isu pentadbiran dalam organisasi melibatkan kepimpinan yang berani membuat keputusan penting, ada daya kepimpinan yang tinggi, pemimpin bijaksana dan ketua yang mempunyai integriti yang tinggi.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempunyai ilmu, berpengalaman dan peka atau mempunyai kepekaan dengan daya pengamatan dan pemerhatian yang tinggi.

Jika digabungkan dengan faktor-faktor berkenaan baharulah pemimpin itu berani membuat inovasi dalam organisasi yang dipimpin.

Segala idea yang berinovasi hendaklah dikemukakan dikalangan orang-orang kanan dalam organisasi agar ia jelas, boleh dilaksanakan atau lebih tepat, "tidak kelakar atau tidak berdaya saing". Jika sudah dikaji dalam pelbagai segi dan sudah tiada ruang lagi kelemahan yang berupaya untuk menggagalkan idea berkenaan baharulah ia diwar-warkan kepada orang ramai. 

Kegagalan pentadbiran boleh menimbulkan huru-hara dalam  organisasi mahu pun kepada alam sekitar dan masyarakat. Isu kepimpinan hendaklah dilihat dengan serius dalam sesebuah organisasi mahu pun diperingkat kerajaan.

Salah satu cara mengatasi isu kepimpinan adalah dengan mengekalkan golongan orang-orang tua yang banyak pengalaman agar mereka dapat membantu memberi tunjuk ajar dalam usaha menjayakan organisasi melalui pengalaman sukar diperolehi dan kadangkala lebih berharga dari ilmu.

Jika kita lihat negara-negara maju masih lagi menerima pakai pemimpin-pemimpin dalam organisasi dari gologan orang-orang lama yang telah berumur tapi masih lagi mempunyai daya pemikiran yang tajam yang dapat memajukan organisasi dengan tunjuk ajar dan meneruskan kerja-kerja bermutu melalui pengalaman dan pengamatan atau proses yang telah  mereka lalui.

Tambahan lagi golongan orang-orang lama ini sudah tiada masalah peribadi, maka mereka akan lebih dapat  memberi perhatian kepada organisasi yang mereka anggotai. Mana mungkin hendak dibandingkan daya berfikir dan mutu kepimpinan orang yang berumur empat puluhan dengan orang yang berusia dua puluhan. Jika ia berlaku mungkin satu dalam seribu.

Daya kepimpinan akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Jika gagal pucuk pimpinan maka akan gagallah sesebuah organisasi. Lebih-lebih lagi kepimpinan organisasi keselamatan seperti polis dan tentera. Dengan kepentingan ini, maka lahirlah pasukan sniper dalam perkhidmatan keselamatan yang bertujuan untuk membunuh pemimpin pasukan musuh bagi melemahkan moral dan dalam bahasa mudah, untuk mengalahkan pasukan yang tiada kepimpinan, sesuai dengan ungkapan, "tiada pemimpin tiada orang dipimpin, ada pemimpin yang baik merupakan satu kelebihan, namun jika punyai kepimpinan yang tidak baik akan mengundangkan bencana".

Dalam sejarah ketenteraan dan bernegara menunjukkan kejayaan organisasi atau pasukan adalah berselari dengan kekuatan pimpinan. Pemimpin yang baik akan dilindungi dari segala bencana. Pemimpin yang baik akan melalui proses pembelajaran, pemerhatian dan melalui pengalaman. Ketiga-tiga elemen ini hendaklah dijaga dan perlu dimiliki oleh pimpinan. 

Daya inovasi yang tinggi akan wujud dari pimpinan yang berpengalaman, yang mempunyai akademik dan suka memberi pemerhatian dalam ruang lingkup kepentingan. Percampuran kepimpinan lama dan baharu amat penting supaya yang baharu akan dapat mempelajari dari yang lama, agar ia dapat memendikkan lagi proses kematangan rakan-rakan muda.

Saturday, 13 October 2018

Nampak tak Nampak


Mana yang lebih berkuasa, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih ditakuti, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih bijak, yang nampak atau yang tidak nampak. Mana yang lebih kuat, yang nampak atau yang tidak nampak. Banyak lagi yang boleh disoal dan dibahas dengan tajuk ini.

Sekarang, dunia digemparkan dengan kuman yang mengganas, membunuh dan melumpuhkan segalanya. Banyak yang boleh dipelajari daripada kuman ini. Antaranya kebersihan diri, berpakaian, berkomunikasi, bersosial dan yang lebih penting penghambaan manusia kepada Pencipta dan banyak lagi.

Masalah dari wabak ini; Pertama, boleh membawa maut kerana kuman menyerang organ manusia. Kedua, wabak ini telah menyekat semua aktiviti manusia baik dari kerohanian, sosial dan ekonomi. Ketiga, sukar dibendung kerana mudah berjangkit antara manusia.

Tiada jalan lain yang wajib diambil; Pertama, pengasingan. Kedua, kebersihan. Ketiga, memutuskan jaringan kuman. Keempat, pembasmian kuman. Kelima, menyediakan vaksin.

Semua jalan penyelesaian dan pencegahan hendaklah segera diambil dan yang terpenting adalah penyedian vaksin.

Seluruh masyarakat dunia diajak bersatu padu melawan wabak yang tidak nampak dengan mematuhi dan menyegerakan 5 perkara, pengasingan, kebersihan, memutus jaringan, membasmi dan penyediaan vaksin.

Cabaran melawan perkara yang tidak nampak adalah berusaha dan bertawakal.




Thursday, 27 September 2018

KERUSI

Adakah anda tahu bagaimana manusia mula mendapat idea membuat kerusi? Bolehkah kita teka bagaimana agaknya wujudnya kerusi? Bilakah kerusi mula diguna manusia sejagat?

Kita cuba mengupas atau menjawab soalan di atas dengan kaedah memikir dengan menggunakan teori-teori sediaada disamping menggunakan pemerhatian dan pembelajaran yang telah dipelajari.

Adalah tepat untuk menghasilkan kerusi memerlukan pelajaran, pengalaman dan pemerhatian. Ketiga-tiga elemen ini jika digabungkan dengan sedikit keperluan elemen kreativiti akan dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

Saya dapat bayangkan seseorang pada zaman dahulu, mungkin pada zaman batu, seorang manusia yang pandai memiliki ketiga-tiga elemen di atas sedang berfikir di bawah sebatang pokok sedang membayangkan keenakan jika beliau berada di atas sesuatu yang rata dan mempunyai penyandar yang selesa, sudah tentu beliau akan dapat berehat dengan lebih selisa. Dengan daya gambaran yang hebat beliau membayangkan yang beliau sendiri sedang berada di atas kerusi sebagaimana yang divisualkan itu.

Tanpa melengahkan masa dari gambaran tersebut beliau terus mengambil batang kayu dan mula melukis kerusi yang telah dapat digambarkan dalam kepala di atas tanah,

Seterusnya beliau telah mula membina kerusi sebagaimana yang dibayangkan dan telah jelas dengan lukisan di atas tanah. Maka mula proses pembelajaran dan pembuatan dengan serentak. Belajar dengan membuat adalah lebih berkesan dan mudah berkembang.

Selepas pembuatan kerusi pada masa itu dan teknologi membuat kerusi yang sentiasa dalam keadaan berkembang menjadikan industri kerusi berkembang dan bergerak maju sesuai dengan peredaran zamam.

Thursday, 10 May 2018

APAKAH TIDAK PEKA KEPADA PELANGGAN PENYEBAB KEGAGALAN?

Pelanggan adalah bagai raja, manakala organisasi atau peniaga atau yang seumpamanya yang memberi perkhidmatan atau menjual produk kepada pelanggan pula adalah diibaratkan hamba. 

Fokus organisasi kepada pelanggan menjadi resepi utama dalam menentukan kejayaan. 

Tidak kira organisasi apa yang anda ketuai atau yang anda dokong. Kegagalan menjaga keperluan pelanggan akan menyebabkan organisasi anda akan tersungkur. 

Mengenalpasti pelanggan adalah penting supaya mudah untuk memenuhi keperluan mereka. 

Kesan amat hebat jika tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan seperti kerugian, kejatuhan atau kemusnahan organisasi akan berlaku. 

Jika menjadi organisasi yang berjaya jangan sekali-kali membelakangkan pelanggan yang perlu diletak sebagai raja memerlukan perhatian dan tatangan penuh supaya senang melaksanakan segala kepentingan dan matlamat organisasi.

Peka adalah perihatin atau empati yang boleh menyentuh hati dan perasaan pelanggan. 

Perasaan peduli pelanggan hendaklah diterjemahkan dengan ikhlas dan bijaksana. Jika sentiasa mengutamakan pelanggan akan memberi keuntungan kepada organisasi. Fokus kepada pelanggan hendaklah berterusan pelaksanaannya. Perihatin dan peduli kepada pelanggan akan memberi kesan yang amat besar kepada sesebuah organisasi.

Kegagalan ialah kekalahan atau sesuatu perkara yang dihajati tidak kesampaian. Penterjemahan kepada kegagalan adalah amat berat untuk diterima. Justeru sebarang punca kepada kegagalan hendaklah dikenalpasti dan segera di atasi agar ia tidak menjadi barah kepada organisasi. Kesampaian ke puncak bermula dengan menjaga kepentingan pelanggan. Setelah berada di atas, menjaga pelanggan dengan baik akan memastikan kejayaan dapat dikekalkan.

Manusia adalah makhluk yang boleh berfikir namun kadang kala pemikiran mereka dikuasai oleh nafsu yang berupaya menggugat cara berfikir dan membuat keputusan.

Kegagalan sesebuah organisasi itu berpunca daripada kegagalan manusia yang menganggotainya membuat keputusan dan tindakan yang tepat. Pembuat keputusan organisasi berperanan kepada kegagalan jika tidak mengawasi segala keputusan dan tindakan yang diambil.

Ilmu dan fokus menjadi keutamaan. Peka kepada pelanggan resepi paling utama yang dapat mengelak kegagalan organisasi. Tawaran produk atau perkhidmatan berkualiti menjadi teras kepada menjaga pelanggan. 

Raja ialah pelanggan bukan lagi raja ialah organisasi. Pendapat ini menentukan kejayaan dan pengekalan kejayaan dan ia merupakan raja kepada segala raja dalam menentukan pencapaian kecemerlangan organisasi dapat dikekalkan secara berterusan.

Sunday, 4 March 2018

KURANG KESEDARAN PERONDA LEBUH RAYA DAN TINDAKAN TIDAK CEKAP PEMEGANG AMANAH LEBUH RAYA BOLEH MEMBAWA PADAH KEPADA PENGGUNA

Berdasakan pengalaman pertama mendapat kecemasan di lebuh raya, yang telah mengguna lebuh raya melebihi 40 tahun, penulis terpanggil untuk mengingatkan kepada pemegang amanah lebuh raya dan tanggung jawab yang wajib kepada pelanggan. 

Peringatan juga ingin disampaikan kepada semua rakan-rakan pengguna lebuh raya yang budiman.

Latarbelakang, kejadian berlaku pada jam 10.40 malam 4 Feb 2018. Permohonan bantuan adalah pada jam 10.50. Kejadian berlaku di 5 KM sebelum exit Bukit Tegar. Kawasan kejadian yang gelap gelita. Pinggir jalan yang semak-samun dan belukar. Merasa lega apabila telefonis memberi maklum bahawa bantuan akan segera sampai dalam tempoh 20 minit. Mungkin ini KPI yang boleh di puji. 

Kepada rakan-rakan pelanggan yang budiman, satu tip yang kita kena lapur kepada telefonis/pegawai bertuga adalah KM lokasi kejadian kecemasan. Nombor keramat ini amat kecil dan difahamkan berada pada setiap 100 M di setiap pengadang jalan. Jika jalan tiada pengadang, tuan-tuan hendaklah menyemak semula kepada pemegang amanah penjaga lebuh raya. Penulis tak tahu jika berlaku di tempat yang tiada pengadang, Mungkin di pacak atas tanah kut. Penulis amat bernasib baik kerana kecemasan berlaku amat berhampiran dengan papan tanda KM yang disebutkan. Rajah 1 menunjukkan tanda KM yang pelanggan kena cari semasa melapur kepada pihak yang memegang amanah lebuh raya. Jika siang mungkin mudah cari tetapi jika malam amat sukar untuk mencari tanda ini. Rajah 2 menunjukkan masa dan lampu keselamatan yang dibekalkan oleh penguasa lebuh raya. Boleh percaya ke lampu tu yang agak malap dan sukar bagi pandangan dalam malam yang gelap gelita. Perhatikan penulis di dalam semak-samun untuk menjaga keselamatan diri, tetapi masih terdedah dengan binatang berbisa dan liar di dalam semak berkenaan seperti tapir, ular, kala dan sebagainya. Belum ambil kira jika ada manusia buas yang ingin mengambil kesempatan membuat kejahatan seperti merompak, menyamun dan sebagainya. Nasib baik penulis dari kaum adam, apa  akan berlaku jika kaum hawa yang kena. Jika tengok kepada masa pada Rajah 2, sudah melebihi 3 jam dan melepasi KPI mereka. SOP dan fasiliti pemegang amanah lebuh raya hendaklah di lihat kembali.Simulasi atau latihan kecemasan hendaklah sentiasa dibuat kerana melibatkan nyawa dan harta benda pelanggan.


                         Rajah 1: Tanda KM yang penting untuk dimaklum kepada Hot Line


                         Rajah 1: Masa dan panorama tempat kecemasan,dan lampu kecemasan  yang    dibekalkan oleh pihak penguasa lebuhraya tu.

Bagaimanapun, harus diberi pujian kepada sistem lebuh raya kita yang cantik dan selamat. Pujian juga diberi kepada petugas HOT LINE 1800880000. Nombor yang untung sebanyak tiga kali terzahir di situ. Nombor keramat ini, mestilah di simpan oleh semua pelanggan. Tindakan penyambut telefon /pegawai yang menyambut telefon kurang dari 3 dering amat menyejukkan hati dan dapat mengurangkan panik dalam suasana yang bahaya itu. Bahaya bukan kepada diri sendiri sahaja, tetapi juga kepada pengguna lebuh raya lain lebih-lebih lagi kepada penunggang motosikal.

Amat penting sekali untuk menyimpan nombor towing tak kira no towing insuran atau towing rakan yang direkomen oleh bengkel. Jangan lupa juga kita perlu ada simpanan yang mencukupi bagi digunakan dalam keadaan kecemasan ini.

Penulisan ini bertujuan untuk pembaikan kepada pengguna yang telah membayar tol yang tinggi. Sepatutnya mereka mendapat perkhidmatan terbaik lebih-lebih lagi dalam aspek keselamatan yang tidak boleh di ambil ringan kerana boleh melibatkan maut dan kecederaan. Peringatan juga kepada pengamanah penjaga lebuh raya agar meletakkan perkara keselamatan yang paling utama. Jika melaksanakan langkah keselamatan dan SOP yang mantap, sebenarnya organisasi akan mendapat keuntungan yang lebih besar. Bukan untuk organisasi atau pelanggan sahaja malah kepada negara keseluruhannya.

Bayangkan jika kaum hawa yang terlibat atau jika kaum adam yang berseorangan yang malang mendapat kecemasan. Bayangkan juga jika saudara atau sahabat sendiri yang kena. Ambilkan ini sebagai motivasi untuk berkhidmat dengan lebih berkesan.

Boleh jadi ada sahabat yang mengatakan bahawa kereta penulis adalah kereta lama. Berdasarkan kepada temubual dengan abang towing yang berpengalaman melebihi 15 tahun dalam perkhidmatan towing memaklumlkan kereta yang harga melebihi RM 3 Juta pun beliau pernah towing

FIKIR-FIKIR kan...lah.

Thursday, 15 February 2018

BAGAIMANAKAH UNTUK MENGHADAPI USIA TUA YANG SIHAT?

1.  Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Setiap yang muda pasti akan menjadi tua.  Sihat sebelum sakit.

2. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengekalkan kesihatan kita pada hari tua kelak?

3. Menurut orang tua-tua, untuk mengekalkan sihat hendaklah sentiasa bergerak cergas. Ini akan menjadikan otot-otot badan akan sentiasa sihat. Manakala otak pula hendaklah sentiasa diransang dengan sentiasa berfikir. Aktiviti berfikir seperti menulis buku dan manuskrip, banyak membaca dan sentiasa berfikiran positif. Ia juga boleh dicapai dengan memberi ceramah dan menjadi pemimpin badan-badan kebajikan. Kehidupan dengan penuh aktiviti yang membawa kepada kecergasan kepada warga tua akan memberi kehidupan yang lebih bermakna.

4. Pengamalan pemakanan yang sihat melambatkan proses penuaan. Permakanan seperti yang diamalkan oleh orang-orang tua zaman dahulu dengan memberi keutamaan memakan ulam dan sayuran segar yang ditanam sendiri amat baik. Kawalan menggunakan baja organik yang tidak mempunyai toksid amat bermanfaat kepada fungsi tubuh. Pengamalan sedemikin menjadikan sebahagian orang tua-tua kini masih segar sihat.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...