Tuesday, 28 July 2015

Negara Makmur Memerlukan Jurutera Bijak


 
1.            Negara makmur memerlukan rakyat yang rajin berusaha. Tidak ketinggalan juga  dikalangan golongan profesional seperti jurutera mestilah rajin berusaha. Bagi membentuk nilai kerajinan dikalangan rakyat bukanlah suatu usaha yang mudah. Usaha penting seperti usaha membina jati diri, usaha menguasai ilmu, usaha menguasai teknologi dan usaha ketaatan agama sentiasa menjadi tunggak dalam membina kerajinan. Penguasaan ilmu semua golongan sentiasa menjadi elemen teras dalam membentuk sesebuah negara makmur.

2.            Negara makmur memerlukan jurutera-jurutera yang bijak. Mereka adalah golongan tonggak membangunkan negara. Untuk melahirkan jurutera-jurutera yang bijak dan profesional memerlukan institusi pengajian tinggi yang amat berkualiti dari segi fasiliti, tenaga pengajar, persekitaran dan pelajar.  Fasiliti terkini, tenaga pengajar yang pakar, persekitaran yang menarik dan pelajar yang berkemahuan tinggi merupakan antara faktor yang dapat melahirkan jurutera-jurutera yang bijak. Kemahuan pelajar untuk berusaha dengan gigih, disertakan dengan semangat membara mengejar  ilmu menjadi kepentingan yang mutlak untuk melahirkan jurutera-jurutera bijak.

3.            Negara menjadi makmur jika rakyatnya berpendapatan tinggi yang berupaya untuk membeli barangan keperluan asas seperti rumah dan kenderaan yang mewah. Kemudahan berbelanja dan berupaya melancung juga menjadi ukuran kepada kemakmuran rakyat. Kemakmuran negara boleh dicapai dengan memiliki rakyat dan jurutera yang bijak serta rajin berusaha tanpa mengenal jemu dan mudah kalah.

4.            Universiti memainkan peranan yang penting dalam melahirkan jurutera bijak. Rentetan usaha berterusan untuk menentukan kemasukan pelajar yang bijak juga hendaklah diteruskan. Pendedahan awal dalam program yang dirangka seperti program asas dan program matrikulasi yang menjurus kepada keperluan kejuruteraan amat penting. Dengan terbinanya kulaliti pelajar kejuruteraan, kualiti fasilitas, kualiti tenaga pengajar dan kualiti tenaga pentadbiran yang sekiranya dapat digarabkan dengan kemas akan dapat melahirkan jurutera yang bijak sebagaimana yang diperlukan.

5.            Jurutera yang berkualiti dengan jumlah yang ramai hendaklah dihasilkan. Kelahiran jurutera yang ramai dan berkualiti menjadikan mereka berdaya maju dan berupaya bersaing yang memberikan manafaat kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara. Bilangan yang ramai akan dapat memberi keyakinan dikalangan jurutera. Mereka boleh membina rangkaian antara satu sama lain. Rangkaian yang dibina menjadikan jurutera lebih menyerlah. Rangkaian yang dibina juga akan dapat membantu sesama mereka. Persaingan yang sihat dan kemurniaan sifat saling membantu akan dapat melahirkan kewibawaan jurutera. Kewibawaan jurutera sudah pasti dapat membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

6.            Pengiklanan ketokohan seorang jurutera hendaklah sentiasa disalurkan kepada rakyat. Keperluan penonjolan tokoh seorang jurutera amat penting sebagaimana keperluan penonjolan seorang artis atau ahli sukan. Usaha seperti ini akan menjadikan jurutera-jurutera negara akan disegani dan kerjaya ini sentiasa menjadi pilihan kepada setiap lapisan rakyat.

7.            Gabungan antara kerajaan, jurutera dan rakyat hendaklah sentiasa kemas. Kekemasan gabungan ketiga-tiga pihak ini akan memudahkan usaha memajukan negara ke tahap yang lebih tinggi. Kebijaksanaan jurutera dan pendekatan bergabung akan melahirkan idea dan produk bermutu. Produk bermutu sudah pasti akan dapat digunakan dan amat mudah dipasarkan. Keuntungan rakyat dapat memberikan kemakmuran negara yang berkekalan. Kemakmuran yang dicapai akan dapat menggembirakan rakyat. Kemakmuran menjadikan rakyat lebih gigih berusaha. Negara makmur dan maju akan disanjung zaman berzaman.

Saturday, 25 July 2015

The Success Srategy

What is a success? What are the problems to become the success? How does it takes to be the success? What must you consider to be a true success? How to maintain success? Being a success means think like a winner. How to go about attaining a goal. What is action plans to be successful in your life?

Perhaps everyone still looking for the answers. Normally we already have  a talent. However, that’s is not enough. Because we’ve got to know how to put those resources to work. 

This short writing that can help in giving ideas to answer these questions. The little bit of idea on synchronizing the resource. After finished the reading, we'll have the practical mental skills to achieve peak performance in any setting you choose.

Success is the achievement in whatever you doing. We can notice that the success people normally have high skill in whatever they doing. When you success there are easy money will come to you. 
The money is always the motivation factor to be successful in whatever we do. Many problems can be listed to make the desire of success become a failure. The main problem to become successful is a lack of knowledge and practice.

Problem-solving is the method that stated documented or mental solution to solve the problem. Hard work or practice continuously very effective thousand years ago which applicable also for today and tomorrow. The practice will make you perfect always right yesterday, today, tomorrow and forever. The main problem to become a success is a lack of practice in whatever you do. 

Maintaining success also known as a hard time to the winner. Hard work or practice continuously also the secret in order to maintain success.

Nikah Kahwin

Semalam 24 Julai 2015 bersamaan dengan hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat berlangsungnya majlis pernikahan di rumah penulis. Majlis pernikahan yang sederhana tetapi amat meriah. Tetamu yang datang nampak riang dan ikhlas. Makanan yang disediakan lazat disertakan dengan kambing panggang yang kini menjadi makanan kegemaran di majlis-majlis kenduri. Susun atur tempat makan yang menarik dengan dihiasi berbagai dekorasi yang di cetuskan oleh anak-anak generasi Y dan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu yang memakai pakaian cantik serta senyuman-senyuman yang menarik. Suasana sebegini yang amat menarik dan melapangkan hati. Dari rauk wajah tetamu yang hadir, maka dapat disimpulkan bahawa mereka menghadiri majlis dengan perasaan yang gembira. Perasaan gembira mereka dapat dirasai dan sedikit sebanyak dari senyuman dan gelak ketawa mereka telah dapat menenangkan perasaan bakal pengantin yang bakal diakad nikah oleh jurunikah sebentar lagi.

Perkahwinan amat penting dalam agama Islam bagi memelihara zuriat dan meneruskan kelangsungan hidup di bumi yang diamanahkan Allah dimana di bumi ini Allah meletakkan manusia sebagai khalifah. Syaitan amat  membenci perkahwinan kerana dengan perkahwinan dapat menahan nafsu manusia daripada melakukan maksiat. Perkahwinan membuktikan kekuasaan Allah yang mencipta manusia dan mengetahui akan keperluan dan kehendak-kehendak makhluk yang dicipta. Dalam perkahwinan banyak kebahagiaan-kebahagian yang dikurniakan Allah kepada manusia.

Keharmonian negara bangsa amat penting untuk dipelihara agar keamanan akan dapat diteruskan dalam sesebuah negara. Pembinaan masyarakat melalui perkahwinan yang amat dituntut oleh agama Islam. Kemakmuran masyarakat akan terus terjamin melalui perkahwinan. Anda akan menjadi insan yang amat beranggungajawab apabila berstatus kahwin. Tanggungjawab amat penting dalam membentuk negara bangsa yang teras utamanya adalah kemakmuran yang diidamkan.

Khutbah perkahwinan yang dibacakan dalam satu majlis perkahwinan merupakan satu majlis ilmu yang amat bermanfaat kepada setiap mukmin yang menghadiri majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi untuk mengingatkan kedua-dua mempelai tentang tanggungjawab dan perundangan perkahwinan. Jurunikah yang kebiasaannya adalah tuan guru atau ustaz sewajarnya mengambil masa emas ini untuk memberi khutbah yang menarik yang akan memberikan manfaat kepada mempelai, bakal mempelai dan sebagai ulangan peringatan kepada tetamu otai yang hadir dalam majlis pernikahan tersebut.

Friday, 24 July 2015

Penyucian Roh

Ramadhan telah berlalu. Syawal telah menjelma. Ramadhan adalah bulan penyucian roh. Bagi mereka yang menghayati Ramadhan, Ramadhan telah banyak menyelesaikan masalah zahir dan batin.

Allah telah mencipta manusia dengan membekalkan akal. Manusia disarankan agar sentiasa menggunakan akal. Akal yang baik boleh diperolehi dengan sentiasa mengasah dengan batu canai iaitu ilmu. Melalui ilmu kita akan mendapat akal yang baik dan akan mendapat kesempurnaan mengawal jiwa dan  raga. 

Ilmu yang tinggi dalam setiap bidang juga akan menjadikan manusia itu disanjung dan disegani. Manusia disarankan supaya sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat yang berguna untuk diri sendiri dan untuk kegunaan umat.

Manusia sering terlupa dan sering dilalaikan oleh pelbagai elemen seperti nafsu, syaitan dan sebagainya. Kelalaian ini akan membuat mereka terlupa bahawa selain fizikal  mereka mempunyai elemen yang paling penting iaitu roh.

Roh mesti dicuci. Pembersihan roh akan dapat menyumbang banyak penyelesaian masalah zahir mahupun batin. Masalah penyakit zahir dan batin dapat diselesaikan dengan metod penyucian roh seperti berzikir, berdoa, bersolat dan berpuasa. Tidak dapat disangkal lagi bahawa penyucian roh boleh menyemboh pelbagai penyakit zahir dan batin. 

Penyakit zahir kebiasaan boleh nampak dengan mata kasar manakala penyakit roh hanya dapat dirasai. Penyakit roh amat memberi kesan kepada fizikal zahir manusia. Ilmu mengenai roh yang dapat menyembohkan penyakit zahir dan batin amat halus dan sukar untuk dipelajari.

Anda hendaklah berguru dengan orang yang mahir dalam bidang ini. Manakala guru yang dipilih pula hendaklah guru yang benar. Dalam zaman sekarang lebih mudah untuk mencari guru yang mursyid atau benar dengan cara merujuk dengan pejabat agama disetiap negeri. Peranan guru amat penting bagi menentukan murid tidak sesat. Guru boleh menentukan ilmu yang diperolehi akan benar-benar membantu anda dalam menghadapi kehidupan di  dunia dan di akhirat dengan penekanan kepada penyucian roh.

Setiap insan hendaklah memberi penekanan dalam ilmu penyucian roh. Keyakinan kewujudan Allah, syurga, neraka, padang mahsyar, alam kubur dan kehidupan akhirat dengan izin Allah akan memudahkan penyucian roh dan dengan izinNya jua akan menyelesaikan masalah zahir dan batin.

Monday, 13 July 2015

Mampukah kita membuat mesin sendiri

Manusia amat kreatif menyelesaikan masalah. Mereka sentiasa mengkaji segala permasalahan yang timbul. Mereka membuat kesimpulan dan melaksanakan pelan tindakan. Dengan ilmu dan modal, mereka akan berkeyakinan dengan pelan tindakan yang mereka bakal ambil. Mereka perlu mempunyai ilmu dan modal yang cukup untuk menyelesaikan masalah mereka. Ilmu dan modal tetap menjadi perkara pokok dalam apa jua penyelesaian permasalahan. 

Persoalannya, mampukah kita membina mesin sendiri untuk menyelesaikan permasalahan kerja. Permasalahan dari segi memudahkan kerja, mengurangkan kebergantungan dikalangan tenaga manusia, mempercepatkan proses kerja, menambahbaik produk yang dihasilkan, membuat produk baru dan sebagainya.
Kebanyakan mesin yang ada dipasaran adalah direka untuk membuat lebih dari keperluan yang diperlukan. Itulah sebab mesin yang terdapat dipasaran mahal dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap, memerlukan tenaga pakar dan sebagainya.

Seringkali mesin yang diperolehi hanya dapat membuat kerja umum yang sedikit. Sudah tentu telah banyak berlaku pembaziran.
Langkah yang bijak adalah dengan membuat mesin sendiri yang hanya perlu direka untuk menyelesaikan masalah kerja khusus sahaja. barangkali dengan cara itu akan lebih mudah dan lebih berkesan dalam hal penjimatan kos dan keperluan tenaga mahir. Jika kos dapat dikurangkan maka sudah tentu produk kita akan dapat bersaing di pasaran.

Keuntungan kepada negara akan berlipatganda dari segi pengurangan pembelian mesin dan penambahan dalam penghasilan produk disamping penjimatan kos penyelenggaraan dan kos tenaga mahir. 

Industri pembuatan pemesinan akan dapat ditingkatkan dengan lebih mendadak dan lebih memberi impak yang besar kepada negara. 

Penghormatan dari negara luar juga akan dapat diperolehi. Justeru negara akan menjadi makmur dan rakyat akan sejahtera, kerana pembaziran dapat dikurangkan.

Thursday, 9 July 2015

Langkah hebat menyelesaikan kekusutan mencari idea semasa berkarya


Pernahkan anda merasa sukar mencari jalan keluar daripada kekusutan akibat dari ketandusan idea semasa berkarya. Berkarya yang dimaksudkan disini adalah dalam bentuk umum tidak kira samada berkarya untuk menghasilkan buku, cerita pendik, tesis, kertas kerja malah lebih hebat lagi semasa berkarya menghasilkan barangan. Banyak permasalahan-permasalahan yang timbul seperti tekanan masa, tekanan kerja, kekangan kewangan, kekangan perkerja mahir dan sebagainya. Manakala dalam karya menulis sering kita dengar masalah ketandusan idea, kurang bahan rujukan, kurang kemahiran menulis, kesuntukan masa dan sebagainya. Permasalahan ini memerlukan pembentukan kaedah-kaedah mengatasi yang bersesuaian dan berkesan agar kekusutan dapat dirungkaikan dengan segera sebelum ianya melarat dan berpanjangan yang akan memberi kesan kepada hasil karya secara keseluruhannaya.

Kaedah-kaedah yang diambil kadangkala sama dan kadangkala pula berlainan. Ia bergantung kepada tahap kekusutan itu sendiri.

Kaedah yang hendak dikongsikan disini adalah kaedah yang mungkin anda pernah dengar. Bagi yang telah mendengar bolehlah dijadikan pendekatan ini sebagai ulangkaji.

Pendekatan yang akan disampaikan adalah dalam bentuk perkataan agar mudah difahami. Matlamatnya dalam bentuk santai untuk memberi kepuasan membaca.

Pada yang berkarya, apabila kekusutan berlaku hendaklah mengambil pendekatan diam dahulu. Bangun dari tempat duduk dan segera mencari segelas air. Setelah minum, buatlah senaman ringan yang tidak membebankan tetapi amat berkesan seperti menggeleng kepala kekiri dan kekanan atau mendongak dan menunduk sebanyak sepuluh kali. Sesudah itu minum lagi segelas air. Tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan kekusutan yang hendak diungkai. Anda perlu senyum dan melihat kekusutan tadi telah terungkai. Selepas itu bolehlah memulakan kerja semula. Senyuman hendaklah diteruskan semasa kembali ketempat berkarya. Dalam keadaan senyum teruskan penulisan anda walaupun anda tidak begitu berkenan dengan apa yang anda tulis. Cara ini adalah sebenarnya untuk mendapatkan semula harapan. Barangkali apa yang anda tulis dalam keadaan ini menjadi satu yang terbaik dan mendapat tempat dihati pembaca. Tidak semena-mena karya anda akan menjadi panas.

Pendekatan ini boleh juga digunakan kepada permasalahan-permasalahan lain seperti yang tersenarai di atas. Sebenarnya kekusutan berlaku adalah kerana anda sudah kehilangan tumpuan disebabkan otak yang kurang oksigen. Air yang diminum adalah untuk menyejukkan diri dan membekalkan oksigen. Oksigen berkurang adalah kerana keletihan otak. Tindakan mengeleng-ngeleng atau menunduk-nundukkan kepala adalah untuk membuka saluran ke saraf otak dan memberi kepantasan oksigen untuk sampai ke otak. Tindakan itu juga adalah untuk mengurangkan ketegangan urat saraf yang menjadi punca kepada kekurangan idea yang menjejaskan karya anda.

Bagaimanapun hendaklah dimulai dengan sederhana agar tidak memberi mudarat kepada anda yang masih belum biasa dengan eksesais berkenaan.


Wednesday, 8 July 2015

Bumbung Motosikal

Terfikirkah anda untuk membuat bumbung motosikal. Barangkali kita sering melihat penunggang motosikal menggelabah mencari tempat berlindung bila tiba-tiba hujan turun. Mereka mencari jejambat, jambatan dan apa saja yang boleh, asalkan dapat berteduh. Ada juga yang menggelabah mencari baju hujan dan kadang kala ada yang memakai payung, sudah tentu merbahaya. Bagi membantu mereka, sering telintas di hati kecil saya untuk membuat rekabentuk bumbung motosikal. Idea untuk bumbung motosikal kerana perihatin melihat penunggang-penunggang motor yang basah mengharungi hujan di kala perjalanan. Motor berbumbung menjadi menarik jika rekabentuknya kemas. Bagi memastikan bentuk kemas dan menarik, rekabentuk hendaklah bersesuaian dengan zaman. Tema rekabentuk yang betul dan berciri menarik sudah tentu menjadi gilaan kaki motor. Justeru, usaha yang bersungguh-sungguh dalam rekabentuk hendaklah dibuat bagi memastikan produk yang  kemas, cantik, berkualiti dan murah.

Sebelum mangambil langkah lanjut, kajian menyeluruh perlu dibuat agar segala usaha, tenaga dan wang ringgit tidak menjadi sia-sia. Kajian produk, rekabentuk, keselamatan dan kajian pasaran amat penting untuk menentukan untung rugi produk.

Sebelum ini terdapat usaha membina motosikal berbumbung. Bagaimanapun usaha tersebut gagal mendapat tempat dihati kaki-kaki motor. Mungkin kegagalan berpunca dari kos yang mahal dan rekabentuk yang tidak menarik. 

Usaha hendaklah diteruskan kerana di luar sana masih ada yang berhasrat untuk memiliki motosikal berbumbung. Bagi mereka yang berpendapatan rendah, motosikal adalah kenderaan utama mereka untuk ke tempat kerja. Kos harga minyak yang semakin meningkat menjadikan motosikal pilihan golongan ini untuk ke tempat kerja. Segala usaha yang dibuat sememangnya untuk membantu mereka yang kurang kemampuan. Usaha ini sedikit sebanyak akan dapat membantu menangani masalah kesempitan hidup.




Saturday, 4 July 2015

Kereta Letrik, Hibrik dan Pembakaran Dalam

Kereta letrik menarik. Ia ringan, senyap dan mesra alam. Namun kereta letrik masih lagi belum dapat melambakkan dirinya di pasaran. Penjualannya masih terhad. Mungkin kerana teknologinya masih lagi mahal atau masih dalam peringkat percubaan. Namun cubaan mengeluarkan kereta letrik didapati amat bersesuaian dengan keadaan harga bahan bakar yang mahal.

Kereta hibrik juga menarik. Ia nampak lebih praktikal kerana penggunaan kuasa secara berganti. Ini merupakan idea yang hebat. Penggunaan petrol telah dapat dikurangkan dengan amat berkesan. Kereta yang dihasilkan juga senyap dan mesra alam. Kereta hibrik telah mula mendapat tempat di pasaran. Namun harganya masih lagi mahal. Pengguna juga masih ragu-ragu dengan keboleharapan pada masa hadapan.

Kereta pembakaran dalam masih hebat. Ia masih menjadi pilihan utama pengeluar kenderaan. Masih menjadi pilihan utama pengguna. Kecekapan kereta pembakaran dalam masih mempunyai ruang untuk dimajukan. Kecekapan penggunaan bahan bakar menjadi persaingan pembangunan dari pengeluar kenderaan. Penggunaan bahan bakar yang kompetitif menjadikan kereta pembakaran dalam masih lagi dapat bertahan. Malah masih menjadi pilihan utama pengguna. Kehebatan kereta berteknologi pembakaran dalam dijangka akan masih mempunyai daya saing untuk beberapa dekad akan datang.

Percubaan-percubaan hebat ketiga-tiga teknologi ini menjadi pesaing yang baik. Kejayaan akan memberi impak besar kepada pengeluar. Bermanfaat kepada pengguna. Pembaikan dan pembangunan ketiga-tiga teknologi dijangka berterusan. Pengeluar-pengeluar kenderaan akan menyediakan dana yang besar untuk menentukan kelangsungan pembangunan ketiga-tiga teknologi yang hebat ini.

Friday, 3 July 2015

Still Have Oppotunity

Please do what you have thinking. Do now. Time is short. Do whatever you want to do but be sure only do what you think the results is good for you, your religious, race and nation. You still have an opportunity. Remember discard all bad thinking in your head now. Discard negative thinking now.

It is a normal for the human to have a lot of things they want to do. Especially the thing that can transform to money or a better life. But many time human cannot do what they want because of many reasons. List of reasons as lack of knowledge, lack of experience, less money, minimum place, no technology, not enough resource person, not enough machine and many things.

Even though you have many reasons, you still have the opportunity. Plan properly. Take action. Since time short, you can start with an idea. Plot your idea on a piece of paper. While on paper, the idea easily to be modified, share or sell.

We still have the opportunity. The list of reason can be resolved.

Knowledge  of problem-solving or knowledge of creating is the king. 

While we still have the opportunity, very essential to start with the idea. Make sure the idea must within our scope of capabilities. Within your control what idea inside your mind definitely could be materialized.

While still have the opportunity please materialize what a good thing you have inside your head.

Thursday, 2 July 2015

Industri Termaju

1. .Industri termaju merupakan idaman setiap negara. Idaman akan menjadi kenyataan jika semua warga negara berazam, bersatu dan  berusaha untuk mendapatkannya.

2.  Industri termaju amat penting untuk negara pada masa hadapan. Industri termaju mejamin warga negara memperolehi pendapatan tinggi. Pendapatan tinggi setiap warga negara menjadikan sesebuah negara makmur. Setiap ahli warga negara akan merasa ketenangan dan keamanan menjalani hidup masing-masing.

3.   Ilmu pengetahuan adalah prasyarat pertama dalam mengejar pencapaian negara industri termaju. Negara memerlukan keberanian mengadakan penyelidikan dan pembangunan dalam mencetus produk berdaya saing. Industri yang mempunyai unsur-unsur industri termaju hendaklah diceburi segera. Berani menyediakan produk berkualiti tinggi.  Bersedia mengeluarkan produk yang bernilai dalam kuatiti banyak. Tidak takut untuk .menceburi bidang  strategi Berkeyakinan dalam penyelidikan dan pembanguanan.  Semua itu merupakan unsur-unsur yang penting untuk menjadi negara industri termaju.

4.   Industri termaju memerlukan dana yang besar. Pulangannya lebih lumayan. Kemakmuran rakyat akan terpelihara. Ekonomi negara akan terkawal.

5.   Kadangkala rakyat perlu berkorban untuk menjadi negara industri maju. Contoh pembabitan kerajaan dalam industri keluli, industri kereta, industri pembinaan  terowong, industri pembinaan jambatan bertingkat dan pembinaan bandar-bandar besar, dan pembahagian koridor. Semua usaha itu akan dapat memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk mendapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi.

6.  Idea ini membolehkan rakyat tempatan yang mempunyai pelajaran dan berkebolehan memasuki pasaran kerja dalam negara. Seterusnya kepandaian dan pengalaman ini boleh ditawarkan kepada negara-negara lain. Justeru kerja-kerja yang berpendapatan rendah boleh diserahkan kepada pendatang asing. Manakala produk yang tidak mempunyai teknologi tinggi seperti pakaian dan barangan lain boleh dibawa masuk dan dijual dengan harga yang murah. Maka mudahlah rakyat tempatan berbelanja. 

7.  Langkah lain seperti menyenaraikan kerja-kerja yang perlu dibuat oleh warga tempatan perlulah disediakan. Kerja-kerja ini tidak boleh dikongsi dengan pendatang asing. Jika kerajaan sudah mencukupi dana untuk menaikkan taraf gaji setiap pekerjaan maka keperluan tenaga asing hendaklah disekat segera bagi mengelakkan masalah-masalah sosial yang lain. Justeru kemakmoran negara akan dapat dicapai.

Sunday, 21 June 2015

PENYELESAIAN MASALAH

Masalah sering melanda manusia tak kira samada manusia kaya atau miskin, terpelajar atau tidak, berkulit sawo matang, putih atau hitam, bernegara maju atau mundur, beragama atau tidak dan bekerja sendiri atau bermajikan. 

Masalah juga boleh berlaku terhadap organisasi tidak kira kecil atau besar, organisasi kerajaan atau persendirian. 

Masalah kemasyarakatan berlaku dalam masyarakat tidak kira masyarakat bandar atau luar bandar. Masalah yang sering dibincangkan dan mendapat perhatian masyarakat adalah masalah politik, ekonomi, sosial, pembangunan pelajaran dan pembangunan negara. 

Masalah teknologi, antaranya seperti masalah senggaraan, pembangunan pembinaan peralatan, meningkatkan keupayaan dan penciptaan peralatan baru perlu diselesaikan. 

Penyelesaian masalah memerlukan teknik-teknik yang boleh dipelajari yang berkesan untuk membasuh permasalahan supaya permasalahan sedia kembali kepada keadaan asal atau keadaan yang lebih baik. Pelbagai teknik telah dibentuk oleh bijak pandai untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Sering berlaku teknik yang digunakan kadang kala sangat mudah tetapi memerlukan disiplin dan kepatuhan dalam erti lain adalah bersedia menerima kepahitan dan kejutan.

Barangkali telah menjadi anugerah kepada manusia, kerana mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tanpa mengaplikasikan teknik-teknik moden yang komplikated.

Kaedah penyelesaian masalah yang sering digunakan adalah dengan mengkaji sejarah-sejarah silam dan sejarah-sejarah terdahulu yang pernah mengalami masalah yang sama dimana hasil peniruan apabila dilaksanakan didapati penyelesaiannya amat berkesan. Kaedah ini dapat diertikan sebagai penyelesaian masalah kaedah literatur. Kaedah ini amat berkesan dan mudah dilaksanakan dan keputusan penyelesaiannya amat membantu menangani permasalahan yang timbul, lebih-lebih lagi dalam penyelesaian masalah kemasyarakatan.

Kaedah penyelesaian sebarang permasalahan dimuka bumi ini berdasarkan rujukan Al-Quran dan Hadis amat diterima oleh masyarakat, kerana ia memenuhi kehendak fitrah manusia dan ia sentiasa betul kerana telah dijamin oleh Allah pencipta alam.

Teknik yang sering digunakan dalam penyelesaian masalah adalah dengan mengenal pasti masalah yang timbul secara meletakkannya menurut turutan kelas iaitu kelas paling tinggi, sederhana dan rendah. Penyelesaian hendaklah dimulai mengikut pengkelasan yang dibuat kerana sering berlaku semua permasalahan dapat diselesaikan dengan selesainya masalah utama.

Setelah mengenal pasti masalah, penetapan objektif hendaklah dibuat. Penetapan objektif hendaklah dapat menjawab dan membayangkan penyelesaian kepada masalah.

Setelah dipastikan dengan betul maka perlulah dibuat kajian-kajian literatur untuk melihat kaedah-kaedah atau cadangan-cadangan penyelesaian yang telah dibuat. Penetapan kaedah yang betul dan munasabah hendaklah ditentukan dengan mengambil kira data-data yang ada, peralatan-peralatan dan sumber-sumber yang ada. 

Langkah-langkah yang diambil secara penilaian pemikiran atau secara dokumen hendaklah dibuat dengan sistematik agar keputusan penyelesaian akan dapat menguntungkan semua pihak.

Thursday, 18 June 2015

Own Technology

The important of a development of our own technology always in mind and always to be a first national agenda. An own technology could develop high-income job. 


The own technology always becomes a pride to the nation. A lot of advantage after created our home-grown technology such the nation could sell the product internally or globally while still can control the technology. An integrated system can be created starting from product born until product grave can be arranged efficiently. 

The most crucial to get a better-paid job could be established. Spare part management also can be organised properly. Easier on maintenance planning and much easier in creating the integrated system. The products which develop internally have more flexible and easy to upgrade through research and development. Whole fund activity is easy to rolling internally. The security of the country in the better stage after having  many products especially military products that develop internally. 

What is technology? In the simple words, the technology means to have knowledge of doing things. Technology is the technique of produce thing to ease doing or creating the product that helps doing plenty of jobs faster, easier, economic and quality. Cannot be neglect that the country which have the own  technology are more respected. The most important after developing indigenous products,  development of the products are easy in future. 

Why need to develop your own technology? People always talking about flexibility in managing the product. The most important that the product must be reliable and able optimum used in whatever condition. Easy maintenance and easy to get the spare part are crucial in maximising the productivity. Increase productivity means money means high income to the country, Owner of the technology always can be proud off and respected. The technology could generate the national income. 

Why own technology always fail? Normally the own technology fails because of no proud and support from the government. The government some time and most of the case, not enough money to support the product development. In some cases that a lot of things must be done in order to compete with order product from the high-income country. The most difficult is to get an appreciation from local after product flooded the market. Different in developing countries,  always we here that research and development activity be done by the private sector which they have more money and less bureaucracy to spend and speed up the research development activity. The government only support in terms of moral and policy. 

The power of government policy plays an important role on establishing the national brand and to make sure the competitive products. Protection policy must be done in order to support local product technology. An advertisement is important in order to support local product. The citizen must be educated in order to love local products. Helping the policy to protect the local product is crucial to be table up.

The vendor also plays a very important role in developing our own technology. Vendor development must align with technology development.

 Green technology becomes famous lately. Main player and vendor must grab this new opportunity by doing research and development in this area seriously to become the technology leader in this green technology. Technology leader always has a good paid and advantage. To be the technology leader in this area will help the government in materialising high-income economy. The government also supposes to prioritise products area that we want to develop. The choice of products area supposes to consider the national interest.

The most important also to formulate buying policy with tag  example ‘buy our products first’ need to enforce as soon as possible in order to make sure that government agency and private sector buy the products made in Malaysia. The good strategy in developing high-income technology also must materialise soon. 

Why we need to go for high tech because high tech promising of high income to the country. Japan as an example already implement this concept and seem to be successful. 

The high tech always gives promise to high income. When the majority of citizen involve in high tech, the country need to import the low-tech product from other countries. This to raise buying power to her citizen. The citizen could enjoy to other things such as having the beautiful house and luxury car and join the membership of the club. 

The development of technology at the beginning definitely will cost to the government and community but after all definitely the country will enjoy the benefit of this investment. The most important is by having our own technology, we have something to proud off, something to materialise high income and as a whole the country will prosper.

Monday, 15 June 2015

SANGKA BAIK SANGKA BURUK


1. Kehidupan ini mempunyai sifat sangka baik yang sempurna dan sifat sangka buruk yang tidak sempurna. Dua jenis sifat ini, sangka baik yang kreatif. Sangka buruk yang merosakkan. Sangka baik umpama cahaya, dan sangka buruk umpama kegelapan.

2. Kegelapan berlaku kerana tiadanya cahaya. Jika kita hidupkan cahaya, maka tidak ada lagi kegelapan. Sangka buruk seperti takut, bimbang, marah, prasangka, cemburu, iri hati, dendam, kedegilan, kekasaran, mementingkan diri, sinis, kesuraman, benci, putus asa dan hilang semangat dan apabila semua sifat ini berjumpa dengan semua sifat sangka baik seperti cinta, kepercayaan, pertimbangan, hormat, kebaikan, keberanian, pemahaman, ketekunan, kesungguhan, kesetiaan, kegembiraan, kuasa, banyak, ketahanan dan kekuatan serta merta akan memadamkan sifat sangka buruk.
Sifat bersangka baik berkeupayaan untuk mencapai apa-apa keinginan.


3. Sifat bersangka baik akan membunuh musuhnya ia itu sifat bersangka buruk dan menjadikan semuanya baik. Hayati sifat bersangka baik dan mengamalkannya untuk memastikan kelangsungan hidup yang sempurna.

Saturday, 13 June 2015

BEZA BALA DAN UJIAN



Bala berlaku disebabkan dosa. Dosa berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Berbanding ujian, kesan bala adalah lebih besar. Semasa bala berlaku, Allah akan menurunkan tenteranya dalam pelbagai bentuk untuk menghancurkan kaum yang membuat dosa. Dosa pula dikaitkan dengan perbuatan terkutuk yang melanggar perintah Allah. Allah sering mengingatkan agar manusia tidak melakukan dosa dan tidak menzalimi diri sendiri. Peringatan Allah dan pengajaran Allah melalui penghukuman terhadap orang-orang terdahulu hendaklah  menjadi iktibar kepada manusia sejagat hari ini.

Dosa yang disebabkan oleh tangan-tangan tertentu akan mengakibatkan kerosakan di atas muka bumi ini. Allah tidak akan menurunkan bala kepada pelaku dosa secara khusus, tetapi Allah akan menurunkan bala kepada keseluruhan kaum bersama dengan pelaku dosa itu sendiri. Semua umat manusia perlu menghalusi hukuman kolektif Allah. Justeru, umat manusia hendaklah saling ingat mengingat antara satu sama lain. Ilmu yang betul hendaklah disampaikan  agar setiap insan dapat hidup sempurna, agar tidak membuat dosa, seterusnya dijauhi Allah dari bala melanda.

Sebagaimana janji Allah, bahawa ujian masih lagi boleh ditanggung oleh manusia.  Tetapi apabila Allah murka, dan menurunkan bala, sudah tentu tidak akan dapat ditanggung lagi, malah akan menghancurkan manusia keseluruhannya.

Allah menurunkan bala dalam pelbagai bentuk yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia dimuka bumi.


Apabila ujian Allah tidak diambil iktibar, ujian demi ujian akan berterusan. Akhirnya bala akan diturunkan. Sama-sama kita berdoa dan berusaha menjauhi dosa  agar bala tidak diturunkan di muka bumi ini. InsyaAllah.

Friday, 12 June 2015

KAKI PEGAS

1. Pegas berupaya menyimpan tenaga. Tenaga yang disimpan berupaya digunakan semula. Dewasa ini penggunaan pegas dalam peralatan mekanikal amat meluas. Kecekapan pegas juga adalah pada tahap yang tinggi. Kegagalan pegas adalah sukar kerana tahap kebolehpercayaan  adalah tinggi.

2. Keupayaan pegas sebagaimana yang dibincangkan berupaya untuk dijadikan alatan pada kaki. Sudah tentu perjalanan dengan menggunakan kaki pegas akan menjadi lebih berkeupayaan.

3. Bagaimanapun penggunaan pegas akan menjejaskan keseimbangan terhadap pergerakan badan. Pengguna kaki pegas terpaksa menjalani banyak latihan penyesuaian bagi menyesuaikan diri dengan penggunaan kaki pegas ini.

5. Teknologi ini didapati amat berpotensi pada masa hadapan. Justeru, kerajaaan atau pengkaji oleh individu atau syarikat hendaklah segera bermula untuk mengkaji penggunaan pegas ke tahap yang lebih tinggi. 

6. Sesuai dengan teknoogi hijau, peningkatan keupayaan manusia bergerak laju dari satu tempat ke satu tempat, satu kampung ke satu kampung dan pergerakan dalam bandar-bandar besar perlu diterjemahkan.

7. Semasa penulisan ini dibuat, terdapat usaha pengkaji terdahulu mengkaji penggunaan pegas untuk acara-acara sukan. Alatan kaki pegas sukan yang direka didapati masih tidak seimbang. Justeru kajian-kajian mendalam hendaklah dimajukan pada masa hadapan.

Thursday, 11 June 2015

PUNGUTAN SUARA

1. Pungutan suara adalah satu mekanisma untuk memilih pemimpin secara kolektif. Kadangkala ia digunakan untuk membuat keputusan dalam jabatan apabila berlaku perselisishan pendapat.

2. Pungutan suara yang mendapat undi banyak akan menjadi pemenang. Kemenangan diiktiraf samada dalam memilih pemimpin mahupun dalam membuat keputusan.

3. Suara minoriti sering diabaikan.  Tidak dapat dinafikan kadangkala berkemungkinan keputusan dari suara minoriti juga  boleh memberi keuntungan besar.

4. Banyak keadaan didapati suara minoriti  memberi jawapan yang tepat. Banyak hal didapati suara minoriti lebih ikhlas. Kebiasaan suara minoriti tiada kepentingan. Banyak keadaan pemilihan berdasarkan fakta. Bukan melalui emosi. Bebanding suara ramai yang berkemungkinan memilih kerana takut kehilangan jawatan atau takut kepada ketua atau beremosi. 

5. Realitinya sering berlaku kegagalan-kegagalan suara ramai. Sedikit sebanyak membenarkan suara minotiti. Keadaan ini bukanlah tepat sebilang masa.

6. Konsep pemilihan secara demokrasi telah diterima pakai dengan meluas di seluruh dunia.  Sistem ini wajar dipakai. Tidak wajar menyalah keputusan kolektif . 

7. Penambahbaikan sistem pungutan suara, jika dapat menilai kepada pandangan suara minoriti. Penilaian dapat mewujudkan senarai semak. Senarai semak akan dapat memberi keuntungan yang besar kepada sistem yang mengamalkan pungutan suara. 

Sunday, 31 May 2015

System Integrated Hotel,Transport,and Mall in Japan

The life with a system makes people enjoy. People could sleep well and wake up in a peace of mind in the morning especially if they are away from home. Japan always have a good system to be proud off. Recently they have a very convincing system that integrated between hotel, transport and the mall that can be fantastic memorable for who visited their country.

Short visited Japan which has an excellent integrated system that fulfill visitors need always make them thinking of visiting again to this country. Of course, no one can denial that tourism will generate huge income. 

Visitors only make two-time payment such to hotel and airplane, then they can enjoy shopping in the mall with the clean mind. They also could enjoy by seeing culture, green and clean city beside healthy and delicious food available in Japan.

The integrated system between hotel, transport and mall in Japan sufficient with time arrangement seen very efficient and work very well that satisfied visitors.

The workers very sincere and friendly make the country most welcome to the visitors forever. All memory and enjoyable moment in this country will spread out mouth to mouth seen to be a free advertisement definitely will boost the tourism which will support the growth of the economy to the country soon and future.

Saturday, 30 May 2015

KUASA

1. Kuasa, kuasa, kuasa. Ramai yang sukakan kuasa. Jika hendakkan kereta, hendakkan kereta berkuasa tinggi. Kalau ingin memiliki komputer, juga hendakkan komputer berkuasa tinggi. Sebut apa saja keperluan lain seperti telefon bimbit, kamera dsbnya semuanya inginkan yang berkuasa tinggi. Kuasa duit dapat memperolehi barangan berkuasa tinggi. Keperluan untuk berkuasa adalah bersesuai dengan naluri atau fitrah manusia.

2. Pemimpin juga hendakkan kuasa mereka kekal. Jika boleh hendak kekal sehingga ke akhir hayat.

3. Tidak seperti barang yang memerlukan kuasa duit untuk mendapatkan barang yang berkuasa dan berteknologi, pemimpin memerlukan rakyat untuk berkuasa. Mengatasi segala, rakyat boleh memberi atau mengambil kuasa melaui peti undi.

4. Apabila rakyat menunjukkan kuasa, segala teknologi canggih dan komplot dengan menggunakan kuasa duit atau rasuah akan tumpas.

5. Justeru, jelas kuasa rakyat dapat mengatasi kuasa pemerintah dengan izin maha pencipta yang maha berkuasa.

7.   Pemerintah hendaklah memenuhi keperluan rakyat jika ingin kekal berkuasa dalam memudahkan rakyat untuk senang mencari duit untuk mendapatkan barangan keperluan sesuai dengan kemajuan teknologi dan keparluan asas masa kini.

TECHNOLOGY JAPAN



Japan, a high develop country which produced a lot of products that used in all over the world. Take 10 product in the machine shop, half of them could be from Japan. Most of Japanese product known to have quality and reliability. In many cases, the Japanese product normally expensive if compare with the product produced from other country but the customer who have high buying power still can afford to buy the Japanese product because they want the quality products as a first choice. 

Since then Japanese still conquer the market. Many Japanese brands already become number one in the world market example Toyota. This to show the power of quality. Quality with the good relationships with customer or customer service definitely being the key to lead the success of the company in this new era.

Quality product normally starts with the good process from the beginning until to the end of the process. In Japan, they will develop the process  or the system carefully in order to get the quality products to get the customer satisfactions. They really give the maximum effort in establishing the process or the system. They are the champion in developing the process or the system. They believe that after establishing the process or the systems will lead great output either products or services.

Why Japanese always advance? They advance because in designing process or system, they always put customer need in front. A few famous words to their customer namely, customer first, the customer always right and the customer is the king always in the Japanese minds. In many cases, they will survey and get the input from customer to include in the design process or system beside products design. They always think of the integrated processes or systems which after launch will give the customer satisfaction. If customer satisfaction achieved, they can distribute the cost to the customer to share the new system or products and eventually the customer normally could accept the products or system proven or satisfied with full satisfaction.

The technology Japan will always in front if they could apply and maintain this concept (processes or systems first) before produced products, services or system quality.


Sunday, 10 May 2015

GST oh GST

Now a GST is one of a hot topic and a real issue for the rakyat. Since it is just started, we can see a lot of flaws here and there. We cannot deny that rakyat mostly rejected the GST.

However, we understand that the GST system actually accepted all around the globe. It shows that the system also supposed to be good for our country. The question is why the majority of rakyat still cannot accept the system. An answer is because the mind of the rakyat is still cannot accept the system. 

The Government supposed to win the mind of the rakyat first before GST launching. Tech MRA's opinions, the government supposed to find other mechanisms such as approving of the high salary or standard minimum salary which enough for the rakyat to manage GST before GST launching. The government also may think of giving a sweet first example by lower the petrol prices while launching GST. 

The majority of rakyat especially a younger generation has to spend a lot on petrol and after 5 years working a lot of an expenditure by the younger will be expended on the housing loan. 

If these two things that can be handled, they will accept the GST peacefully. Tech MRA can anticipate that this systems will be stable and will be one of the mechanisms used in order to achieve vision 2020.

Abrasive Machining and Finishing Operations Abrasive Machining

  Abrasive machining is one of the best methods for producing accuracy and fine finishing on parts. An abrasive machine used high technology...